Thursday, October 20, 2011

spks

18 Oktober 2011 - Kami telah menerima kunjungan sang kelembai (auditor) untuk ISo9001/2008 di mana mereka datng dengan membawa senjata ampuh iaitu instrumen audit yang melibatkan 13 jenis Pengurusan Kualiti. Sebagai SU setia dan usaha , seperti biasa aku telah mengunci semua Ketua Panitia dan Penyelaras PK yang lain untuk memastikan sasaran 4/5 akan dapat dicapai.
Soalan pertama telah mematikan langkahku.. mana organisasi kurikulum? Lantas aku macam terpinga-pinga tanpa kuingati bahawa buku pengurusan telah menceritakan segala hal berkaitan. Opss! Silap, katanya. Instrumen untuk PK 01 adalah pengurusan panitia. Panitia Kemahiran Teknikal ditagih untuk membuktikan kehebatan dan menepati instrumen ISO.. akhirnya 5/5 diberikan untuk KT. Tahniah Mr Helmi for the job done. PK 02 melibatkan Jadual waktui dan Jadual guru ganti... semuanya ada dengan siap tantatangan guru .. sekali lagi 5/5 untuk Pn Zubaidah dan Khe Phon. PK 03 , menyemak buku persediaan mengajar. Alhamdulillah mereka kagum dengan keberanian meletakkan 50 buku untuk disemak. Sekali lagi 5/5 menjadi milik kami. Yang dibanggakan adalah buku kawalan kelas yang siap dengan analisa dan hukuman mendapat pujian.
PK 04 - pencerapan, 100% guru telah dicerap membuktikan komitmen untuk mencapai sasaran. Akhirnya kami diberikan 4.5/5 atas sebab sesetangah guru yang dicerap tidak dicerap kali kedua walaupun ada kelemahan yang difokuskan. PK05 berkaitan peperiksaan dimana semua guru yang menghantar skrip dan mengambil skrip telah menandatangani buku rekod. So. 5/5 juga menjadi miliki kami.
(.. bersambung)

Sunday, October 16, 2011

Haji

Musim Haji datang lagi... Kali ini buat kali ke 1432 Hijrah. Apabila tiba musim haji, perasaan insan bercampur baur. Ada yang gembira kerana telah terpilih untuk menunaikan rukun Islam yang ke5. Ada yang bingung mengingatkan bahawa kali ini sudah beberapa tahun penuh sabar menunggu untuk mendapat giliran. Yang paling seksa adalah insan yang sering mengeluarkan balik duit yang telah disimpan untuk ke Mekah. Semoga mendapat haji mabrur untuk jemaah haji tahun ini.

Monday, October 3, 2011

Segunung harapan

Seramai 28 orang calon PMR 2011 telah bergambar di atas pentas sebagai simbolik kepada satu perjanjian kecemerlangan. Dengan berbekalkan keputusan peperiksaan percubaan, mereka berjanji untuk terus membuat peningkatan dalam peperiksaan sebenar dan menjadi sebahagian daripada sejarah kegemilangan SMK Bukit Jawa. Segunung harapan untuk mereka dan rakan-rakan yang lain bagi mendapat sebuah kejayaannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!

Sunday, October 2, 2011

sudah puas?

Bagi guru-guru yang mengajar tingkatan 3, minggu ini adalah minggu ketenangan kerana tidak perlu kesana sini menyediakan bahan dan kelas tambahan. Minggu ini adalah minggu peperiksaan PMR. Majlis restu ilmu dan solat hajat tentunya telah dilaksanakan. Sudah 10 bulan bersusah payah pagi dan petang tentunya kita akan mengharapkan kejayaan bagi anak didik kita. Namun, bukan semua pelajar kita akan berjaya dengan cemerlang terutama jika kita berada di sekolah harian. Mereka telah lemah sejak UPSR dan tidak sanggup berusaha dengan gigih hingga peperiksaan seterusnya. Alunan dan nada suara mereka sama. Jika 6 bul;an dulu mereka tidak belajar walaupun sejam pada waktu malam, kini juga mereka tidak mampu lakukan. Ikhtiar guru juga tidak berkurangan, dari cubit bahu hingga ke ketuk kepala sentiasa mengambil giliran di dalam kelas. Sudah puaskah cikgu ? Adakah cikgu masih bersalah kerana tidak membuat kelas tambahan dari pukul 12 tgh malam hingga 7 pagi ? Ketika ini ada guru yang mengharapkan agar apa yang difahami pelajar akan keluar dalam peperiksaan nanti.. Guru BM dengan idea tema, pengajaran dan sebagainya, guru Matematik dengan idea topikal kertas2 untuk lulus, guru sejarah asyik menghitung agar soalan tingkatan 1 & 2 tidak banyak keluar dalam peperiksaan, guru BI mengharapkan agar ada alihbahasa atau dwi bahasa (walaupun mustahil).. guru PI bingung dengan silibus yang banyak...... itulah senario sekolah harian. Ada murid yang demam sejak sebulan lalu, camner nasibnya nanti... uh uhu uh. sudah puaskah cikgu ?
Mengapa tidak kita jadikan ukuran kompetensi untuk pelajar kita? Umur kronologi letak ditepi. Ambil contoh Matematik ... Kita sediakan 5 modul untuk menengah.. Modul 1 adalah asas matematik bermula +-Xdan /. Jika mereka gagal menguasai selepas setahun , itulah modul untuk mereka.. Mungkin mereka akan tinggalkan sekolah menengah dengan Matematik Modul 1 sahaja.. Mereka tidak akan jadi pakar matematik... Masukkan dalam sijil Modul yang mereka kuasai supaya mereka seronok ke sekolah. Syarat untuk melanjutkan pelajaran adalah berdasarkan modul yang dikuasai.. Bahasa Inggeris dengan modul 1 mungkin bermakna mereka hanya boleh membaca sahaja. Akhirnya mereka akan keluar sekolah selepas 5 tahun dengan rasa kepuasan mendapat 7 atau 8A walaupuin berlainan modul.. Apa salahnya mencuba?