Wednesday, March 31, 2010

FUJI newest 2.0

Sempena cuti keputeraan, kami memilih untuk bersiar-siar dengan tujuan ke Kota Bharu. Destinasi baru tentunya kedai-kedai basikal berkebetulan dengan kegemaran baru. Kedai Basikal di Tanjung Chat rupanya mempunyai koleksi basikal yang agak banyak dan harganya berpatutan. Jika sebelum ini, sebuah Raleigh dimiliki sebagai basikal pertama iaitu sebuah MTB namun tidak sampai setahun, hari ini aku menambah sebuah lagi basikal RB. Memilki MTB tanpa meredah bukit bukau gunung ganang samalah memilki sebuah kapal selam yang tidak boleh menyelam atau memiliki sebuah jet tanpa enjin. Jadi, memikirkan aku sudah 5 bulan menggunakan jalan raya sebagai medan kayuhan maka apa salahnya menambahkan koleksi dengan sebuah road bike kerana sesuai dengan penggunaannya.
Bajet ciput melayakkan model buatan taiwan sahaja buatku. Namun mungkin ianya sesuai dengan tahap muka baru yang dimiliki.


Semasa memilih basikal, ada pelbagai jenis yang mengiurkan. Sudah takdirnya Fuji newest 2.0 dengan 9 gears menjadi koleksi terkini sebelum menjadikan full carbon sebagai idaman seterusnya.

Beratnya lebih ringan daripada MTB aku sebelum ini, dengan fork depan carbon kiranya sudah mencukupi untuk meneruskan program kesihatan yang sedang aku jalani ini.
Inilah FUJI newest 2.0 berwarna putih yang menambah rencam kehidupan. Semoga aku menjadi lebih  sihat, lebih bertenaga untuk menjadi insan yang lebih baik di dunia dan akhirat.

Monday, March 29, 2010

Pengundi Hantu di Sekolah

Alhamdulillah, kebanyakan sekolah telah mengadakan mesyuarat PIBG yang mesti dilaksanakan sebelum 31 Mac. Ada YDP yang kekal dan ada yang dikalahkan. Adat dalam pertandingan tetapi keadilan mesti sentiasa tertegak tidak mengira ruang, jisim dan masa. Mcm mana daftar pemilih dilakukan untuk memastikan pengundi adalah sah dan layak. Jika ada pihak yang ingin menang maka bagaimana jika ibubapa adalah palsu kerana yang dikira adalah bilangan tangan yang diangkat tanpa daftar pemilih. Ada YDP yang tewas kerana pengundi hantu....

Sunday, March 28, 2010

Kayuhan Kesihatan Bachok

Jabatan Kesihatan Bachok telah menganjurkan Kayuhan Kesihatan yang berlangsung di Pantai Irama dan dibahagikan kepada kategori pro (30 km) dan Amatur (18km). Kalau melihat kepada gaya mereka, maka sudah tentu si baju biru tergolong dalam kumpulan lain. Di tempat permulaan peserta pro dengan road bike masing-masing. Kebanyakan Mountain bike bikers mengikuti laluan amatur sesuai dengan kelajuan 28-30 km/h.

Semangat mereka usah disangsikan lagi dan hanya jauhari yang mengenal manikam. Tidak disangka, minat ini datang kemudian namun tiada yang terlewat.

Saturday, March 27, 2010

Thailand Tour - Hari keempat

Bersambung lagi... Awal pagi di Pattaya pada hari keempat. Sunyi pada pagi Isnin dan mungkin hari-hari lain juga kerana hidupnya malam di Bandar maksiat Pattaya. Perjalanan perlu diteruskan lagi. Kami terpaksa berpatah balik untuk ke Kanchanaburi yang terkenal dengan 'The River Kwai' jambatan maut yang menjadi sejarah dalam kehidupan manusia di negara-negara Asia Tenggara semasa penaklukan pendek, pendek, tegap, tegap (Japang).


Selepas makan tengahari, kami terus ke River Kwai untuk lawatan seterusnya.
Inilah aktiviti pertama di Kanchanaburi, memilih permata ataupun cincin sebagai kenangan untuk dibawa pulang. Sukar untuk mendapatkan zamrud dan delima. Permata hitam Kanchanaburi adalah pilihan pengunjung disamping permata 'tiger eyes' yang boleh dibeli dengan harga serendah 350 Baht.
 Inilah keretapi yang digunakan oleh tentera jepun dalam penaklukan mereka. Muzium ini memerlukan masa 3atau 4 jam untuk dilawati.
 Inilah jambatan maut Kanchanaburi yang merentas sungai kwai yang telah dibom semasa perang dan yang paling penting adalah sejarah bagaimana datuk moyang kita dibawa kesini sebagai buruh.
Gerabak inilah merupakan penjara kepada buruh dan banduan yang melakukan kesalahan semasa menjalankan kerja pembinaan jambatan maut river kwai.


Beginilah cara mereka bergerak daripada kawasan penempatan untuk ke tapak pembinaan jambatan maut.
Terlalu bersejarah apa yang dapat diperhatikan semasa lawatan ke Kanchanaburi ini.

Beginilah nasib manusia dek nafsu jepun dengan slohan Asia untuk Asia. Tiada terdaya untuk difikirkan kesusahan semua pihak demi nafsu serakah. Tentera jepun berbasikal keseluruh benua untuk menjajah juga tidak kurang memerlukan pengorbanan. Mungkin semangat inilah yang menyebabkan mereka maju pada hari ini.


Di atas River Kwai Bridge, kami berjanji untuk terus melakukan penjelajahan untuk melihat sejarah untuk dijadikan teladan dan sempadan.

Thursday, March 25, 2010

Takziah utk Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin

Ahli Parlimen Hulu Selangor diberitakan meninggal dunia . Alfatihah

Monday, March 22, 2010

Thailand Tour - Hari ketiga (part 2)

Petang hari dan keputusan akhirnya membawa kami ke Pattaya, pantai peranginan yang popular selain daripada Phuket. Masing-masing belum pernah sampai dan menunggu saat itu. Apa ada di sana dan kenapa dikatakan popular.

Adakah makanan muslim di Pattaya adalah pertanyaan pertama kami semua. Apabila Sayuti meletakkan van di perkarangan masjid maka ia bermaksud kalau tiada kedai, rumah imam lah tempat menjamu selera. 
Ini bukan masjid tempat kami parking van, rupanya di Pattaya sahaja terdapat 10 buah masjid. Kalau macam ni, samalah dgn negara islam Malaysia. So, kita tidak boleh menjadikan kerja membuat masjid menunjukkan semangat islam yang tinggi, kerana negara bukan islam juga menunjukkan hasil kerja yang sama. Kita mesti jauh ke hadapan seperti pemakaian rakyat yang muslim dan hukumnya. 
Menginap di hotel Nappakao dengan bayaran 600 Baht bukan bandingan dengan sesetengah hotel di Malaysia. Selesa dan jika anda ingin mendapatkan khidmat urutan tradisional, sila hubungi pihak hotel. Kelebihan Thailand juga adalah penginapan yang murah dan berkualiti setaraf 3 bintang dengan nilai RM60. Apa kata anda?
Untuk ke kawasan pelancong di waktu malam memerlukan kami menaiki tut tut dengan bayaran 20 Baht seorang. Setakat 12 orang kita hanya memerlukan sebuah tut tut sahaja.
Inilah dia Walking Street Pattaya yang menjadi tempat hiburan penggemar maksiat walaupun dikelilingi dengan 10 masjid. Jauh untuk dibandingkan Masjid Sayidina Abu Bakar dan kawasan maksiat di Bangsar. Di sini realiti dan mendebarkan setiap manusia. 
Iklan begini adalah keseluruhan Walking Street dan tepuk dada tanyalah Iman. Ada juga persembahan muay Thai dan aksi -alsi akrobatik manusia mencari wang namun kita masih bernasib baik kerana Bukit Bintang belum mencapai KPI ini dari segi kemakisatan secara terbuka berbanding Walking Streeet. Kalau ingin datang juga, jadikan alasan membuat suit kerana sepasang suit hanyalah rm 350 siap 24 jam. Jom! Kita tempah suit sambil melihat gelagat manusia. Jangan terjumpa orang kampung sendiri dah ler. Yang bangga, kedatangan kami disambut dengan bendera Malaysia disepanjang jalan. VIP kita, kata seorang member. Rupanya ini puncanya

Patutpun............... malam rehat ya pak!

Saturday, March 20, 2010

Thailand Tour - Hari ketiga (part 1)

Malam yang sangat berharga ( dapat tidur di atas katil empuk) tidak dipersia-siakan oleh ahli rombongan. Hari ketiga bermula dan kami dijadualkan akan bergerak ke Chak Tu Chak (pasar besar) yang begitu luas dan menjual pelbagai barangan. Ia sesuai untuk semua lapisan manusia dan yang perlu hanyalah kepingan baht untuk menjana ekonomi Thailand.

Mangga dan pulut adalah sinonim dengan Thailand. Pulut yang berlemak dicampur santan serta buah mangga yang lazat menjadikannya istimewa. 60 Bath untuk sebekas pulut dan dua biji mangga adalah memuaskan hati dan nafsu. Antara makanan lain yang disediakan di Kotaraya Bangkok (kedai muslim) ialah nasi kuning ( ala nasi arab) yang memang memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Pasar Chak Tu Chak bukan sebarangan. Kita boleh sesat dan keliru dek terlampau luasnya. Masa 3 jam tidak cukup terutama jika kita berhajat untuk membeli belah. Ada deretan kedai pakaian, perhiasan hingga ke tupai juga turut terjual disini. 

"Thai Silk" adalah antara barangan yang menjadi tumpuan pelancong. Kita mesti menawarkan harga yang rendah dengan syarat kita bersedia untuk membelinya jika mereka bersetuju dengan harga yang ditawarkan. 

Antara panorama pasar yang sempat dirakam ketika matahari terik di atas kepala. 

Usia bukan penghalang dan sesiapa sahaja boleh mencari rezeki dengan gaya dan cara masing-masing.

Lebih kurang pukul 4 ptg kami bersedia untuk bergerak dan salah seorang ahli rombongan kami telah dimaklumkan oleh saudara beliau bahawa terdapat 30 tempat yang mungkin tidak sesuai untuk dikunjungi terpasuk Pat Pong . Apa lagi , kami sepakat untuk meghubah haluan ke Pattaya, sebuah kawasan hiburan dan bermalam di situ. Jarak 150km sudah dekat jika kita di Bangkok kerana jalan yang luas dan selesa seumpama PLUS.

Thursday, March 18, 2010

Thailand Tour - Hari kedua

Nama pekan besar yang disinggah sepanjang malam antara lena dan jaga termasuklah Nakkon Sri Tamarat, Chumpon, Parachuap (semua dapat disebut selepas membeli peta di Bangkok). Pukul 2.30 pagi, kami singgah di Chumpon, wow! tempat bas berhenti untuk penumpang makan dan berehat. Ya Allah! Meriah dengan suara pembantu bas yang memanggil penumpang di setiap meja makan. Canggih dan jauh lebih hebat daripada Merapoh di Gua Musang. Nak buat camno!.. Kat Thailand ni, keretapi kelas 3 percuma untuk rakyat, negara berkebajikan sungguh.

Tidur dan jaga hinggalah tiba di stesen minyak untuk solat subuh. Nama tempat kurang pasti tapi lebih kurang 3 jam daripada Bangkok.
Selepas sarapan di kedai di stesen minyak, perjalanan diteruskan lagi. Bangkok masih tak ketahuan di mana. Seperti jadual, van kami tiba di pasar terapung. Tiada di tempat lain dan istimewa walaupun bukan yang terbaik. Mungkin hasil mereka tidak seberapa tetapi pelancongan bukan perkara main-main. Mcm di tempat kita, ada tempat pelancongan tutup dan tidak terjaga. Bukan barangan yang dijual yang penting tetapi kelainannya menjadikan kemestian untuk dilawati para pelancong.
Bergambar di atas perahu yang membawa kami dengan bayaran 100 Baht seorang. Saya sempat berduet dengan pengayuh perahu lagu yang saya dengar semasa di tingkatan 1 pada tahun 1983. " Sekbaratchan, chan haiman lapinai chak tang, kiat perawat cheng wai, rak tang rak chang, rang lang, mei chi vit, sek bati ranchang ang pang," Banyak sebutan di perbetulkan. Terima kasih Ajam Golok kerana menyanyi lagu ini di malam talentime sekolah dulu.
The Elephant and I adalah tajuk movie yang akan menjadi boxoffice nanti (hehehe). Pelbagai cara siamese mencari rezeki, dari gajah kepada ular sehingga menjual ukiran kayu alat kelamin lelaki. 
'Tabik Tuan'. Polis Thailand menghormati pelancong yang datang ke negara mereka. Banyak yang tidak sama dari segi budaya walaupun kita bersempadan. Banyak sekatan jalan raya berkebetulan dengan demonstrasi baju merah di Bangkok. 
Apa ni? Begini rupanya proses mendapatkan garam. Maaflah, saya tak biasa melihatnya. Kalau tidak digunakan, tawar masakan nanti cuba selera rasa lain macam melihat kerja mendapatkan garam. 

Kami sampai di Bangkok pada waktu tengahari dan mendapatkan bilik di service apartment yang mana pemiliknya adalah muslim Thailand. Murah dan sesuai untuk pelancong berkeluarga dengan 600 Baht sehari. Jika kita tidak mempunyai kenderaan, adalah lebih baik jika mencari hotel dikawasan yang berdekatan kedai-kedai supaya suasana malam menjadi lebih beerti.

Petangnya, merayau-rayau di tempat membeli belah. Bangkok masih belum jelas kerana bandaraya di katakan sepanjang 70 km. Baju merah tak ketahuan duduknya. Makan malam ala food village, KB dengan 140 Baht seorang dan makanlah sepuas hati. 
Badan penat dan letih maka jam 10, kami sudah di ulit mimpi masing-masing.

Wednesday, March 17, 2010

Thailand Tour - Hari pertama

Awal pagi jumaat, kami telah bertolak ke pekan Rantau Panjang untuk memulakan satu lagi perjalanan iaitu Thailand yang merupakan negara tetangga. Seperti dijanjikan, tepat jam 9 pagi, pejabat imigresen adalah pintu masuk ke Thailand melalui pekan Sungei Kolok, bandar paling selatan di negara Thailand.
RM 2 perlu dibayar untuk mendapatkan visa perjalanan di Thailand walaupun nilai RM1 tertulis di papan. Tidaklah diketahui samada lebihan ini termasuk kategori rasuah ataupun hadiah kerana memang kami disuruh mendapatkan khidmat penulis di situ. Welcome To Thailand.
Rupanya perjalanan hari pertama terpaksa ditangguh sementara waktu kerana tiga lagi ahli rombongan telah tersilap tarikh maka terpaksalah menunggu kehadiran mereka daripada Kuala Balah, Jeli. Perjalanan yang sepatut bermula pagi telah ditunda sehingga pukul 3 petang. Masing-masing sudah membebel selepas jam demi jam kerana terasa rugi masa yang dibuang untuk menunggu. Sim Card telah bertukar kepada Syarikat Telekomunikasi Thailand. Jika kita ingin menelefon ke Malaysia maka kita perlu menekan 0076 dan diikuti nombor telefon. 
Perjalanan bermula dengan Toyota D40 memuatkan 11 pelancong dan seorang pemandu warga Thai keturunan melayu. Selepas 2 jam, van berhenti di stesen minyak di Palas (sebutan yang didengar) dan kami menjamah laksa siam. Kami teruja melihat bagaimana orang siam makan, sayur penuh di meja percuma dan air kosong (percuma) yang sepatut ditiru oleh kita.
Selepas solat jamak dan makan, perjalanan diteruskan di jalan raya yang begitu selamat kerana ianya sehala dua lorong. Alhamdulillah, van dipandu Sayuti dengan kelajuan 120 km/j menyebabkan ada yang terlena sehingga dikejutkan di simpang ke Songkhla di mana kami akan singgah di Pantai Samila, Songhkla.
Inilah Samila Beach yang terkenal di Songkhla yang menjadi kunjungan warga Thai dan pelancong. Apa istimewanya pantai ini tidaklah di ketahui tetapi sebuah patung duyung menjadi sebutan beberapa rakan yang telah sampai di sini.
Inilah duyung yang dikelilingi pengunjung untuk bergambar. Pernah dicuri kerana nilai tembaganya suatu ketika dan dijumpai kembali untuk tatapan pembaca blog. Jam sekitar 6.30 ptg (waktu Malaysia) dan selepas itu perjalanan diteruskan dengan manaiki feri untuk ke seberang sebelum diteruskan perjalanan ke Bangkok yang dijangka akan sampai keesokan hari.
Inilah rombongan pelancong Malaysia dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan menjadikan perjalanan ke Thailand kali ini memberikan pengalaman yang berbeza.

Thursday, March 11, 2010

Suhaimi pun rasa pelik..

Ketika Astro Awani menelefon pengetua SMS Seremban yang mendapat GPS 0.9, Suhaimi drp Astro Awani telah membaca senarai tindakan yang dibuat oleh pihak sekolah bagi kejayaan pelajar dalam SPM 2009. Beliau lalu bertanya, adakah terdapat masa untuk mereka berehat, beriadah dan menjalani kehidupan remaja kerana setiap hari penuh dgn program termasuk pada hujung minggu.

Apa pun keputusan dah keluar dan yang berjaya sedang merancang arah mereka selepas ini dan yang kurang bernasib baik tentunya perlu muhasabah diri bagi menempuh hari esok yang masih luas dan jauh perjalanannya.

Tahniah untuk semua! Tunggulah ganjaran dari pihak kerajaan kerana semua sekolah berhak merasai penghargaan itu kerana selagi ada pelajar yang lulus bermakna mereka telah mempelajari sesuatu, betul tak Pak Menteri

Monday, March 8, 2010

Betul atau salah;kena atau tak kena?

 
Aku dulu sangat membangkang apabila mana-mana sekolah yang meletakkan banner di pagar yang tertera "Inilah Harapan Sekolah" dengan foto pelajar cemerlang terpampang. Sedih jika menjadi ibubapa kepada ratusan yang lain yang belum cemerlang. 
Hari ini, aku tak pasti tindakan ini boleh diterima atau tidak. Menampal foto pelajar tingkatan 3 yang cemerlang semasa peperiksaan akhir tahun seramai 22 orang dan diletakkan di papan notis PMR.

Saturday, March 6, 2010

Mengekalkan kelenturan badan

Jika kita sudah malas untuk melakukan regangan dan kelenturan maka kita semakin menghampiri untuk sakit-sakit urat. Bukanlah semata-mata kerana umur yang meningkat tetapi kerana kita tidak melatih otot untuk terus mencapai had maksimum seperti masa remaja.
Bagaimana caranya supaya kita dapat mengembalikannya ? Rambut yang gugur dan beruban agak sukar, perut yang boroi perlukan ketabahan dalam diet.

Untuk kekalkan kelenturan, jom kita sertai kelas taekwando di mana kita akan merasakan kehebatan dan kegemilangan remaja. Insyallah.

Tuesday, March 2, 2010

Maulidurrasul

 
Sambutan Maulidurrasul tahun ini juga disambut dengan beberapa aktiviti kecuali perarakan sama seperti kerajaan pulau pinang, mungkin kami juga dianggap bajingan kerana perkara ini. Bukan tidak ada niat untuk perarakan tetapi kawalan agak menyukarkan dengan perarakan di luar sekolah. Maka, kita telah menjemput seseorang yang membaca sirah nabi dengan menggunakan bahasa yang kita fahami. Alhamdulilah semua terkawal.

 
Kita juga telah memberikan penghargaan kepada pelajar sebagai tokoh maulidurasul.

 
Ini semua adalah tanda kita masih belum lupa dengan nikmat yang kita perolehi dengan lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Monday, March 1, 2010

Kayuhan Kota Bharu 27 Februari

 
Sempena LTdL 2010 yang bermula hari ini, kayuhan Kota Bharu telah dianjurkan dengan penglibatan oleh lebih 400 perserta daripada pelbagai lapisan baik roadbike, mountainbike mahupun japanesebike. pertama kali menyertai program kayuhan memberikan pengalaman baru. Kayuhan sejauh 20 km bukan perkara mudah apatah lagi pace yang dilakukan oleh para peserta agak tinggi. Kita yang biasa berkayuh 18-20 km/j akan merasakan cabarannya kerana rata-rata roadbikers mengayuh dengan kelajuan 35-40 km/j. Perlukah aku mendapatkan sebuah roadbike?


Tidak sabar menunggu kerana kebanyakan peserta sudahpun berada disitu sejak jam 7 pagi. Tahniah untuk penganjur