Wednesday, January 20, 2010

Lewat!!!

Sudah 2 hari berkursus komponen sastera BI tingkatan 1. Perubahan dirasakan dari segi pemilihan bahan untuk tingkatan satu dengan pelbagai kaedah pengajaran. Semuanya kelihatan lebih mudah dan seronok. Ajehe memerhati guru-guru yang hadir. Mereka nampak komited dengan apa yang diberikan. Dari segi masa, hari ini 1/2 datang lewat melebihi 15 minit. Apa yang nampak pada zahir tidak kekal. Kehadiran adalah persepsi manusia yang menanti. Anda lewat 15 minit menunjukkan nilai diri anda ?

2 comments:

Yati Wahab said...

Demi masa...menunjukkan menepati masa itu sangat penting. John Macbeath berkata salah satu ciri pemimpin hebat harus menepati masa. Guru juga merupakan pemimpin pembelajaran yang harus menunjukkan ciri yang baik kepada pelajar. Jika guru lewat dan kita marah pelajar lewat...maka kita tidak menunjukkan teladan yang baik..

tapi kawe kena tegur dengan boss sebab lewat...malam tu nak mula membaca kajian lepas...seharian dah penat sangat, kawe lepas isyak tidur dulu..bangun balik jam 1.00. jam 4.30 mata dah mula pedih...terlelap kat kerusi. sedar jam dah 6.00 pagi. melompat sampai terantuk...jam 6.50 baru keluar...alamaknya 7.25 baru sampai...so kawe bukanlah contoh pemimpin yang hebat di mata boss...

Nana Tanjung said...

Kalau dah sampai jam 7.25 tu kira oklah. Ramai Bos yang "melampau" dalam mengadakan peraturan yang berlebih-lebihan kononnya mereka "bijak" mentadbir, tetapi sebenarnya telah termasuk dalam golongan ektrimis. Biarlah kita besederhana dalam berpeaturan, yang penting kita sentiasa beristiqomah dengannya.