Pemakaian mereka kelihatan masih sopan berbanding anak gadis di negara kita. Begitulah hebatnya Islam menjaga keharmonian dan yang penting menghalang manusia membuat dosa. Dosa tanpa ampunan bermaksud api yang menyala-nyala. Tugas siapa untuk menghalang manusia membuat dosa ? Kita tidak nampak malaikat untuk menyalahkan mereka dengan dosa-dosa kita. Jawapannya adalah kita sendiri. Amar ma'aruf nahi munkar adalah tugas manusia sebagai khalifah Allah. Siapa kita ? Ia bermula dengan pemimpin. Mereka diberi kuasa oleh Allah untuk memimpin. Mulakan dengan memimpin diri sendiri, anak isteri, masyarakat dan sebagainya. Jika mereka tidak melakukan amanah ini maka ceritanya berpanjangan hingga kepada siapa yang memilih mereka sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya orang Acheh ada jawapannya.
1 comment:
jihad yang sebenar adalah memerangi nafsu sendiri. Kita sebagai pemimpin institusi keluarga harus memulakan untuk memerangi insan di bawah pimpinan kita. Jika kita ibu bapa tidak berperanan akan pincanglah susurgalur keluarga kita sepanjang zaman.
Namun ada juga ibu bapa yang sangat bertanggungjawab kepada amanahnya namun ujian Allah amat berat untuk ditanggung....
Anak2 hanya nampak harta yang ada..tanpa melihat bagaimana susahnya ibubapa memerah keringat mengumpul wang ringgit dan harta.
Wallahuallam...
Post a Comment