Friday, January 8, 2010

Dari Media

Dari media yang pertama hari ini adalah live telecast daripada PICC, ucapan Menteri Pelajaran sempena perutusan KPM 2010. Menunggu hampir 2 jam untuk ucapan (ehsan ) RTM di TV3. Apa yang pelajar dapat tidak dapat dipastikan. Yang jelas ialah mereka dapat kesabaran.

Dari media juga, telah saya tuliskan di blog ini tentang keperluan mempunyai pembantu guru. Kesibukan guru hari ini menyebabkan terabainya core business mereka iaitu mengajar di dalam kelas. Teruskan usaha NUTP untuk kebaikan pendidikan di negara ini

6 comments:

Nana Tanjung said...

Dalam pemerhatian Nana, sebenarnya kakitangan di Pejabat sekolah boleh digunakan untuk membantu guru menyelesaikan tugas-tugas pekeranian. Pengalaman Isteri Nana di SMK Mathodis Sibu suatu ketika dulu telah membuktikan bahawa sebahagian besar tugas guru dapat dilakukan oleh mereka seperti mengutip yuran dan mengisi segala maklumat di dalam buku rekod kedatangan. malah mereka juga yg. mencatat kehadiran murid setiap hari. Tugas ini dijalankan oleh kerani sahaja. Yang penting pengurusan masa dan rasa bertanggungjawab perlu ada dalam diri mereka yang diberi amanah. jika kita melakukan tugas dengan ikhlas, kita akan mendapat satu "tenaga" dan "kekuatan" dari dalam diri dan pasti kita akan suka melakukannya. Semuanya bermula dari dalam diri kita sendiri.

Jubah hitam said...

Jawatan pembantu guru telah lama di war-warkan, namun hingga sekarang tak sampai-sampai pun ke sekolah. Jika suatu hari nanti sampai, sudah tentu pihak pentadbiran akan lakukan sesuatu untuk memudahkan kerja-kerja pentadbiran dari membantu guru menguruskan hal-hal perkeranian. Para guru di Malaysia kenalah terima hakikat bahawa menjadi guru di Malaysia merangkap pelbagai kerja-kerja lain lagi di sekolah.

Yati Wahab said...

PERNAH BERCAKAP TTG JAWATAN TERSEBUT SEMASA MELAWAT NKRA TEMPOHARI DI SUNWAY PIRAMYD. IKUT KATA PEGAWAI BSM BAHAGIAN DASAR MEREKA DAH PROPOSE KAT KPPM TAPI ADA BANTAHAN DALAM KPM SENDIRI (DG).SBB KATANYA BUKAN ITU SEMUA TUGAS GURU. SAYA KATA HARI TU KAT PEGAWAI TERSEBUT KENA PERTIMBANGKAN JUGAK UNTUK TUGAS KEY IN DATA SMM, SSDM, BIASISWA, PEPERIKSAAN DLL YANG MENGAMBIL MASA GURU DGN BANYAK. JAWATAN PEMBANU GURU TU ADALAH KERANI. MEREKA NAK TAMBAH KERANI UNTUK LAKUKAN KERJA2 TADI.
NAMUN DARI SEGI PNP DAN MENYEDIAKAN SOALAN ATAU APA2 KERJA BERKAITAN PNP TIDAK TERMASUK DLAM TUGASAN.
MUDAH2AN PEGAWAI DG YANG MENENTANG TU AKAN BERFIKIR SEMULA UTK MEMBENARKAN PERJAWATAN PEMBANTU GURU N DITERIMA MASUK KE SEKOLAH BAGI MERINGANKAN BEBAN TUGAS GURU.

Naser & Yati said...

Yang menyusahkan kerja guru biasanya ialah guru...

norhayatirahman said...

guru serba boleh dari dulu kini dan selamanya