Friday, December 18, 2009

Pagi 1 Muharram 1431


Jika ada orang Kelantan yang tidak pernah menjejak kaki ke sini maka mereka belum mengenali Menteri Besar mereka sendiri. 1 Muharram 1431 bersamaan dengan hari Jumaat 18 Disember 2009 mencatat sejarah tersendiri buat kami sekeluarga kerana pertama kalinya kami ke sini untuk mencukur rambut bayi dari salsilah Haji Muda. Terselit rasa bangga melihat masjid ini dipenuhi jemaah pada waktu subuh yang menjelaskan betapa terserlah kehebatan islam apabila masjid dipenuhi pada waktu subuh. Bertolak seawal jam 5 pagi dan ketika sampai menjelang subuh, perkarangan masjid telahpun dipenuhi oleh kenderaan.



Muhammad Aqeef Irfan sedang dipotong jambulnya oleh Tuan Guru Menteri Besar setelah menunggu beberapa ketika kerana terdapat lebih kurang 50 bayi yang dibawa oleh keluarga masing-masing. Semoga Tuan Guru akan sentiasa sihat untuk membimbing kami semua sebagai persiapan untuk hidup beragama di dunia dan kebahgiaan sejati di akhirat.



Wajah Tuan Guru pada pagi ini setelah menangis di kala berdoa untuk kemenangan islam di Palestin, Gaza, Iraq dan di mana-mana bumi umat islam yang tertindas.

Selamat menyambut Maal Hijrah.

2 comments:

Yati Wahab said...

Alhamdulillah...amalan mulia wajib diteruskan...

berkunjung dan menziarahi alim ulama' amat dituntut...

mudah2an irfan membesar sebagai anak yang soleh dan memberi ketenangan hati dan jiwa kepada kedua orang tua..

Jubah hitam said...

kemah MB demo. Takbir!