Sejak hari Ahad sehingga ke malam ini, aku begitu sibuk dan langsung tidak berkesempatan untuk menjengok blog sendiri. Mesyuarat Perancang pada hari Ahad dan terus bergegas ke Alor Setar menyebabkan blog tidak dapat dikemaskini seperti biasa. Apa yang menariknya, kami diberi rezeki untuk bertemu dengan sepasang gajah semasa berada di Lebuh Raya Timur-Barat yang berada di tepi jalan.
Hari Isnin pula disibukkan dengan kunjungan ke butik adik ipar di kawasan Bertam dan semalam pula adalah perjalanan pulang. Hari ini, seharian di sekolah untuk mencetak buku pengurusan sehinggalah saat ini barulah ada kelapangan seperti sedia kala.
4 comments:
Begitulah tugas guru hari ini. Nana balik dari cuti2 Malaysia sampai hari ini masih ulang alik ke sekolah. Semalam, Bos tel minta aturkan satu mesyuarat pengurusan di Reverview KB.pada 25-27 Dis. Dia kata boleh bawa keluarga dan semua perbelanjaan ditanggung. Jadi seharianlah ada di sekolah semalam buat tempahan hotel dan surat panggilan mesyuarat tergempar.
Demo kena pegang tugas gapo pulok tahun depe?
mesyuarat banyak harap ada hala tuju...
kita..orang bawah ...ikut je rentak boss...
rasanya seantero negara sekolah sibuk meeting...
Banyaknya duit sekolah teknik mesy. kat hotel...
kesian kita kat seklh harian...mesy jamuan pun tak dak...
Post a Comment