When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Monday, December 7, 2009
Jawapan bocor UPSR
Pagi tadi saya kembali mengayuh setelah berehat selama 5 hari. Suasana menyegarkan dengan cuaca mendung menjadikan kayuhan menyeronokkan. Sambil mendengar Kelantan FM saya menjejak jalan raya menghala ke Kg Sungai Petai dan membelok ke kanan menuju jalan kampung dan keluar ke Gaal. Cerita pagi ini adalah tentang pengakuan seorang guru sekolah rendah yang mahu kita semua berfikir tentang masyarakat hari ini yang sedang membina generasi akan datang. Pengakuan berani beliau di dalam siaran aduan pengguna adalah tentang jawapan bocor UPSR 2009. Beliau bimbang dengan kaedah jawapan bocor yang mengajar anak-anak menipu untuk berjaya dan hancurnya kurikulum pendidikan negara kerana guru dan murid hanya perlu mengenal ABC dan menghafal jawapan untuk menghadapi peperiksaan. Jelas beliau, sms jawapan yang diterima oleh beliau adalah jelas jawapan kepada soalan UPSR 2009. Jika inilah keputusan yang diperolehi oleh pelajar iaitu deretan A , maka bagi kita ianya sudah lari dari tujuan penilaian sebenar bagi sebuah kurikulum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kerakusan untuk mendapat penghargaan menidakkan keprofesionalan guru dan hakikat pendidikan yang sebenar untuk memajukan insan dan negara...
cikgu semborono begitu yaang perlu dicantas awal2..
Terdapat juga pelajar sekolah saya yg mendapat 5A peringkat UPSR tapi apabila berada di tingkatan satu masih tidak pandai utk membuat karangan. Ini adalah hasil cikgu2 malaon peringkat sek rendah.
cite ni dah lame berlaku....masyaallah...kalau berterusan rosak satu generagi kita..
masihkah kau ingat....kesilapan seorang doktor hanya memudaratkan seorang pesakit tetapi kesilapan seorang guru akan memudaratkan satu generasi
Post a Comment