Thursday, December 3, 2009

Anak Sedara Baru



Sebaik bangun pagi semalam, kami mendapat sms bahawa adik bongsu sedang mengalam sindrom PNB, bukan Permodalan Nasional Berhad tetapi sindrom Perempuan Nak Bersalin. Kami membuat keputusan untuk terus ke HUSM Kubang Kerian kerana berlaku sedikit masalah kpd ibu di mana darahnya naik lebih sedikit. Kami sampai setelah selamat melahirkan anak seberat 3 kg. Maka, bermulalah tanggung jawab sebagai ibu bapa kepada pasangan.



Kedua-dua keluarga turut sama menunggu kelahiran dan sehingga blog ini ditulis, bayi masih di wad rawatan rapi untuk kanak-kanak kerana dikatakan lemas semasa proses kelahiran. Berdoalah agar semuanya selamat dan sihat. Semalam juga kami mendapat tahu bahawa di katil berdkatan terdapat seorang perempuan yg keguguran kandungan 6 bulan kali ke sembilan. Semua ini ujian untuk setiap hambanya daripada yang Maha Kuasa.

 
 
Ketika keluar dari wad, terpandang pula papan nasihat ttg kebaikan menggunakan tangga berbanding lif. Marilah kita sama-sama mengamalkannya. 'Better late than never'. 

4 comments:

Jubah hitam said...

Tahniah dapat anak sedara baru. Rambut bro nampak makin menipis, bila nak berubat dengan "robbi"?

Pakwar said...

baby masih dlm wad

. said...

Tahniah

Yati Wahab said...

tahniah..tumpang gembira tambah lagi satu umat..