Monday, December 28, 2009

Adakah kita ego?


Lokasi: Sebuah Masjid di Daerah Besut
Rakam: 27 Disember 2009
Masa: 10.30 pagi

15 tanda bahawa seseorang itu ego dan sangat berkait dengan kehidupan terutama di tempat kerja. Yang pertama, rasa terhibur diberi jawatan. Jawatan adalah merupakan satu amanah yang dipikul oleh empunya diri. Adalah malang jika seorang yang diberi jawatan akan merasakan terhibur dengan kedudukan itu. Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan adalah seorang yang gemuk tetapi menjadi kurus kering setelah memegang jawatan khalifah. Imam Ghazali juga mengingatkan bahawa benda yang paling berat di dunia adalah amanah.
Seorang lulusan M.Princ adalah dikaitan dengan ego jika hati tidak tenang apabila tidak dilantik memegang jawatan kanan di sekolah. Prinsip yang baik ialah jawatan jangan dipinta tetapi tidak sekali-kali menolak apabila diminta memikul amanah. (pandangan semata-mata)


5 comments:

norhayatirahman said...

sama la dengan ambo

norhayatirahman said...

sama la dengan ambo

Yen said...

kira bagus. Cara yang baik untuk kurangkan boroi- peganglah jawatan kanan di sekolah. kah kah kah

Yen said...

kira bagus. Cara yang baik untuk kurangkan boroi- peganglah jawatan kanan di sekolah. kah kah kah

Nana Tanjung said...

Alhamdulillah... kawe tahun ni masih boleh bertahan kerana tidak diberi amanah yg berat untuk dipikul..