Wednesday, September 30, 2009

RALEIGH DIABLO MOUNTAIN BIKE

Pertama kali membeli basikal kerana sejak dulu, sebagai adik, kita hanya mendapat giliran yang kedua. Hajat untuk memiliki basikal sejak awal 2008 akhirnya telah tercapai pada 5 syawal yang lalu. Kedai di Demit, Kubang Kerian menjadi pilihan kerana disitu terdapat banyak pilihan yang boleh dimiliki. Terpulanglah kepada kita untuk menentukan kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Setelah berbincang dengan pemilik kedai maka Raleigh Diablo menjadi pilihan. Harganya agak berpatutan untuk 'beginner'.
Warna putih dan merah melambangkan semangat dan jati diri yang kuat. Kayuhan demi kayuhan akan dimulakan selepas ini untuk memastikan pembelian ini mempunyai manfaat yang tersendiri. Ada yang mengayuh untuk menurunkan berat badan namun tak kurang juga yang yakin dengan kaedah ini untuk mengekalkan kelakian masing-masing. Bagi saya, ada 3 tujuan yang utama iaitu 2 di atas dan menggalakkan budaya hidup sihat kepada anak-anak sedara kerana kesihatan adalah asas kepada kehidupan yang berharga. Hari pertama, kayuhan sejauh 10 km telah berjaya dilakukan secara perlahan-lahan.


Nasib baik Satria Neo mampu membawa bersama Raleigh Diablo ke rumah. Insyallah! Sasaran 50 km akan dapat dicapai tidak lama lagi.

Tuesday, September 29, 2009

Cuti-cuti ke Sungai Kolok

Pintu masuk ke Sungai Kolok , Thailand. Wakil rakyat menyambut dengan ucapan selamat hari raya aidil fitri (kot).
Menjamu selera di sebuah kedai makan , dengan hidangan tomyam, daging masak halia, kailan ikan masin, telur dadar serta ikan siakap dengan kos rm 85 . Boleh tahan juga.
Deretan kedai di sepanjang jalan berhampiran mesjid pakistan. Yang lain-lain gue tak tahu.
Kasut wanita agak banyak untuk dibeli. Jika ada kelapangan, sediakan pasport dan kunjungilah sungai kolok

Monday, September 28, 2009

Hari Raya Aidil Fitri 1430

Setelah seminggu, barulah berkesempatan untuk meng'uploadkan' foto-foto kenangan di hari pertama syawal. Keluarga 252B masih seperti biasa dengan kehadiran muka baru (menantu) anak bongsu. Insyallah, keceriaan yang ditunjukkan melalui raut wajah adalah hasil daripada keikhlasan diri masing-masing dalam memastikan keharmonian.

Peluang menyambut 1 Syawal di Pasir Puteh digunakan sebaik mungkin kerana suasana ini akan dirasai insyallah 2 tahun lagi kerana tahun depan kesempatan ini akan dirakamkan di Kedah pula.
Biar berdua tetapi tetap ceria. 10 tahun bersama dalam menempuh cabaran kehidupan.
Semua gembira di hari raya dengan sanak saudara , cuma Fazidah Joned sahaja yang berduka cita, dengan lagunya; miskin kaya semua bergembira, aku miskin hina......

Alhamdulillah!

Setelah beberapa ketika laptop ini 'berona' maka hari ini ia kembali berfungsi seperti biasa dengan perubahan yang ketara iaitu penggantian vista ke windows xp. Ini semua akibat masalah ketidakcukupan ruang untuk berfungsi. Dengan kos sekitar rm50, Alhamdulillah dan Insyallah , blog ini akan kembali seperti sedia kala.

Saturday, September 26, 2009

Selamat jalan warga kota

Setelah beberapa hari dikampung halaman, sejak 2 hari yang lepas warga kota kembali meneruskan hidup di tempat kerja masing-masing. Pelbagai kenangan di bawa bersama dengan 1 atau 2 kilogram pertambahan berat badan. Seronok dan gembiranya beraya menghilangkan keletihan dan cabaran di kota sejak syawal di tahun yang lalu. Kini , mereka terbang lagi bagaikan burung untuk mencari makanan sebelum kembali semula. Ibu bapa yang semakin tua ditinggalkan dan berharap agar berlaku lagi pertemuan pada hari raya 1431 hijrah. Begitulah cabaran mencari rezeki di kota.

Selamat jalan warga kota. Jadilah Sitenggang yang pulang dengan ilmu dan pengalaman yang mengajar kepentingan mengenal siapa kita sebenarnya. Bawalah pulang gadis kota namun jangan dipinggirkan ibu tersayang di kampung kerana sesungguhnya "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Para menantu tersayang, jagalah suamimu dan ketahuilah bahawa tanggungjawab anak lelaki adalah terhadap kedua ibubapa mereka. Dan tanggungjawab anda adalah terhadap suamimu. Insyallah, kebahgiaan di dunia membawa kepada kenikmatan di syurga. Jangan sampai kepada keluarnya kata-kata begini daripada seorang mertua. " Carilah isteri lain yang tahu menghormati suami dan mertua". (memetik kata-kata seorang wanita tua yang terkilan dengan sikap menantu di hari raya.)

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya 1430 Hijrah kepada umat islam di seluruh dunia semoga kemenangan kita kali ini akan membawa sinar yang lebih terang untuk dunia islam.

Blog ini telah berehat untuk beberapa hari bagi menumpukan fokus kepada akhir ramadan dan seterusnya menyambut hari raya dengan kunjungan ke rumah sanak saudara dan rakan taulan.

Insyallah, selepas 1 Syawal, tiada lain impian setia warga muslim adalah untuk berpuasa 6 hari agar sempurna ibadat yang pincang di kala ramadhan.

Insyallah

Thursday, September 17, 2009

Menjelang akhir Ramadhan

Di antara kebaikan berpuasa juga adalah untuk kesihatan diri terutama melibatkan penghadaman. Setiap orang yang berpuasa biasanya akan menjadi lebih sihat jika pemakanan dijaga atau makan tidak keterlaluan ketika bersahur ataupun berbuka puasa.

Saya juga tidak ketinggalan mengambil kelebihan bulan yang mulia ini dengan menjaga adab ketika makan setakat yang termampu. Setelah 26 hari berpuasa, berat badan juga telah berkurang sebanyak lebih kurang 4 kg.

Bukan niat berpuasa itu untuk menguruskan badan tetapi hikmah ramadhan begitu besar kepada umat islam termasuklah mengecilkan saiz pinggang , insyallah.

Wednesday, September 16, 2009

Ingatan Allah melalui Al Quran

Apabila membaca quran bersama terjemahannya maka barulah kita peka dengan janji Allah terhadap hambanya. Kita hidup di dunia dengan keluarga masing-masing dan apabila tiba saatnya, setiap orang ahli keluarga akan pergi meninggalkan keluarga masing-masing. Kita hanya mampu berdoa agar mereka ditempatkan bersama-sama dengan para anbia'', shuhada' dan sebagainya. Di dalam ayatnya, Allah telah berfirman dengan maksudnya bahawa para ahli keluarga akan berjumpa semula di akhirat iaitu di syurga jika mereka semua berada di jalan yang benar dipenghujung kehidupan mereka di dunia.
Oleh itu, marilah kita semua tinggalkan konsep beribadah seorang diri tetapi makan angin beramai-ramai, makan beramai-ramai, bergembira beramai-ramai kerana itu tidak menjadi satu perancangan untuk kita semua berjumpa lagi sebagai keluarga di syurga.

Sayu memikirkan seandainya , kita dicari-cari oleh mereka tetapi kita tiada di situ...

Ya Allah! Berikanlah petunjuk kepada kami semua semoga kami akan bersama lagi di syurga Mu.

Amiin.

Sunday, September 13, 2009

Lailatul Qadar

Sekadar berkongsi tazkirah yang disampaikan.....

Bermula lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan adalah satu perbandingan pahala jihad umat di zaman Nabi Musa yang memegang pedang selama 80 tahun berjihad menegakkan agama Allah. Lantas para sahabat merasakan mereka tidak akan mampu untuk mendapatkan pahala sedemikian kerana umur umat Nabi Muhammad SAW sekadar 60-70 tahun. Maka turunlah ayat yang menjanjikan pahala melebihi 80 tahun bagi sesiapa yang beribadat pada malam lailatul qadar.

Apa yang nabi buat di 10 malam terakhir ...

1. Bangun sembahyang malam
2. Mengejutkan ahli keluarga yang lain
3. Menghindari hubungan kelamin

Apa yang tinggal adalah 6 malam bagi kita semoga kita beroleh ketakwaan.....

Wednesday, September 9, 2009

Asian Food Channel

Dalam perjalanan pulang tengahari semalam, aku sempat singgah untuk membeli sekilo tulang yang kosnya rm13 dan 1/2 kilo daging dengan niat untuk melaksanakan misi singgang tulang. Balik dari solat asar, aku ke kedai untuk mendapatkan lengkuas kerana itulah bahan yang belum ada. Tulang dibersihkan dan kemudian direbus sehingga empuk (foto di bawah)

Sambil itu, aku menyediakan bahan-bahan lain. Tulang untuk berbuka puasa sukar dijangkakan kerana mungkin peminatnya ramai. Jadi, aku dapatkan sedikit daging untuk tempelan.
Setelah agak empuk, ku masukkan semua bahan yang telah ditumbuk dan dimayang kedalam rebusan tulang.
Akhirnya singgang tulang turut menjadi juadah berbuka puasa semalam sehingga ke sahur.

Tuesday, September 8, 2009

Singgang tulang untuk berbuka

Salam ramadhan,

Bila dah masuk minggu ketiga biasanya makin susah untuk mendapatkan makanan yang membuka selera. Pembaca tranungkite telah bermurah hati menyediakan resepi ini. Terima kasih dan selamat mencuba.
Bahan-bahannya:

* sebatang tulang rusuk lembu
* bawang merah satu labu besar
* bawang putih 3 ulas
* halia 1 setengah inci
* sedikit lengkuas
* 3/4 tangkai cili kering direndam dan dibasuh bersih
* rempah biji/ketumbar 2 sudu besar
* 10 biji lada hitam
* asam keping
* garam
* secubit gula *berfungsi ganti ajinomoto*


Cara-caranya:

1. Tulang direbus hingga empuk
2. Tumbuk ketumbar kasar2 kemudian masukkan cili kering. Tumbuk kasar2. Ketepikan.
3. Bawang merah, bawang puteh, halia dan lengkuas di mayang.
4. Sesudah itu masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk rebusan tulang. Masak lah dengan api yang sederhana.
5. Tambahkan lada hitam, asam keping, garam dan gula.
6. Masak lagi hingga 'rasa pallut' *sebati rasa kesemuanya*, baru ditutup api.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Monday, September 7, 2009

Cuti Nuzul Quran

Seperti biasa, setiap tahun beberapa negeri akan menyambut nuzul quran dengan cuti umum manakala ada yang menyambut 1 Ramadhan. Ini semua terletak atas kebijaksanaan dan pemimpin terdahulu kerana cuti ini telah lama dilaksanakan di sleurh negara.
17 Ramadhan kadang-kadang membawa berita sedih. Bukan apa, ketika umat islam sedang mula memasang gear untuk menempuh 10 malam terakhir yang lebih baik daripada 1000 bulan pada salah satu malamnya yang sepatutnya bergegar di sleuruh media samada media bergambar atau bercetak tentang cita-cita besar individu muslim.

Semacam ada yang tidak kena sejak berzaman apabila radio sudah mula memainkan lagu-lagu raya dan sedar tak kita bahawa sesiapa yang membesarkan raya ketika belum masanya seakan melakukan 2 pengkhianatan besar kepada rakan seislam mereka. Pertamanya, mereka membesarkan raya sehingga umat islam lupa cita-cita besar yang wajib dikejar iaitu pembebasan daripada api neraka. Kedua, mereka menjaja raya selama sebulan yang menyebabkan umat islam meninggalkan satu lagi syiar islam iaitu berpuasa enam hari di bulan syawal.

Oleh itu, blog ini mengambil sedikit peranan untuk mengajak umat islam kembali kepada sunnah dengan memperbanyakkan ibadat di sepuluh malam terakhir supaya takbir dan tahmid kita lebih lazat pada malam 1 syawal. INSYALLAH!

Sunday, September 6, 2009

Majlis Iftar Jamei di Mesjid Permatang Sungkai

Rombongan Ketua Jajahan dan ADUN Limbongan telah menyertai penduduk kampung permatang sungkai, Pasir Puteh bagi majlis berbuka puasa yang dianjurkan pada hari khamis 3/9/09. Majlis dimulakan dengan ceramah H1N1 oleh wakil daripada Kementerian Kesihatan untuk menerangkan tentang keperluan menjaga diri, keluarga dan kampung masing-masing supaya wabak dapat dihindari.

Cikgu Din YB Limbongan turut hadir sama untuk memeriahkan lagi majlis. Semoga kerja buat YB akan diredhai oleh Allah kerana menjadi pemimpin bermakna kita menambah beban ke atas diri kita sendiri.
Penduduk kampung dari segenap lapisan turut sama dan menurut khabar, seekor kerbau telah tumbang dan memang layak dipuji tukang masak yang menyediakan pelbagai juadah yang ringkas tetapi lazat.

Lauk berbuka yang menyelerakan terutama singgang campur dan sambal. Tips untuk berbuka secara hidangan. Cari regu yang agak berumur kerana mereka kurang makan lauk hehehe

Saturday, September 5, 2009

Calon BN untuk PRK Bagan Pinang


Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
PUSASDA KEM SI RUSA
1323107405
1,903 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Taman Eastern
2 KAD KEM SUNGGALA
1323105400
1,130 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
IJED KEM KG SAWAH
1323107411
847 pegundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
IPDA PORT DICKSON
1323107406
407 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
1 KOMPENI KPD KEM SI RUSA
1323107403
265 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
1 WKSP BGD KEM KG SAWAH
1323107410
165 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Si Rusa
SEKOLAH PERTUKANGAN PERINTIS
1323107407
105 pengundi

Negeri Sembilan
Telok Kemang
Bagan Pinang
Taman Eastern
ILMI PORT DICKSON
1323105402
103 pengundi
Zahid Hamidi layak menjadi calon BN di Bagan Pinang kerana 4,925 pengundi adalah pengundi pos.

Friday, September 4, 2009

Pilihan Raya Kecil lagi ????

Hari ini kita menerima berita kematian wakil rakyat DUN Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang Negeri Sembilan , YB Azman yang meninggal akibat serangan jantung / jangkitan dalam darah (berita jam 5 di radio).

Kita mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham.

Bila membaca surah Toha , ayat 1xx , Allah berfirman bahawa ada manusia yang akan dibangkitkan dalam keadaan buta kerana di dunia mereka tidak memperdulikan ayat-ayat Allah.

Semoga kita diselamatkan daripada menjadi buta di akhirat dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah semasa didunia ini melalui kitabullah. Insyallah.

Thursday, September 3, 2009

Si Tenggang's Homecoming

Jika anda pelajar tingkatan lima di dalam era 2000-an, tentunya anda telah biasa dengan sajak ini kerana ia merupakan salah satu komponen kesusasteraan dalam subjek bahasa inggeris yang diajar semasa tingkatan empat.

Kelemahan sajak ini adalah terlalu panjang bagi pelajar yang sederhana lalu mereka kurang memberikan perhatian untuk memahami dan menghayati bahawa sajak ini begitu relevan dengan kehidupan seorang melayu.

'Jauh perjalanan banyak pengalaman' yang menjadi peribahasa orang melayu digunakan sebaik mungkin oleh penyajak.

Tema pencarian mengenali diri dan kepentingan memahami asal usul kita adalah menjadi panduan kepada kita semua supaya kita tidak tersasar dalam perjalanan hidup kita di dunia yang sementara sebelum kita akan dipindahkan ke alam kehidupan yang kekal selama-lamanya.

Jika sitenggang dianggap menderhaka kerana bercakap kasar dengan ibu dan nenek, maka ingatlah keredhaan Allah terhadap kita adalah dengan keredhaan ibubapa kita juga.

Kisah cerita orang melayu selalu bersifat negatif seperti pak kaduk, pak pandir, lebai malang dan seumpamanya yang menjadikan kita sukar untuk berubah dan beranjak walaupun seluruh dunia telah meninggalkan kita.

Jika sitenggang pulang dengan muatan yang sarat dengan bahan terpilih , itu adalah yang dirasakan baik kerana kita tidak suka menunjukkan apa yang baik tetapi masing-masing mencari setitik kelemahan daripada seluas lautan.

Kita tidak pernah menghargai sesama kita dan sifat ini akan menjelmakan sebuah kehancuran

Wallahua'lam

Wednesday, September 2, 2009

Kewajiban Insyallah

Apabila tiba bulan ramadhan, kebanyakan umat islam mula mencari sebuah kitab yang telah disimpan rapi sejak setahun yang lalu. Ada yang berada di dalam almari, ada yang berada di celah-celah novel yang dikumpul sejak 12 bulan yang lalu.

Begitu juga aku, yang lebih rajin sejak 1 ramadhan, alhamdulillah.

Bila menonton Qamar Bani Hasyim beberapa hari yang lalu, telah mengingatkan aku kepada sepotong ayat daripada sebuah surah ( kalau tidak silap; Al Israq). Di dalam filem tersebut, pihak quraisy telah mendapat pandangan daripada paderi yahudi tentang cara untuk menentukan kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka telah bertanyakan 3 soalan iaitu tentang pemuda Al Kahfi, kisah Zulkarnain dan tentang ruh. Nabi SAW telah menyatakan bahawa baginda akan menjawab pada keesokan harinya. Malangnya, setelah 15 hari barulah Malikat Jibril datang membawa jawapan daripada Wahyu Allah.

Lalu turunlah ayat menyuruh nabi jangan berkata akan melakukan sesuatu melainkan dengan perkataan INSYAALLAH.

Kepada kita semua, selalunya kita seakan yakin dengan janji kita untuk melakukan sesuatu dengan ucapan beres! demo caya la! wajik eh kawe maghi! Ini semua adalah berlawanan dengan apa yang diajar kepada rasul kita.

Marilah kita mengubah sikap kita kerana ramai orang menggunakan INSYALLAH ini apabila mereka tidak ingin melakukan sesuatu tetapi tidak ingin menghampakan orang yang menjemput. Ini semualah yang menjadikan kita semakin lemah dari sehari ke sehari.

Insyallah kita akan berubah !

Sama atau Serupa ? Uji daya penglihatan anda

dipetik daripada forum tranungkite v9.

Demonstrasi kepala lembu.. masing-masing saling tuduh menuduh ...

Ada pihak yang cuba buktikan penglibatan hamba Allah ini... dari parti.....

kerana pihak UBN menolak penglibatan mereka ....

Tuesday, September 1, 2009

SPR putuskan tiada kekosongan

SPR hari ini memutuskan bahawa tiada kekosongan bagi kerusi DUN Seputeh di Kedah walaupun ADUNnya tidak hadir dua kali berturut-turut.

Jika di sekolah, murid yang tidak hadir tiga hari berturut-turut akan diberikan amaran pertama.
Tentunya tidak boleh dibuat perbandingan kerana sekolah adalah institusi yang berbeza dengan Dewan Undangan Negeri. Cuma adalah wajar bagi guru-guru dan murid-murid mengetahui peraturan sekolah serta pekeliling perkhidmatan awam supaya tindakan yang dilakukan ada kewajarannya.