Friday, August 14, 2009

Konvokesyen Universiti Malaya 2009

Tanggal 11 Ogos 2009, graduan sarjana dari Institut Pengajian Kepengetuaan telah bersedia untuk tampil ke dalam masyarakat pendidikan untuk meneraju perubahan untuk memartabatkan pendidikan melalui tindakan luar biasa oleh seorang insan biasa. Kami tidak mempunyai apa-apa kelebihan tetapi komitmen dan semangat kami akan menjunjung tindakan kami. Berilah peluang dan berkat ilmu di dada, insyallah bahtera yang dilayar akan menempuh setiap badai. Tahniah buat rakan-rakan. Jangan alpa dan mudah berpuas hati. Kita masih di awal waktu.

Segak bergaya para graduan Sarjana Kepengetuaan IPK Universiti Malaya Kohort 9 seramai 26 orang
Isteri tercinta yang tidak habis-habis memberikan perangsang untuk sebuah kejayaan. Hari ini sejarah terlakar dan tiada perkataan yang lebih sesuai selayaknya diucapkan di atas kesabaran dan ketabahanmu. I love you so much.
Bonda tercinta yang sentiasa mempunyai keyakinan terhadap anaknda untuk terus maju. Doakan kelapangan dan kemudahan kepada anakmu ini untuk memegang setiap amanah pada hari mendatang.

Thank you bro! You're such a great brother. May God bless you and keep going.
Tiada ternilai kasih sayang seorang bapa yang jauh lebih muda dari usia dalam melayani kerenah anak-anak sehingga terasa begitu malu pada diri sendiri di atas setiap cakna.


Kami bersedia ! Putramas Jalan Kuching akan sunyi tanpa kami yang saban hari keluar masuk untuk mencapai kejayaan ini. Sahabat, jika ingin bermimpi yang indah, kenangkan saat kita bersama selama setahun dengan pelbagai ragam yang mendewasakan kita semua. Halalkan segala tindakan yang dilakukan semoga kita tidak berhutang sesama kita nanti. See you at the top.

4 comments:

Jubah hitam said...

Lepas ni blogreader pula sepatutnya menyambung legasi pakwar kat IPKUM

Vivian Woo said...

Tahniah Bro, terima kasih membantu FP. mengambil jubah, mengirimkan foto konvo... Jasamu dikenang...

ARIN said...

tahniah bro..amber doakan semoga berjaya di dunia & di akhirat..Haa zaa min fadli Rabbi..kepada en. jubah hitam semoga SMKA Durian Guling akan terus mantap,tahniah..Blogreader sentiasa terkenangkan PutraMas.

Yati Wahab said...

Tahniah kepada isteri, ayah bonda dan keluarga yang merangsang kejayaan Pakwar...

Syabas kepada Pakwar yang berjaya dengan cemerlang...

maghi kito pakat berjuang untuk Phd pulak...