Saturday, August 22, 2009

Kewajipan berpuasa vs kewajipan qisas

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua orang-orang yang beriman.Ibadat ini dilakukan kerana kita percaya bahawa setiap suruhan Allah yang diwajibkan kepada kita mesti dilakukan kerana itulah kehendak Maha Pencipta.Sesungguhnya bulan ini merupakan pertandingan satu-lawan-satu iaitu di antara iman dengan nafsu yang tidak mendapat bantuan syaitan yang sedang dibelenggu. Oleh itu amat wajar bagi setiap orang yang mengaku beriman untuk melihat kembali perlembagaan yang maha tinggi iaitu Al Quran supaya setiap yang dibacakan di dalam 30 juz adalah untuk diamalkan, untuk dijauhi dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama mencari jawapan kepada ayat mewajibkan puasa dan ayat mewajibkan hukuman qisas kerana arahan Allah itu adalah sama iaitu; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kepadakamu untuk berpuasa manakala dalam ayat lain pula ialah; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kamu untuk menjalankan hukum Qisas. Dengan tidak adanya bantuan Syaitan di bulan ini akan memberikan ruang untuk kita mengubah diri melalui anjakan paradigma dengan melihat kehidupan orang yang beriman akan tentunya berbeza dengan cara hidup rekaan manusia sesat daripada barat. Tepuk dada tanyalah iman.

2 comments:

Jubah hitam said...

Takbir 3x

ARIN said...

Kami dengar & kami patuh..Allahu Akbar