Pagi Khamis di sekolah biasanya digunakan untuk bacaan Yasin supaya ruh agama hidup di bibir dan telinga anak-anak sekolah. Hari ini, semua murid tingkatan 3 dikehendaki hadir ke surau untuk solat hajat manakala di tapak perhimpunan, bacaan Yasin diteruskan seperti biasa.
Memilih untuk menyertai solat hajat bersama murid-murid rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Tiada guru-guru lelaki di surau dan terdapat 3 guru perempuan yang sedang memerhatikan murid-murid bergerak masuk ke surau. Riuh-rendah keadaan di dalam surau. Bagaimana seorang M Princ harus bertindak ? Aku memilih untuk mendapatkan microfon di dalam almari (dengan bantuan murid-murid). Terfikir tentang usaha, doa dan tawakal. Itulah tajuk tazkirah selama 10 minit. Suasana menjadi tenang. Aku mengajak mereka sama-sama memohon keampunan dengan beristighfar. Suasana semakin tenang dan suara mereka seoalah-olah sedang di bawa naik ke langit. Solat hajat 2 rakaat dilakukan dan harapan kami semua agar dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
Beberapa orang murid datang dan berkata " Terima kasih, Ustaz".
2 comments:
Jangan lupa beli songkok tinggi untuk melayakkan anda menjadi seorang ulama kebangsaan.
ISLAM TIDAK HANYA KHASKAN KETUA UPACARA KEAGAMAAN KEPADA SESEORANG BERJAWATAN KHAS SEPERTI AGAMA LAIN CONTOH KRISTIAN (PADERI), HINDU & BUDDHA (SAMI). SESIAPA SAHAJA ISLAM BOLEH MENGETUA ATAU MENJADI IMAM JIKA LAYAK, TAK PERLULAH ADA TITLE USTAZ.....
Post a Comment