Monday, July 20, 2009

Form 4 G

Inilah rupanya murid tingkatan 4G yang menjadi satu-satunya kelas dari tingkatan 4 untuk subjekMajoriti mendapat D dalam PMR cukup menjadi cabaran kepada aku untuk memberikan yang terbaik dalam masa yang singkat. Setelah 2 sesi bersama mereka pada minggu lepas, aku mendapati bahawa mereka perlu di bawa balik sejauh zaman sekolah kebangsaan untuk mendapatkan kembali apa yang tertinggal.

Minggu lepas, aku ajak mereka untuk berbincang tentang sukan dan mereka kelihatan teruja dan seronok sehingga ada yang berkata... 'sedap kalu ngaji gini'. Itu memang betul tetapi tiada jaminan mereka mendapatkan 'nya'. Baik aku mencuba...

Hari ini, aku ingin dapatkan gambaran kemahiran menulis mereka. Dengan membincangkan 10 isi, aku cuba mengajak mereka untuk menulis beberapa perenggan. Masyallah! Apa nak di kato. Keputusan / markah directed writing ini akan menjadi TOV untuk aku ubah mereka sebelum menjelang cuti akhir tahun nanti.

Ini KAKA ( nama baru) dan rakannya yang mampu untuk menulis lebih kurang 6 baris. Itupun, hangit dah perbincangan dengan mereka.
Kalau dah disemak nanti, berapalah agaknya 'contents' yang dapat ditulis oleh mereka semua?
Jangan tertipu dengan ketekunan mereka jika tidak ada maklumat dikutip untuk menjadi data bagi penambahbaikan. Ada 2/3 orang sahaja yang dijangka telah menguasainya. Selepas ini, maklumat akan diperolehi dan tindakan akan lebih relevan.
'Stamp up'... hampir semua class monitor ucapkan begitu. Alahai ! Nasib la badan. Jangan putus asa. Ajar dari hati akan sampai ke hati.

5 comments:

Vivian Woo said...

Tahniah kerana bertindak proaktif. muka anak-anak murid en ajehe semua cute-cute belaka.

Jubah hitam said...

he..he..banyakkan ingat ko tuhe

Anonymous said...

kalu nak ngajar budak pandai kat asrama penuh tak payah mprinc pun tak pa. yang nilah cabaran sebenar graduan npqh dan mprinc. selamat berjuang bro

Mebius said...

Tuan dah mulakan langkah pertama untuk penambahbaikan...tahniah

Nana Tanjung said...

Kalau kail panjang sejengkal... jangan nak cuba lautan dalam.