Sunday, July 12, 2009

Semalam di Malaysia

Vivi Sumanti (berbaju hitam) yang popular dengan lagu.. kalau hatiku sedang rindu, pada siapaku mengadu. waduh waduh ... suara yang masih sama dengan piring hitam dulu-dulu.
Othman Hamzah yang menyanyikan dua buah lagu iaitu ; gadis melayu dan tanjung puteri. Begitu juga gelekan berbisa daripada Zaleha Hamid.

Jangan biarkan aku menangis.. masih ingat Tommy J. Pisa. Inilah orangnya yang sudah mencapai separuh abad. Di sebelahnya, siapa pernah dengar lagu .. sepatu dari kulit rusa dan cintaku sampai ke Ethiopia. Ria Resti Fawzi
My favourite artist, Endang S. Taurina yang hebat pada malam tersebut bersama Erni Johan.
Halil Chik , jejaka dari Gunung Semanggul tetap menghiburkan penonton pada majlis Semalam Di Malaysia.

5 comments:

ARIN said...

nampak nye bro telah lupa utk uploadkan wajah "sponsorman" iaitu ayah zir & isteri yg bergaya dgn kemeja linen nya

Jubah hitam said...

Tak berapa "belaga angin" untuk geng2 peminat karoake kat sogo- penyanyi separuh umur, tak da yang cilik molek ke?

Nana Tanjung said...

nampak sangat demo dah beralih zaman, bukan lagi zaman "remaja senja'.

abgjan.com said...

Rasa nak ajak kwn2 karaoke pi makan tengah hari kat Sogo. Bila agaknya?

daydeck86 said...

sorry bro saja nak menyibuk
yang dengan endang s taurina tu nama nya tetty kadi, ernie djohan yang jatuh sebelum show bermula tuh