Sunday, July 5, 2009

Satu Penantian

Tepat jam 8.00 pagi- kami sudah berada di JPN untuk mendapatkan surat penempatan selepas menamatkan pengajian selama 2 tahun. Kebanyakan pegawai belum bersedia untuk melayani tetamu. Selepas beberapa ketika, Ketua Unit datang dan meminta untuk mendapatkan surat penempatan. Kami diminta untuk datang pada waktu petang bagi mendapatkan surat. Sehingga pukul 4.00 petang, surat masih belum diterima dan kami diminta untuk hadir sekali lagi pada besok hari. Insyallah, penantian akan berakhir pada pagi esok.

Inilah Unit Sekolah Menengah yang menjadi tempat penantian kami. Kekuatan unit ini akan menjadikan JPN semakin mantap. Misi dan Visi yang hebat akan diterjemahkan oleh para guru di sekolah.

Kemana arah akan ditentukan besok pagi. Sementara itu, berdoalah yang terbaik untuk kita semua.
Mengabdikan kenangan di pintu masuk



Sabar menanti..

4 comments:

Yati Wahab said...

pemimpin yang hebat memang penuh sabar...

bersyukurlah anda kerana masih belum diposkan kemana-mana sekolah..

semoga segalanya berjalan lancar

Jubah hitam said...

Baju demo pakai tak "matching" dengan tie maka tak boleh posting di JPNK lah.

Naser & Yati said...

Aku rasa demo berdua kena isi borang join parti depa kot! pelincirnya wak.
sabo je la..dugaan MPrinc!

Vivian Woo said...

Demo jangan risau sangat, nanti rambut demo makin kurang