Sunday, July 5, 2009

Merindu tanpa kata

Hari Jumaat adalah merupakan satu hari yang paling penting bagi umat Islam. Ia merupakan penghulu bagi hari-hari yang lain. Coretan ini berkisarkan kepada yang dirindu dan dikembalikan kepadaku pada hari Jumaat. Sejak berada di luar sejak dua tahun yang lalu menyebabkan aku terlepas peluang untuk berada bersama-sama rakyat Kelantan untuk mendengar ceramah daripada Menteri Besar. Kini ianya dikembalikan kepadaku bermula jumaat yang lepas.

Semakin hari semakin ramai orang yang membanjiri kuliah pagi jumaat samada sebagai pendengar ataupun penjual. Mereka semua bagaikan terkena tarikan magnet untuk terus berkunjung saban minggu. Itulah barakah dan hikmah berada di bawah kepimpinan Islam.
Doa yang diaminkan oleh ribuan orang mungkin akan diterima oleh Allah kerana di situ adanya golongan marhain, orang-orang tua, kanak-kanak dan mungkin wali yang sedang menadah tangan memohon dari Yang Esa.
Jika kesihatan baik dan tidak kemana-mana, MB Kelantan akan tetap tiba pada jam 9.15 pagi untuk menyampaikan kuliah menjadikan keunikan Kelantan terserlah. Jika siapa yang tidak yakin dengan kata-kata dan tindakannya , sila kemukakan hujah dan dalil supaya beliau boleh mengubahnya. Jika tidak, terimalah dulu. Kata-kata yang selalu keluar daripada mulutnya tentang politik islam.

TGNA yang dikagumi kawan dan lawan menjadi ikon rakyat Kelantan secara majoriti walaupun ada sebahagian yang menganggap siapa yang mendengar kuliah ini sebagai pengotor kerana sanggup duduk di atas jalan dan di tepi longkang.

Apa yang dirindu kini ialah nasi ayam goreng di Bustanul Ulum berdekatan JKR yang menjadi sajian setiap Jumaat dan di waktu yang sama juga, Dr Chua sedang bergelak ketawa di dalam kelas 6108 dan 6113. Terima kasih Dr Chua yang hebat. Hidup sentiasa merindu dan kembali. Bak kata Kapilla " Kembali Merindu" oppss " Merindu tanpa kata"

2 comments:

Jubah hitam said...

Bagaimana dengan sahabat Mprinc? Orang lain mendengar kuliah, dia pula menjual pisang. Adakah sama tarafnya jika datang ke majlis ilmu untuk semata-mata mendengar kuliah atau menyelam minum air sambil jual pisang dari Kuala Krai.

Naser & Yati said...

suatu yang berlalu pasti dirindui...dan pastinya tindakan hari ini akan dirindui pada masa kita tua! Manfaatkan masa yang ada.