Thursday, July 2, 2009

Kisah Posting..

Bila baca blog Rakan Blogger tentang posting, teringatlah juga kisah posting selepas mendapat bacelor dulu. Panggilan telefon ke kampung dengan jawapan bahawa saya ditempatkan ke Sarawak disambut dengan laungan "Kamek sik mahuk pergi Sarawak". Kononnya ingin mengajar di KL dan mendapat sarjana maka tertangguhlah pemergian ke Sarawak selama 6 bulan. Akhirnya , Sarawak tetap menjadi tempat berkhidmat sebagai PPPS DG41. Bukan sahaja di Sarawak malah dipilih pula mengajar di sekolah yang disebut-sebut oleh pegawai JPN sebagai tempat yang paling bertuah. Itulah Belaga yang terletak 400++ km dari Sibu melalui sungai Batang Rajang. Nah! Apa hikmahnya kepada saya. Di situlah saya bertemu jodoh, mendapat anugerah cemerlang, menjadi jurulatih olahraga negeri dan pelbagai pengalaman yang mungkin menjadi penyebab kepada terpilihnya saya mengikuti MPrinc. Alhamdulillah.

Hari ini . sekali lagi saya menunggu surat posting. Bezanya, saya pergi ke JPN dengan membawa surat tawaran penempatan ke Kelantan. Pengalaman sebagai Timbalan Pengarah Seminar Kebangsaan digunakan sebaik mungkin.Bermula dengan bilik Pengarah, Timbalan, Ketua Sektor semuanya di jejaki untuk mendapatkan sekolah yang sesuai. Sayang, mereka semua tidak ada di pejabat masing-masing. Maka, terpaksalah menunggu sehingga hari Ahad nanti.

Untuk kawan-kawan yang telah mendapat tempat, selamat bertugas.

2 comments:

abgjan.com said...

Insya-Allah. Penantian demo akan berakhir hari ni. selamat bertugas. Kawe posting dua buah sekolah pg ni. Awal pg lapor diri di SM sri Rompin. Kemuduan jam 10.30 pg JPN arah ke SMK Sg Puteri pula. .......... saya yg menurut perintah

Jubah hitam said...

Alhamdulillah! demo selamat dari menjadi mangsa bujang senang, kalau tidak ambe tak sempat kenal dan saing dengan demo. Syukur!