Tuesday, July 7, 2009

Hari pertama di sekolah


Bagaimana rasanya menjejal kaki ke sebuah sekolah baru ? Pengalaman hari ini sebagai satu catatan. Berdebar pun ada, gembira pun juga. Sampai di sekolah tepat jam 7.15 pagi. Rupanya perjalanan 80km/j hanya memakan masa 15 minit untuk tiba ke sekolah. Malam tadi surat penempatan diterima daripada pegawai di JPN yang sanggup untuk membawa pulang ke rumah dan melalui satu janji temu, kami bertukar buah tangan. Saya mendapat surat dan beliau menerima ucapan terima kasih. SMK Bukit Jawa telah menjadi Pusat Tanggung Jawab dan Amanah( PTjA) yang baru.

Sebaik masuk ke perkarangan sekolah, saya terpaksa menanyakan tempat meletak kereta supaya tidak berlaku kesilapan di awal pagi yang akan merosakkan semangat. Pengetua belum tiba dan saya diketemukan dengan PK 1. Mengajar di kampung sendiri ada kebaikannya. Beliau adalah merupakan saudara yang masih dekat. Lebih kurang dua pupu gitulah. Saya memperkenalkan diri sebagai saudara dengan menyatakan hubungan kami.

Lebih kurang pukul 8.30 , pengetua masuk ke pejabat dan setelah berbincang selama 5 minit, saya diminta mengambil alih jadual GSTT yang akan berpindah mulai esok. Alamak! Bahasa Inggeris tingkatan 3 dan 4. Setakat ni, pengalaman mengajar tingkatan 3 masih belum ada. Kebingungan sebentar mendengar penerangan daripada guru GSTT. Wow! Patutnya KPM datang menilai budak ni supaya dapat diserapkan sebagai guru BI. Ada potensi yang besar.

Bagaimana keadaan sekolah melalui environmental scanning haro pertama ?

Kantin - Makanan banyak dan guru sentiasa ada di situ.
Bilik guru - Dibahagi 2 antara lelaki dan perempuan dalam kawasan yang sama. Perlu pemerhatian lagi tentang hubungan antara jantina di situ.
Bilik Sukan- Ada 5 orang guru pagi dan 2 guru petang. Saya dijemput untuk bersama mereka
Pejabat- Kelihatan kurang guru-friendly , bukan tempat lepak guru sambil membaca akhbar.
Pelajar- masih belum pasti, tunggu masuk ke kelas dulu.
PK KO- orang kuat tenis
PK 1- sedang mengikuti ijazah lanjutan


Hari pertama secara keseluruhan - masih keliru




Blok pentadbiran


Asrama dan sebuah padang yang kecil

2 comments:

ARIN said...

apa citer ari kedua Bro?semoga simpang tiga selising dibekalkan lampu isyarat bg memudahkan cgu2 keluar masuk simpang..

Yati Wahab said...

Bawa sesuatu yang baru ke sekolah lama kawe tuh...

Ngajar molek weh waris kawe rama jugak situ...

good luck....BI you ok...so no problem..