Sunday, May 7, 2017

Duhai anak

Masih ku ingat kau berlari lari
Menuju ke pangkuan ku
Merenget meminta simpati
Agar barbie jadi milik mu

Masih ku ingat tangisan mu
Ketakutan dalam kegelapan malam
Bila berpisah tidur mu
Di dalam suasana kesuraman

Kini kau dah hampir dewasa
Sedang berlayar menuju kematangan
Seiring waktu dan masa
Semakin mekar di jambangan

Ku doakan segala kebaikan
Agar kau akan dapat berdiri
Menempuh suka duka kehidupan
Mohon sentiasa dicekalkan hati

Sunday, January 29, 2017

Daerah Asing

Menjelang senja aku berada dalam dakapanmu
Nostalgia silih berganti menerjah memori
Pepohon hijau semakin meninggi
Sedang aku masih berlari

Mimpi apakah melanda diri ku
Kenangan silam yang tiada disisi
Aku kini kembali lagi buat sekian kali
Di daerah yang sudah berputar ganti

Rumput subur memenuhi ruang
Cahaya yang bersinar menjadi pudar
Bagai sang mentari menyembah bumi
Bisakah aku kekal disini

Daerah ini menjadi asing
Sedang disini uri bersemadi
Telah lama aku pergi
Izinkan aku untuk kembali

Wednesday, January 11, 2017

Rasa nak menulis..

Tahun baru dah tiba. Alhamdulillah masih diberikan umur untuk terus berkhidmat sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Apa yang bermain di fikiran ini, sudah berperanan kah kita sebagai khalifahnya?
9 jam di tempat kerja , bagaimana harus kita berperanan untuk mendapat status khalifah.

Tuesday, November 15, 2016

Rumah ku Syurga ku

Setelah mengambil anak dari sekolah aku mencadangkan agar kami mencipta lirik lagu yang sesuai untuk dicipta. Mereka mencadangkan agar dicipta satu lirik lagu yang bertajuk rumah ku syurga ku. Bagaimana hendak dimulakan satu penciptaan lagu yang sesuai dengan tema atau tajuk lagu yang dicadangkan.

Mungkin kisah bermula dengan seorang anak yang jauh diperantauan yang merindukan  suasana kekeluargaan yang ditinggalkan. Apa rangkap yang pertama nak ditulis ya. Baik aku cuba...

Telah jauh aku pergi
meninggalkan kampung halamanku
Kutinggalkan ayah dan bonda selama ini
sedang mereka memerlukan ku

Di waktu malam yang sepi
Ku melihat bulan yang tinggi
Rinduku semakin terperi
Ayah dan ibu sentiasa di hati

Bak kata orang tua-tua
hujan emas di negeri orang
hujan batu di tanah sendiri
Syurga ku telah tersedia
Sentiasa ku terbayang
Wajah keluarga berseri-seri

Andai dapat ku undurkan masa
Ku akan terus berjasa
kepada ayah dan bonda
Walau jarak memisahkan kita




Friday, November 11, 2016

KEMARAU DI MUSIM TENGKUJUH

Ku singkap tabir jendela
Sang mentari seakan menari dibalik awan
Bagaikan semalu dikucup sang rama-rama
Itulah ibarat hatiku yang sedang rawan

Di balik gunung yang tinggi
Ternampak sinar yang semakin jauh pergi
Ku tak pasti memang tak pasti
Apakah aku kan terus berlari

Ku cuba segala yang ku ada
Bukan aku hanya setia menunggu
Kerana ku pasti dan memang pasti
Kemarau ini akan melanda
Walau diri sentiasa terbelenggu
dengan apa yang terjadi

Oh Tuhan dengarlah rintihan ku ini
Di kala tengkujuh mendekati
Hapuskanlah kemarau di hati
Ku ingin terus berdiri

Tuesday, November 8, 2016

Golf Persahabatan MKKI

Sejak Januari 2016 kami mula mengenali padang golf penjara. Penamat tahun ini ialah satu kejohanan sempena Mesyuarat Ketua Ketua Institusi diadakan di Bangi Golf Resort.
Bermula di par 3 aku yakin permainan semakin baik. Hampir semua lubang aku dapat merapati green cuma sayang aku terpaksa habiskan dengan 3 putt.

94 pukulan adalah agak baik dan sasaran ku sebelum berakhir tahun ialah di bawah 90.

Monday, November 7, 2016

Taubat seorang hamba

'Masuk dulu sini', ustaz memanggilku ke biliknya. 'Ada idea ke nak buat pertandingan nasyid'. Rupanya ustaz sedang mencari tema bagi tahun 2017. Beberapa cadangan diberikan tetapi aku suka dengan tema taubat.seorang hamba.  Nak cuba reka lirik....

Malam yang sunyi sepi
Bersama desiran angin
Yang lembut menyapa pipi
Merayu dalam dingin

Bangunlah hamba tuhan
Siang mu penuh noda
Tidak akan mampu kau bertahan
Bila tiba saat ketika

Sujudlah di sepertiga malam
Hadaplah wajah rebahkan egomu
Tidak mampu dengan hanya diam
Tanpa melafaz kata taubat mu

Ya Allah tempat ku mengadu
Di kala ini ku merayu
Ketika ku mempunyai waktu
Terimalah setiap taubat ku.

Saturday, October 29, 2016

Latihan Strategik

Latihan berstrategik membawa kepada kesempurnaan.

Al kisah seorang pegawai kerajaan yang ingin berkecimpung dengan permainan golf. Bermula dengan hadiah satu set golf daripada saudara yang pencen dengan bermain golf. Kenapa agaknya dia berhenti bermain golf. Kesilapan yang ketara ialah ketika memulakannya. Dia beli set dan belajar secara tidak strategik. Setiap hari di lapang sasar golf tidak membantu meningkatkan permainannya.
Untuk kesempurnaan, beliau mesti mempunyai strategi untuk memantapkan permainan. Latihan tanpa strategi jarang akan berjaya. Cuba kita ke lapang sasar golf. Ramai yang sedang berlatih tetapi tanpa strategi.

Strategi yang baik ialah dapatkan jurulatih yang boleh membantu kita melakukan hayunan yang betul. Jangan ikut sembarangan hayunan orang lain di sebelah anda.
Perkara kedua ialah kesesuaian peralatan golf anda. Samada anda suka atau tidak, mungkin hadiah yang diberikan tadi tidak sesuai untuk anda.
Ketiga, cara anda berlatih dengan 100 bola. 2 kosong 1 adalah perlu. 2 hayunan tanpa bola diikuti dengan 1 hayunan bola akan pasti membantu.

Sunday, September 25, 2016

Sehari di utc sentul

Keputusan untuk menunaikan umrah sudah diperolehi. Kami akan bertolak pada 30 nov. Hari ini bergegas ke utc sentul untuk top up passport. Giliran 1308 maknanya menunggu 300 orang. Sekarang jam 6 ptg dan giliran baru mencecah 1260. Agaknya 12 jam la kami di sini.

Ambil foto visa 2016 dan aku share foto passport ku ketika menunaikan umrah pada tahun 1986

Saturday, September 24, 2016

Persiapan umrah

1. Passport
2. Gambar Visa 4 keping
3. Kad suntikan
4. Confirmkan samada naik di kb atau klia
5. Tarikh 30 nov hingga 11 dis

Friday, September 16, 2016

Persiapan

2 hari lepas cuaca sejuk berangin, pagi ini hujan mencurah-curah. Apa maknanya untuk kita? Ada perkara yang Allah berikan kepada kita semua di dunia merasainya. Sebagai contoh panas terik, hujan lebat , ribut dan sebagainya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah membuat persediaan. Kalau hujan maka kita perlukan payung. Kalau panas kita perlu tempat berteduh. Jika kita terus menempuh badai tanpa persediaan maka di mana letaknya akal kita.
Jika kita berhasrat untuk menempuh lautan luas maka persiapan kapal kita harus lebih baik daripada berperahu ke seberang.

Ya Allah. Bantulah aku

Wednesday, September 14, 2016

Insan pertengahan

Ku pandang ke depan
Entah bila kan tiba
Menoleh ke belakang
Itu bukanlah cara ku

Setiap insan di dunia
Sentiasa berlumba lumba
Dengan keringat dan usaha
Hingga ke hujung nyawa

Yang pasti akan ada pemenangnya
Di depan mereka adalah takhta
Usaha yang kuat beserta semangat
Membawa mereka tiba ke puncak

Ku sedari di mana diriku
Yang hanya di pertengahan
Melonjak ke atas tidak ku sampai
Yang ada hanya jiwa sederhana

Namun ku tidak kecewa
Kerana tiap yang menang ada yang kalah
Tiap yang kalah ada yang menang
Biarlah aku insan pertengahan

Tuesday, September 13, 2016

Sejuknya macam di Madinah

Pagi hari kedua aidil adha di kota alor setar. Suasana sejuk selepas subuh sangat mengingatkan daku ketika di kota madinah almunawwarah.

Selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Menghirup nescafe panas di Hussain Nasi Kandar sementara menanti hari siang. Udara segar dan berangin memberi ketenangan kepada setiap makhluk.

Malam tadi sempat mendapatkan pandangan tentang situasi politik di Kedah. Setiap parti ada culaannya. Kini culaan seakan kembali semula seperti sebelum PRU 13.

Monday, September 12, 2016

Salam Aidil Adha

Allahu Akhbar 3x
Hari ini kita menyambut hari raya. Tatkala ini, ramai orang islam melaksanakan ibadah korban.

Pengorbanan yang kita lakukan menuntut kepada keikhlasan supaya ia akan kekal menjadi wang ringgit di negeri akhirat.

Bagaimana untuk memulakan rasa ikhlas amat senang untuk dihayati. Lupakan setiap kebaikan yang kita lakukan.

Kumulakan hari ini mengunci diri dan hati dari menyebut setiap kebaikan yang kulakukan
Biar mereka bercerita kisah hidup mereka
Kemewahan dan kebahagiaan adalah milik mereka
Tidak perlu berkata apa apa
Kerana nanti ada bahagian kita semua

Ku bahagia dengan keluarga
Yang sentiasa berkongsi suka duka
Kadang kala ada air mata
Yang selalu ada pastinya hilai tawa

Wednesday, August 31, 2016

59 tahun Merdeka

Hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Rakyat mengharapkan agar kemerdekaan ini dihayati dan dikongsi bersama jutaan warganya. Di padang - padang majlis daerah berlangsung sambutan dengan perarakan dan persembahan pelbagai lapisan masyarakat.
Pada masa yang sama seorang tokoh yang aku segani Dato Husam Musa telah rasmi menjadi ahli parti Amanah.
Dengar nukilanku

Kau muncul di era kejayaan PAS
Mengutip undi di tiap lokasi
Ku ucapkan jutaan syabas
Semoga menyerlah transformasi

Ucapan mu meniti di hati
Lantaran idea penuh imaginisasi
Kawan dan lawan terus memerhati
Inilah pemimpin kita di suatu hari

Gaya mu penuh pekerti
Langkah mu bagai pertiwi
Kami sentiasa berada di sisi
Meniup seruling dan nafiri

Jejak mu jejak perkasa
Dalam parti penuh berjasa
Doa tok guru tiap ketika
Inilah dia harapan kita

Kini kau telah tiada
Berubah mengikut arus masa
Perjuangan mu untuk nusa bangsa
Teruskan lah seperti di kata

Aku masih setia di sini
Bersama dengan pewaris nabi
Bukan tidak ingin ikut pergi
Cuma sabar menanti hari

Dewasa ku dengan parti
Melambai rakyat dengan bulan purnama
Kerana yakin dengan janji
Inilah wadah perjuangan kita

Sunday, August 21, 2016

Hadiah golf pertama

Sejak berkecimpungan dalam sukan golf sejak setahun yang lalu dan setelah menyertai 3 pertandingan anjuran kelab dalam tahun ini, baru dapat merasa hadiah. Semalam bermain di BUCC, stableford 36, aku her main dengan handicapped 19 mendapat tempat ke 6 kategori 18- 24 . Alhamdulillah

Monday, August 15, 2016

Golfer kecil

Alhamdulillah berjaya memperkenalkan sukan golf kepada ketika otot, sendi dan jiwanya masih segar dan mudah terbentuk.
Adakah masih berminat untuk terus belajar dan memilih sukan ini untuk hari hari seterusnya.

Sunday, August 14, 2016

Layan anak anak kecil

Pagi minggu mencari vitamin di kawasan permainan kanak kanak. Zaman yang berbeza membawa kepada pengertian berbeza mengenai zaman. Mereka ini mencari keseronokan dengan cara berbeza. Bagi ku, yang penting menyihatkan dan mengembangkan proses sosialisasi.

Sunday, July 17, 2016

Golf: Ubah set minda

Hari ini anda akan ke kelab golf untuk bermain dengan kawan. Apa yang anda bawa ke tee box sudah tentu apa yang anda latih di lapang sasar golf.
Bila anda ingin memulakan pukulan , anda membayangkan apa yang telah anda latih sebelumnya. Ting! Bunyi driver tetapi terus menghala ke kolam sebelah kiri atau ke hutan sebelah kanan.
Apa kata pakar? Set minda latihan perlu diubah kepada kepercayaan kepada teknik yang anda yakini akan menghasilkan pukulan yang lurus dan baik. Lupakan semua bahagian kecil dalam pergerakan hayunan. Semua otot, tulang dan gerakan mesti bersatu untuk memastikan1 tiada kehampaan lagi.

Selamat mencuba

Wednesday, June 29, 2016

We shall rise together

It looks simple but meaningful. Our collaboration with one of the biggest technology companies in the world. When the owner is the richest man and kindly looking down to earth, many people will benefit.