Wednesday, August 31, 2016

59 tahun Merdeka

Hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Rakyat mengharapkan agar kemerdekaan ini dihayati dan dikongsi bersama jutaan warganya. Di padang - padang majlis daerah berlangsung sambutan dengan perarakan dan persembahan pelbagai lapisan masyarakat.
Pada masa yang sama seorang tokoh yang aku segani Dato Husam Musa telah rasmi menjadi ahli parti Amanah.
Dengar nukilanku

Kau muncul di era kejayaan PAS
Mengutip undi di tiap lokasi
Ku ucapkan jutaan syabas
Semoga menyerlah transformasi

Ucapan mu meniti di hati
Lantaran idea penuh imaginisasi
Kawan dan lawan terus memerhati
Inilah pemimpin kita di suatu hari

Gaya mu penuh pekerti
Langkah mu bagai pertiwi
Kami sentiasa berada di sisi
Meniup seruling dan nafiri

Jejak mu jejak perkasa
Dalam parti penuh berjasa
Doa tok guru tiap ketika
Inilah dia harapan kita

Kini kau telah tiada
Berubah mengikut arus masa
Perjuangan mu untuk nusa bangsa
Teruskan lah seperti di kata

Aku masih setia di sini
Bersama dengan pewaris nabi
Bukan tidak ingin ikut pergi
Cuma sabar menanti hari

Dewasa ku dengan parti
Melambai rakyat dengan bulan purnama
Kerana yakin dengan janji
Inilah wadah perjuangan kita

No comments: