Wednesday, January 23, 2019

Lirik lagu Indah

Cahaya matahari telah bersinar
Setiap insan sedang bergembira
Hari yang ditunggu telah tiba
Semua bertepuk riang ria

Setelah sebulan kita bersama
Menempuh ujian tidak terkira
Salam bersambut dibalik gundah gulana
Setiap detik menjadi hitungan

Kini kau akan melangkah pergi
Bahagia yang kau cari tentu mendapat
Kerana hidup adalah indah
Hanya pada kita mengukir cara

Tinggallah yang ada bersisa
Dugaan datang menghempas diri
Kini kembali ke lautan dalam
Rupanya ditakdirkan bersua jua

Monday, January 21, 2019

Salah satu

Kebanyakan kita punyai impian dan ingin jadi terkenal. Dengan impian itu kita akan cuba jadikan sebagai hobi sebelum diteruskan sehingga kita mahir  dan mungkin terkenal.
Impian ku dulu ada 2. Salah satunya adalah menjadi pelukis terkenal. Ia perlu kan bakat untuk pergi sejauh itu.  Bagaimana seorang budak yang hanya pandai melukis ayam togel akan menjadi terkenal?
Sejak itu,  ketika darjah 1 aku anggap itu hanya impian yang tidak kesampaian. 
Beberapa hari lepas,  ketika di Klia,  aku membeli sebuah buku bertajuk How I learnt to  play.. By Andrea Tan.. My adventures in writing and drawing. 

Aku beli buku ini kerana ia akan hubungkan aku dengan impian ku.


Kursus Kecergasan

Ke Sarawak untuk kursus.  Berikut jadual nya
Hari 1- perjalanan seawal 6.30 pagi ke Klia. Latihan pertama ialah kecergasan bermula dengan bangun pagi.  Lepas tu makan pagi di cafe airport untuk pastikan cukup kalori yang diambil. Di dalam kapal terbang,menonton cerita yang bermotivasi adalah untuk meningkatkan kekuatan dalaman.  Memilih cerita secret superstar arahan Amir khan sangat menarik.
Kalau ada masa, tidur juga sebentar untuk dapatkan tenaga.

Sampai di Kuching,  semua pergerakan mesti sistemarik supaya kita sentiasa mengatur baik aktiviti kecergasan.  Sesi pertama adalah brisk walking. 10k langkah perlu dicapai untuk hari 1. Kali ini, sukan golf kita pilih untuk tema kecergasan. Visualisasi adalah penting kerana kita dapat menyusun otak, otot, sendi kita supaya konsisten dalam melakukan pergerakan. 
Pengurusan tersangat penting kerana setiap lakuan tiada jalan ulangan.
Penyejukan badan wajib untuk elakkan daripada kelesuan akibat asid laktik berkumpul dalam otot.
Malam, relaksasi adalah aktiviti yang baik.  Boleh pilih cara masing masing untuk relaks.

Hari 2.
Keselesaan adalah elemen penting dalam kecergasan. Setiap individu mesti mencari keselesaan sendiri.  Bermula daripada pemilihan pakaian, alatan dan rakan sparing. 
Ketahanan dan kekuatan sangat perlu kepada setiap atlet.  Bermain sukan seperti golf memerlukan 4 jam keyakinan,tumpuan,kesabaran,ketenangan dan ketepatan.
Fokus adalah ciri penting untuk kecergasan pemain.  Fokus kepada yang kecil dan besar. 

Setiap kesilapan perlu diatasi selepas setiap lakuan. Menggunakan analisis video atau foto adalah Wajib.

Kita perlu peka kepada peraturan kejohanan untuk memudahkan persiapan.  Lantik Pengurus yang berwibawa untuk bantu. 
Begitu juga Jurulatih.  Pastikan jurulatih tahu bagaimana kita boleh dimantapkan prestasi. 

Rehat dan pulih tiada kompromi.  Cuba tidur awal untuk pulihkan otot yang telah digunakan.

Hari 3
D day. Awal ke tempat kejohanan. Dapatkan rasa dan  bau supaya semua jadi serasi dan satu. Hanya jauhari yang kenal manikam.
Setiap tekanan perlu diserap dan gantikan dengan semangat. 
Main ikut kemampuan diri. Jangan cuba paksa diri dan jangan ubah gaya kerana kemahiran tertutup tidak perlu kepada respon semasa. Ia hanya ulangan kepada kemahiran yang dilatih berulang ulang. 
Sudah ulang 10000 kali?
Tamat pertandingan, jadikan ia tov untuk seterusnya hingga kita dapat capai matlamat sebenar.

Tahniah perlu diberikan kepada pemenang dan ucapkan I'll be back to beat you.

Dalam perjalanan balik,  jangan sombong dengan peminat.

Enjoy your day and after 3 days, we start again. Never surrender .....

Skor TOV

Utk capai aku perlu main kurang lagi 8 stroke.  Skrg the best 93

Tuesday, January 15, 2019

Waktu dan masa

Aku cuba hitung dan catat apa yang dilakukan semasa kerja setiap hari.

Dari pukul 8 hingga rehat Kemudian sambung lagi 3 jam

Dengan memberikan 3 sahaja catatan pun Kadang kala kita tidak mampu menulis dengan baik.  Belum lagi dikira dengan nisbah 8 jam.

Kalau nasib baik ada meeting, dapatlah 2 jam.

Mulai esok aku perlu lebih memberi nilai kepada kerja ku

Kesilapan kita

Satu pengajaran untuk diri kita.  Jangan cepat menyebut sesuatu kerana disitulah ada doa.

Apa yang akan ditempuhi tetap berlaku dengan izinNya.

Hanya perlu berdoa agar Allah tunjukkan jalan terbaik

Kita silap bila memohon dijauhkan dari sesuatu perkara sedangkan kita tidak pasti samada ia baik atau tidak.

Setiap yang terjadi pasti ada hikmah nya

Sunday, January 13, 2019

Semoga diampuni

Jumaat bermula dengan terhinjut, aduhla macam mana ni.  Semuanya tak selasa, sakit tak terkira dibelakang lutut. Sapu ubat,  urut, semuanya dibantu oleh teman sepejabat.

Isteri datang, bawa ke klinik, satu suntikan dengan harapan pulih. 

Sambung kerja, lutut semakin bengkak.  Sabtu dan Ahad, ku jadi bagai ratu lebah. 

Demam dan terbatas segala pergerakan. Semoga aku diampuni.

Thursday, January 10, 2019

Aku dan badminton

Setiap kali pulang ke kampung, ada satu tempat yang sudah menjadi kenangan iaitu sebuah Dewan Majlis Daerah yang sudah tiada.
Disitulah bakat ku bermain badminton mula diasuh setiap kali aku ikut ayah bermain bersama kawan.
Apabila aku terpilih untuk mewakili negeri semasa darjah 6, rupanya Itulah saat kegemilangan dalam sukan ini.
Selepas itu, ia hanyalah sekadar riadah.

Wednesday, January 9, 2019

Didikbetul

Di awal usia kau perlu bermain
Maka untuk membina peradaban mu
Sebahagian besar adalah bermain, sebahagian kecil adalah didikan
Less play makes me a dull boy

Bila remaja mu adik,  Kau benar benar perlu didikan
More play makes you sit behind
Kau perlukan orang dewasa tunjuklah jalannya

Dihujung remaja mu kawan
Kau perlukan sahabat, bukannya  dari luar rumah mu
Tetapi ayah dan ibumu sendiri
Kerana selepas itu kau akan dewasa dengan acuan keluarga kita

Namun, Setiap nya pasti ada pencong
Disini kau berada dalam dakapan
Hiburan hanya lah sekadar penutup luka
Didik untuk biasakan yang betul dan betulkan yang biasa
Dari Didikhibur ke didikbetul agar kau jadi orang berguna masa depan

Aku hanya satu episod dalam hidup kalian

PERMULAAN TAHUN BAHARU 2019

Alhamdulillah ! Kita banyak merancang tetapi Allah yang menentukan apa yang akan terjadi dan tindakan kita akan seiring tanpa gagal dengan perancanganNya.

Berkisar kepada minggu pertama awal tahun 2019, kita dikejutkan dengan isu-isu yang kadang kala lebih bersifat memusnahkan berbanding membina tamaddun.

Seperti biasanya , setiap awal tahun kami bercuti sehari sebagai sesi menutup tirai sebelum kembali dengan tugas masing-masing. Tahun ini, dek kerana terlalu banyak pergerakan  keluar samada ke Kedah atau Kelantan maka acara tahunan ditangguhkan pada kali ini.

Kebetulan juga , Satu Pertandingan Golf Silaturrahim turut diadakan di Kota Seriemas maka cuti awal tahun diraikan bersama rakan-rakan golfer. Permainan ini adalah TOV golf 2019 dan tentunya sangat mencabar dalam usaha untuk konsisten dibawah skor 90.

Kejutan juga berlaku di dalam organisasi , Pengarah yang baru 3 bulan bersama, tiba-tiba bertukar. Banyak perancangan yang dibincang untuk dijalankan tetapi apakan daya tentu ada hikmah disebalik perpisahan ini.

Kedatangan Pengarah baharu turut merancakkan awal tahun baharu dengan beberapa perubahan yang dibuat terutama melibatakan bidang tugas kami.

Semua aktiviti diluluskan turut ditangguh untuk memastikan selari dengan pandangan dan buah fikiran beliau.

Peluang untuk merasakan top 10 golf course di Malaysia juga dapat dirasai apabila diajak oleh Dato S. Peluang yang tidak disangka-sangka juga diterima apabila Dato J memilihku untuk bertugas dalam satu program pada bulan ini di borneo.

Tugas baharu disamping hakiki juga ku terima kali ini. Membangunkan sukan golf dalam kalangan pegawai. Langkah pertama ialah menganjurkan sesi pemilihan pasukan untuk ke kejohanan jabatan. 92 is not a good score but it is was a good start.

Dalam tugas, ada beberapa tugasan yang perlu diselesaika awal kerana boss akan bersara seawal Februari dan beliau mahukan semua yang penting diselesaikan secepat mungkin. Semoga kami akan lebih cemerlang dengan adanya pengalaman bertugas dengan beberapa pengarah yang tentunya mempunyai pendekatan yag berbeza.

Memilih untuk membaca buku.. how to win friends adalah untuk membantu diri agar mampu menggunakan EQ sebaiknya.


Wednesday, November 21, 2018

HAK SK Cheras Jaya

Berlangsung pada pagi ini,  Hari Anugerah Kecemerlangan SKCJ yang penuh gilang gemilang di Dewan Sekolah.

Majlis yang sangat luar biasa dengan persediaan untuk menghargai murid yang cemerlang dengan bertemakan kesultanan melayu Melaka. 

Zaman kegemilangan melayu yang tersohor patut terus dicontohi oleh generasi hari ini

Tahniah cikgu yang bertungkus lumus membuat persediaan yang begitu Hebat.

Wednesday, November 7, 2018

Sabar lah adik ku

Dugaan yang datang padamu
Tentunya tidak sama dengan apa yang aku alami
Kita di uji dengan cara berbeza

Kita kena sentiasa bersabar
Dengan apa yang sedang kita alami
Bukan senang tapi aku tiada cara lain untuk membantu
Selain doa kepada Maha Pencipta

Jika kau tertukar siang dan malam
Aku tidak mampu alihkannya
Selain berdoa Allah berikan kesembuhan pada mu
Teruskan bermunajat

Ujian kita adalah kesakitan di kala kita masih bersemangat
Ujian kita adalah di kala kita masih cergas
Itulah kehidupan yang dilalui secara berbeza oleh insan berbeza.

Sabarlah!

Tuesday, October 16, 2018

10 idea sehari

Banyak motivational quote minta dituliskan 10 idea sehari untuk perkembangan otak yang positif.  Rasa sukarkan?

Boleh kita cuba hari ini.
1. Senyum je,  tak perlu kata apa2 sebab memang mereka tidak mahu hargai anda walau bagaimana pun reaksi anda
2. Matlamat yang sudah Ada perlu diteruskan walaupun rasa ragu ragu
3. Tiada yang sempurna dan terbaik,  yang ada hanya kelainan pendekatan
4. Pengalaman anda bukan untuk kebanggaan tetapi untuk membantu orang belum laluinya
5.  Niat adalah baik tetapi niat yang baik selalunya berakhir dengan tindakan
6. Menjaga hati tetamu mungkin sebesar pahala menghormati Ibu bapa
7. Mengapa tidak boleh berkata tidak sedangkan banyak ayat suci bermula dengan La
8. Berjalan dalam hujan amat menyiksakan tetapi kita tidak akan terbakar kepanasan
9. Kita sentiasa ada 3 pilihan samada teruskan,  berwaspada atau menekan brek
10. Wiper bukan untuk memberikan kita tetapi bertujuan untuk membantu kita ke hadapan.

Monday, October 15, 2018

Dunia kanak kanak untuk orang dewasa fahami

Tirukkural  was written by Tiruvalluvar (a Tamil  poet/writer) more than 5,000 yrs ago. It’s one of the ancient sciences on Human Behaviour, which has not changed in spite of modern education  & technology!

SOME GOLDEN THOUGHTS OF THIRUKKURAL:

1. *If your children lie to you often, it is because you over-react too harshly to their inappropriate behaviour.*

2. *If your children are not taught to confide in you about their mistakes, you’ve lost them.*

3. *If your children had poor self-esteem, it is because you advice them more than you encourage them.*

4. *If your children do not stand up for themselves, it is because from a young age you have disciplined them regularly in public.*

5. *If your children take things that do not belong to them, it is because when you buy them things, you don’t let them chose what they want.*

6. *If your children are cowardly, it is because you help them too quickly.*

7. *If your children do not respect other people’s feelings, it is because instead of speaking, you order & command them.*
 
8. *If your children are too quick to anger, it is because you give too much attention to misbehaviour & you give little attention to good behaviour.*

9. *If your children are excessively jealous, it is because you congratulate them only when they successfully complete something & not when they improve at something even if they don’t successfully complete it*

10. *If your children  intentionally disturb you, it is because you are not physically affectionate enough.*

11. *If your children are openly defiant, it is because you openly threaten to do something but don’t follow through.*

12. *If your child is secretive, it is because they are sure that you would blow things out of proportion.*

13. *If your children back-answer to you, it is because they watch you do it to others & think its normal behaviour.*

14. *If your children don’t listen to you but listen to others, it is because you are too quick to jump to conclusions*

15. *If your children rebel it is because they know you care more about what others think than what is right*

*Pls fwd this to Parents who care to read this!*
*IT MAY GUIDE OUR MODERN  PARENTING!*
*Positive Parenting* *!!!!*

Wednesday, October 10, 2018

Aku Pencari Bakat

Hari ini berkesempatan untuk melihat rehearsal peserta bagi program anjuran jabatan.
Ada beberapa perkara yang menarik perhatian ku.

Yang pertama,  aku terasa untuk menyertai kursus teater dan lakonan kerana ia membantu meningkat penghayatan dan fokus diri

Yang kedua, aku tahu ada perkara yang kita minat tapi bukan bakat kita

Yang ketiga,  lakonan dan nyanyian sentiasa menjadi hiburan kita semua

Yang  Keempat, bakat ada dimana mana walaupun dibalik tirai besi

Saturday, October 6, 2018

Ucapan perasmian YB Dr Xavier

TVET adalah usaha Kerajaan PH untuk anak muda. Negara yang maju ada banyak industri yang akan beroperasi di Malaysia. 
Syarikat perlukan pekerja dan kemajuan negara amat memerlukan adanya kolej TVET,  namun ada masalah yang perlu diselesaikan oleh Kerajaan.  YB Nurul izzah dinamakan sebagai Pengarah TVET. 
Program ini bukan saja apa yang ada tetapi juga developing need skills

Ada syarikat akan labur lebih 1.5bl billion di Pulau Indah.  Mereka mahu rakyat yang berkemahiran. Need based skill akan dilaksanakan.

Selangor juga akan jadi hub syarikat pesawat.  Kita perlu sediakan kemahiran kepada anak anak untuk dapat pekerjaan.

Friday, October 5, 2018

A cup of coffee

Drink the coffee when it's hot unless you know there is a container of ice cubes in the freezer.

The sama cup of coffee will give you a different kind of satisfaction. It depends on how you sip it. 

If you want to stay where you are,  please focus and set the correct goal.  If not,  please stay away Shooh shooh

Thursday, October 4, 2018

Suka@gembira

Bila terbaca quote ini,  tiba tiba diri ini lebih bersemangat di saat kita sedang meratapi Paul dan lombong Puchong.

Ku cuba saban masa untuk bersikap begini tanpa gagal kerana ia memberikan aura positif dalam diri

Tuesday, October 2, 2018

Sesat di Padang Pasir

Jika sebut pasal subjek PJ,  saya akan sentiasa ingat ucapan ini. "PJ adalah ibarat dubur, subjek lain seperti mata,  hidung, muka, kaki, tangan dsb. Ia mungkin dianggap tidak penting, tetapi bayangkan sekiranya kita tidak dapat buang air besar.  Sehari,  Dua hari atau seminggu?  Itulah nilai subjek PJ"

Kami berkumpul kerana sekarang seolah olah kami berada di padang pasir yang luas. Nak kemana dengan pj?

Usaha ini adalah untuk jadikan pj relevan walau di mana sekalipun kami berada.  Sesat di Sahara, kembalilah ke Sungai Nile

Tajuk dipilih sesuai dengan arah yang nak dibawa.
Amanah ini mesti dijalankan dengan sebaiknya.

Matlamat mesti dicapai walau Kopiah di kepala. Ilmu fizikal mesti diajar.  If you are not physically educated,  you're not educated. 

Monday, October 1, 2018

Datang dan Pergi

Kisah 3 sahabat.

Azman datang ke sini buat beberapa ketika menjadi sahabat akrab.

Azman pergi maka tinggal seorang Ami di sini

Allah datangkan Azhan ke sini untuk bersama Ami untuk tempoh yang tidak diketahui

Ami masih disini buat sekian kalinya

Hari ini Azman,  Azhan dan Ami bersatu di sini

Mereka pernah bersama,  kini silih berganti

Terima kasih