Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Tuesday, May 19, 2009

...Pemenangnya adalah....rakyat

Berita TV jam 8 mlm : BN tidak bertanding di Penanti. DS NAjib menyatakan bahawa BN tidak akan bertanding bagi menumpukan kepada pembangunan berbanding mengikut rentak tari pembangkang.

Komen saya sebagai mana tertakluk di dalam Perlembagaan Persekutuan ialah sebagai warga negara Malaysia, saya bersetuju jika BN tidak meletakkan calon untuk bertanding kerana Pulau Pinang memerlukan Dr Mansor untuk membantu meningkatkan kecemerlangan negeri bersama Lim Guan Eng. Beliau sebagai bekas Penyelidik di USM akan bergabung dengan KM bagi meneruskan khidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Maka, keputusan itu adlaah kemenangan untuk rakyat.

Sunday, May 3, 2009

Dr Nik Mazian Kekal YDP PAS Pasir Puteh

Pertandingan merebut jawatan YDP PAS Kawasan Pasir Puteh telahpun selesai dengan para perwakilan mengekalkan jawatan kepada Dr Nik Mazian ADUN Gaal untuk 3 tahun lagi. Kedua-dua pencabar beliau iaitu Drs Saiful Bahari ADUN Selising dan Ustaz Muhammad Ahli Parlimen Pasir Puteh terpaksa berpuas hati bahawa kepimpinan kawasan masih tergalas amanah kepada penyandang. Begitu juga, Cikgu Din ADUN Limbungan menang jawatan Timbalan YDP dengan mengalahkan 3 pencabar lain. Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan diharapkan agar ahli jemaah akan terus bekerja dengan meninggalkan pakaian puak-puak masing-masing demi kemenangan Islam melalui wadah perjuangan parti PAS.

Jangan ada pihak yang cuba menjadikan kemenangan atau kekalahan sebagai alasan untuk terus menerus menggunakannya sebagai alasan untuk merendahkan pihak yang lain kerana niat kerana Allah tidak akan diganggu gugat oleh pemikiran cetek yang bersifat sementara. Teruskanlah usaha menegur pimpinan supaya mereka juga sedar bahawa setiap yang bergolek akan mempunyai naik turunnya dan pasang surut ini harus menjadi sebab kepada hilangnya rasa ego dalam hati masing-masing.

Tiada kemenangan yang kekal dan tiada kekalahan yang abadi di dunia yang fana ini dan setiap kerja agama mengharapkan kepada balasan nikmat di syurga yang kekal abadi. Jika ada golongan yang ingin mengaut keuntungan sementara ini maka tunggulah kehancuran bukan sahaja kepada diri bahkan kepada wadah perjuangan.

Selamat Berjuang untuk Mendaulahkan Islam

Sunday, March 1, 2009

Renungan di awal Mac

1 Mac 2009 dan ternyata tahun ini adalah merupakan tahun yang sibuk bagi rakyat Malaysia. Sebenarnya, tanpa cerita politik adalah ibarat wayang gambar bisu. Rakyat walaupun bosan dengan suasana yang melanda dari segi politik tetapi sentiasa menunggu berita hangat politik saban hari.

Tahun ini juga kita dapat melihat laporan polis semakin banyak dilakukan oleh pelbagai pihak. Ia melibatkan parti politik, ngos' dan orang awam yang semakin peka dengan keadaan semasa di negara ini. Saman menyaman sudah menjadi perkara biasa menunjukkan ada perubahan dari segi pengetahuan tentang undang-undang dan perlembagaan negara walaupun sukatannya belum ada di sekolah. Ilmu undang-undang dipelajari oleh rakyat melalui pentas ceramah dan juga media, cuma yang berbeza adalah tafsiran sering cenderung kepada parti yang diwakili.

Contohnya, DS Najib menyatakan panggilan sidang tergempar adalah melanggar undang-undang dan di pihak yang lain pula menyatakan bahawa hak untuk mengambil sidang tergempar DUN adalah mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.
Patutlah DS Najib menyatakan Universiti baru tidak perlu ditubuhkan. Rupanya, Malaysia sedang menuju ke arah Universiti Terbuka. Pensyarah adalah ahli politik yang akan bersyarah mengikut mazhab masing-masing dan rakyat adalah pelajar yang akan membuat tafsiran sendiri tentang apa sahaja yang keluar daripada mulut mereka.

Tidak pelik lagi jika suatu hari nanti akan ada pihak yang bertelagah tentang 1 + 1 kerana jawapan yang berbeza oleh mereka yang arif dalam bidang matematik hanya kerana jawapan 2 telahpun dijawab oleh pihak yang tidak sehaluan.

Dua bulan yang lalu juga telah menguji kerjasama antara kaum di negara ini. 3 kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India sedang menerima dugaan. Sayangnya, bukan rakyat yang menyuntik unsur perkauman ini tetapi orang politik yang terpampang muka mereka di televisyen yang asyik cuba menyalakan api perkauman. Akhbar yang sepatutnya menjadi ruang untuk menyatupadukan rakyat telah berubah menjadi mancis dan kertas yang hanya menunggu masa untuk membakar jambatan yang dibina oleh pemimpin terdahulu.

Sebuah esei yang sama mungkin akan berbunyi : Pertukaran kuasa atau Rampasan kuasa di Perak cukup memeningkan guru untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar mereka.

Kita sedang menunggu apa yang akan berlaku sepanjang 31 hari dalam bulan Mac. Bulan ini akan memberikan jawapan kepada persoalan berikut :

1. Pertukaran Abdullah - Najib. Akan jadikah ?
2. DS Najib sebagai PM ke 6 , betul ke?
3. Krisis di Perak, Apa kesudahan ?
4. Elizabeth Wong , apa jadi ?
5. dan bermacam lagi tajuk kuliah untuk bulan Mac di Universiti Terbuka Malaysia

Tuesday, October 7, 2008

Episod politik

Apasal la sekarang ni asyik bertemu dengan pemimpin politik? Sambil minum jus cucumber dan roti arab di sebuah restoran di kotaraya KL. Nah! Inilah jawapannya...

Dah ramai orang biasa jadi ahli parlimen dan orang kayangan dah banyak yang terbang di angkasa. Bila selalu di muka bumi maka senanglah rakyat marhaien nak nampak muka.

Makan kat restoran cokia pun boleh jumpa ahli parlimen dah lanie. Tak payah jengok coffe house kat concorde hotel, pan pacific dsb.

Bersyukur aku dapat melihat dan merasai suasana ini, Alhamdulillah.

Episod politik belum reda, 13 Okt akan bermula satu lagi episod baru dan ia bukan yang terakhir kerana itulah kata yang aku dengar sendiri.

Selamat berjuang untuk rakyat Dr Hatta, selagi berada dilandasan yang betul anda akan disokong dan bersedialah untuk dinasihat dan ditegur kerana kita tidak sempurna. Hidup biar berjasa, kaya bukan ukuran, bala jangan dicari, rakyat adalah raja,kerja demi islam,kerajaan baru bila lagi.