Wednesday, November 27, 2024

Temu Janji IJN 19.11.2024


Fruit stall ini sangat istimewa sama istimewa dengan bau IJN. Siapa yang pernah sampai ke IJN pasti tahu tentang bau IJN dan juga ada stall buah yang segar dan sangat berkualiti. 

Sejak 3 tahun ini, peluang untuk ke IJN adalah berkadar sekali setahun yang memberi makna yang penting kepada orang yang melalui proses pembedahan jantung. 

Bermula sebulan sekali, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan dan 9 bulan dapat ditafsir sebagai perkembangan yang positif. 

Dapatan daripada ujian darah menunjukkan bacaan yang hampir sama sejak 3 tahun. Pastinya ada perasaan gembira kerana kesihatan tidak merosot dan terfikir juga adakah tidak ada kesembuhan sejak 36 bulan ini.

Yang berubah adalah berat badan dan angka itu tidak membawa keseronokan kepada diri. Gambar buah ini ada makna penting jika setahun lagi dapat berikan bacaan kg yang diingini. 

3 bulan sebelum Ramadan. Elok lah kiranya kawalan pengambilan kalori dijaga.


No comments: