Monday, May 25, 2020

Sakit perut di 2 Syawal

Selepas selesai makan malam dengan berlaukkan tomyam dan ikan pekasam aku berehat seketika. 3 biji karipap mini ditambah selain daripada teh o lemon. 
Sambil melabuhkan badan di katil, perutku terasa lain macam. Memulas dan memulas. Aku cuba sapukan minyak angin tetapi ia semakin teruk. Setiap kali aku terlenapun hanya sekejap sahaja. 
Perut oh perut. Aku ambil hydrosol mengharapkan kesakitan berkurangan. 
Jam pukul 2 tetapi sakit masih disitu. 
Aku ambil sedikit air zamzam dan disusuli dengan madu.

Sakit masih belum pulih. Pukul 4 pagi,aku ajak isteri ku ke hospital Kajang.

Harapnya sakit akan berakhir

Saturday, May 16, 2020

Hari Guru 16 Mei 2020

Guru.... 
Aku juga guru....
Tolong ingat kan aku....
Jangan biarkan aku alpa ...
Tugas ku sarat dengan amanah
...

Guru...
Aku juga guru...
Aku menjaga kanak²...
Aku mengajar remaja² kita...
Bantulah aku tunjukkan jalannya...

Guru...
Mari kita raikan...
Hari Guru untuk kita semua...
Yang menjaga dan mengajar mereka...
Ilmu yang penuh harapan baharu....

Guru...
Jangan kita terpesong matlamat dan tujuan...

Guru...
Selamat Hari Guru...
Ikhlas lah memberi agar ilmu akan menjadi benih...
Menyuburkan jiwa anak merdeka...
Mereka tidak ingin menjadi penyebar fitnah yang melata...
Mereka adalah harapan negara..
Membina negara bangsa agar terus berwibawa...

Tersalah ajaran membawa porak poranda...
Terlajak berbicara tidak masuk ia ke dada....
Terbuang ikhlas mu tersungkur lah mereka...
Tergesa² menghukum yang tertinggal hanya dendam sahaja...

Yang kita mahu jaga adalah pekerti mereka
Yang kita mahu ajar adalah ilmu kepada mereka
Yang kita mahu didik adalah jiwa mereka
Yang kita mahu lihat adalah kejayaan mereka

Kita? 
Kita gembira dengan pekerti mereka
Kita bangga dengan pencapaian mereka
Kita kagum dengan kehalusan jiwa mereka
Kita masih tetap guru biar siapa pun mereka 

Jika mereka lemas dan Tak bermaya kita akan sesak nafas juga... 
Jika mereka gagal kita turut kecewa...
Kerana sepatah ilmu diberikan maka mereka telah layak mendoakan kita dalam doa mereka.

Guru..
Terima kasih guru...
23 Ramadan 1441H
16 Mei 2020

Wednesday, May 13, 2020

2 hari menjadi tokey kuih

Bila jumpa gu yang jadi kerja ( Bila jumpa kawan yang sekufu) maka jadilah banyak perkara yang boleh dilakukan.

Semalam kami bersama² rakan pejabat menyediakan juadah berbuka puasa. 

Kami sediakan butir nangka. Berpakat lah kami sama² menguli tepung pulut dicampur sedikit tepung gandum. 
Kuahnya disediakan oleh ibu seorang kawan pejabat. Apa lagi, itulah kali pertama belajar dari menguli tepung sampai ke bungkus. Dapat lah 15 biji seorang untuk dibawa balik untuk juadah berbuka.
Hari ini, kami berpakat buat onde² pula. Alhamdulillah menjadi dan dapat disediakan kepada 20 staf. 

Nikmat mana lagi yang tidak Kita syukuri. Salam malam ke 21. 

Tuesday, May 12, 2020

Tema Hari Guru 2020

Satu Kupasan Ringkas Tentang Tema Hari Guru 2020.

Tema Hari Guru 2020 yang dimuat naik oleh KPPM iaitu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” adalah sangat menarik untuk dikupas tanpa melihat kepada hasrat KPM sendiri. Biarlah KPM yang menjalankan tanggung jawab mereka untuk memastikan tema ini disuntik ke dalam jiwa murid-murid melalui guru di sekolah.
Berguru demi ilmu adalah detik yang biasa dicapai oleh orang dewasa setelah mereka melepasi asas-asas dalam kehidupan. Kita mengambil contoh, seorang Ketua Setiausaha Kementerian sebagai insan yang pernah menjadi murid dan menjawat jawatan tertinggi dalam bidang pentadbiran awam. Ada dalam kalangan mereka mula belajar mengaji quran dengan guru di Pusat Pengajian secara formal. Ketika ini umur mereka sudah mencecah 50-an yang kalau diambil kira sepatutnya mengaji quran ini adalah asas atau tapak pertama kehidupan. Adakah mereka tidak mengaji dulu dengan tok guru semasa mereka masih kecil atau dibangku sekolah? Ini lah bagi saya mengapa tema kali ini memilih frasa begitu. Berapa kerat kita berguru demi ilmu semasa bersekolah dahulu? Walaupun kadang-kadang saya fikir macam tiada pahala pula kerana kita disuruh belajar kerana Allah. Mungkin ini jalan pertengahan dengan mengambil kira situasi negara. Perkara ini boleh dibincang oleh pakar dalam bidangnya.
 Mengupas maksud Berguru demi ilmu bagi seorang murid bermula di sekolah rendah bermakna kita dalam usaha  untuk mengubah landskap pendidikan di negara ini. Apa yang dihasrat dalam Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk membina insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Berguru demi ilmu untuk jasmani yang seimbang bermula dari gaya hidup yang sihat. Apakah keperluan Gaya Hidup Sihat (GHS) untuk tempoh 6 tahun bagi memastikan mereka akan mendapat ilmu tentang kesihatan fizikal. Mungkin ada keperluan untuk menukar subjek PJPK  kepada Kesejahteraan Fizikal (KF) untuk Tahun 1 – 6.  
Ujian SEGAK adalah sebahagian daripada apa yang ada tetapi nampaknya kita perlu tambah dan membuat modifikasi kepada masa 6 tahun mereka di sekolah untuk mencapai satu tahap di mana mereka dapat mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan seharian. Selepas itu, mereka akan naik ke tingkatan 1 – 5. KF yang diperlukan adalah mendalamkan kefahaman sehingga mereka mampu mencipta aktiviti yang dibina hasil daripada kefahaman mereka dalam bidang kesihatan fizikal. Kita tidak perlu lagi memasukkan semua jenis sukan ke dalam buku teks sekolah. Saya suka untuk melihat bagaimana suasana aktiviti fizikal di sekolah adalah hasil ajaran guru di dalam kelas yang mana pengetahuan guru KF amat membantu mereka membuat analisa tentang gaya hidup sihat.
Berguru demi ilmu juga menjadikan murid-murid lebih cakna tentang emosi diri. Mereka perlu diberikan input yang sesuai untuk mengawal emosi. Kita bukan mengundur tetapi melihat kembali zaman 70-an adalah sangat memberi kesan kepada peningkatan emosi murid-murid. Banyak aktiviti dijalankan yang memberi kesan emosi yang sangat baik kepada anak-anak murid. Jika kita bertanya kenapa sekarang cerita Korea lebih disukai berbanding cerita Inggeris? Manusia suka kepada kesan emosi kepada mereka berbanding cerita peperangan zaman moden yang kadang-kadang semuanya menggunakan kesan khas semat-mata. 
Elemen kesusasteraan dan seni perlu ditambahbaik dalam konsep Berguru Demi Ilmu kerana dari aktiviti beginilah kita menyentuh jiwa halus manusia. Mereka perlu berkarya dan masalah subjek yang ada kini adalah ia terlalu rigid sehinggakan semuanya seakan boleh disusun seperti bermain blok kayu. Bagaimana hendak kita terapkan elemen Berguru Demi Ilmu jika semua boleh dicatur. Kurangkan  subjek dan lebihkan tema yang perlu kepada kanak-kanak dan remaja adalah lebih penting dengan tema Hari Guru 2020.
Membina rohani dalam diri sangat sukar dengan kaedah sekarang. Guru Pendidikan Islam mengharapkan A berbanding menghayati dan mendalami ilmu itu sendiri. Pendidikan Moral juga begitu. Semua nilai adalah dihafal untuk menjawab peperiksaan. Bagaimana kita nak ubah mereka mulai 2020 ini. Kandungan terlalu banyak menyukarkan mereka membuat penghayatan tentang nilai kemanusiaan itu sendiri. 
Isu intelek adalah lebih sulit untuk dimulakan dengan konsep Berguru Demi Ilmu. Kecenderungan mereka pelbagai. Minat mereka pelbagai. Walaupun kita telah menyediakan acuan berdasarkan kecenderungan tetapi kita masih meletakkan nilai manusia berdasarkan pekerjaan. Berhentilah. Jangan lagi ada yang mengandaikan bahawa orang terhebat adalah pekerjaan ini dan kerja itu hanya kerja biasa. Macam mana kita nak beritahu mereka bahawa setiap ilmu yang ada dapat adalah untuk memberi manfaat kepada manusia lain. 
Untuk membina Generasi selepas Covid 19 sebagai generasi baharu. Frasa kedua yang menjadi implikasi kepada Berguru Demi Ilmu iaitu Bina Generasi Baharu.
Generasi Baharu yang kita ingin bina perlu perubahan secara total. Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan dahulu berubah dahulu. Cukuplah melabelkan sekolah dan kelas. Mengukur melalui akademik patut dihukum selepas ini. Kita cuba dan laksanakan ini sehingga mereka berusia 15 tahun. Jika kita berjaya dalam masa 9 tahun maka kita boleh lihat murid-murid berusia 16 tahun kita lebih berdaya saing di mana mereka akan mempunyai kompetensi diri, keyakinan, perwatakan yang mampu menjadi generasi yang hebat. 
Jangan berlengah lagi untuk memulakan . selepas 9 tahun maka kita akan masuk 2030. Kemana hala tuju negara? Kalau dulu kita mungkin lihat TS 25 mampu dicapai tetapi pencapaian yang bagaimana? Adakah Pengurusan Berasaskan Sekolah akan Berjaya? 
Tema ini amat sesuai untuk membuat perubahan.  Guru perlu berubah 100 peratus termasuk yang ada di institusi pendidikan atau universiti. Jika perlu, guru bertaraf kontrak adalah perlu, lakukan nya. 
Mungkin kaedah 20 tahun + 10 tahun untuk pekerjaan boleh difikirkan bagi menjadikan pendidikan negara kita lebih mampan. In Sha Alllah.
* Ini hanyalah pandangan penulis sahaja dan tidak mewakili mana-mana jabatan atau organisasi.

Monday, May 11, 2020

Selamat Hari Lahir Ayahandaku Anuar Mohamad Zain

11 Mei 1943 ayah ku dilahirkan ke dunia di sebuah daerah berhampiran Ipoh, Perak. Sebuah kampung yang bernama Pengkalan Baru, Gopeng. Kampung yang berada ke dalam sedikit daripada Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.

Sejak kecil kami selalu ke Ipoh dan bermalam di Sungai Rokam, Ipoh. Kami jarang balik ke Pengkalan Baru kerana ayah adalah anak yatim piatu sejak berumur 12 tahun kalau tidak silap. Kisah ayah ku tidak banyak aku ketahui kerana beliau jarang bercerita. Kalau kami bercuti ketika masih kecil pun, kami akan ke rumah 2 orang kakak ayah , iaitu Mak Long di Keramat, Jalan Enggang no 88 atau ke Subang Jaya , rumah Mak Lang. Itulah 2 orang kakak ayah yang kami kenali sejak kecil. Ayah mempunyai 6 orang adik beradik tetapi telah meninggal dunia dan aku tidak sempat mengenali mereka. Al fatihah untuk Mak Long, Pak Long , Pak Lang dan semua yang telah meningal dunia.

Ayah pernah tinggal di merata-rata rumah saudara seperti di Tronoh mengikut apa yang diceritakan oleh ayah dan saudara yang lain. Sejarah itu tidak banyak aku tahu kecuali ayah pernah mengajar sebagai guru sementara di Perak dan seterusnya ke DTC Kuantan, Ini aku dapat lihat daripada album termasuk sebagai guru praktikal di SK Tanjung Lumpur. Disinilah ayah dan ibu ku bertemu, seorang dari Perak dan seorang dari Kelantan.
Mereka mengajar di Parit Sonto pada tahun mungkin 1967 dan kakak ku dilahirkan di sana. Selepas itu, mereka berpindah dan menetap di Kelantan. Disinilah baru aku boleh mengingati tentang ayah ku. Ketika kecil, ayah dan ibu ku sentiasa ingin meningkatkan diri dengan mengambil peperiksaan STPM. Aku ingat lagi kerana ketika itu, mereka akan mengharungi air bah untuk menduduki peperiksaan.

Ayah seorang pemain badminton. Aku sering mengikut ayah ke dewan MDPP kerana aku suka naik motor vespa ayah dan kami akan menikmati air selepas bermain, Aku akan minum air laici dan ayah pula akan minum air coke di tepi panggung rama iaitu sebuah kedai yang turut menjual nasi air.

Aku memang sering dimarahi ayah semasa kecil. Aku adalah anak yang akan dirotan jika balik lewat selepas maghrib atau pun buat kesalahan yang patut dirotan. Ayah akan rotan ku sehingga kesannya boleh dilihat di punggung. Ayah akan suruh aku mandi dan solat. Selepas itu, ayah akan sapukan ubat dan aku akan terlena diatas peha ayah. Itulah ayah ku.

Ayah pandai juga bertukang, Aku akan selalu bersama ayah untuk membaiki pagar rumah kami. Aku ingat ayah suka memakai seluar berwarna putih.

Ayah jarang ke kedai kopi bersama-sama kawan atau melepak selepas isyak. Dia sentiasa ada di rumah untuk membantu kerja - kerja bersama ibu ku.

Sejak kecil, ayah akan mencuci baju kami yang aku kira dia telah menjalankan tugasnya sebagai ketua keluarga yang sangat cemerlang.

Ayah mempunyai sebuah kereta Volkwagen AK7172 yang dibeli dari bapa saudara ku,ayah su. Kereta itulah yang membawa kami ke mana-mana semasa cuti sekolah, Semasa mereka mengajar di SK Telosan, pasti ayah akan tumpangkan seorang pelajar yang kurang sempurna ke sekolah.

Ayah mempunyai satu sikap yang sangat penyayang. Dia akan balik dengan membawa sesuatu jke rumah seperti makanan jika keluar. Aku biasanya akan menangis dengan mencium kain pelikat ayah jika aku rindu kan ayah semasa kecil.

Apabila aku bersekolah di Machang, ayah akan selalu bersama ibuku datang melawatku pada hari Jumaat. Aku sering berkelakuan nakal di sekolah tetapi ayah sabar dengan tingkah laku ku. Ayah tidak pernah lupa harijadi ku, Biasanya dia akan hulurkan wang kepada ku. Mungkin dulu jarang majlis harijadi diadakan.

Sukar aku nak tulis tentang hubungan ayah dan aku kerana beliau adalah istimewa. Ayah yang istimewa sehingga aku rasa tidak mampu untuk aku catatkan disini. Aku sebak, Selepas ayah mendapat stroke kecil, percakapannya kurang jelas tetapi ayah tetap ayah yang hebat,

Sekarang ramadan, ayah akan telefon aku untuk kejutkan sahur jika aku berada di tempat lain, Kalau aku berada di rumah, dia lah yang sediakan air teh yang sedap setiap pagi sahur ataupun sarapan pagi.

Hari ini 11 Mei 2020, genap lah umur ayah 77 tahun, masih boleh memandu kereta ke masjid, masih membantu menjemur kain, masih boleh membancuh teh dan masih akan membantu kami semua setiap masa.

SELAMAT HARI LAHIR AYAH KU


Thursday, May 7, 2020

Perjalanan

Perjalanan di pagi yang indah 
Di kala mentari ingin bersinar 
Awan mendung turut mengiringi
Membawa kedamaian di hati

Destinasi hidup penuh pancaroba
Rintangan dan halangan adalah cabaran
Setiap jalan dengan persimpangan
Setiap arah ada petunjuknya


Monday, May 4, 2020

Lirik lagu raya 1441 oleh Zehwar

Am                   Dm
Hari ini hari raya
G.                             Am
Mari kita bergembira
Am.                            E
Sebulan kita berpuasa
E.                                   Am
Syukurlah bersama sama

Walau tidak dapat bersama
Ibu bapa serta  keluarga
Raya tetap disambut juga
Dengan serba sederhana
C.                                         G
Paling indah beraya di desa
F.                        C 
Tapi apakan daya
C.                               G
Maaflah teman semua
F.                         E
Kali ini tiada sama

Walau bukan yang dipinta
Sama samalah kita berdoa
Agar kita selamat sejahtera
Di pagi Syawal yang mulia

Hari ini hari raya
Mari kita bergembira
Sebulan kita berpuasa 
Syukur lah bersama sama


Dunia Kelam Kabut

Bangun dari tidur terkejut melihat jam
Aduh sudah pukul lima setengah pagi
Nasi belum masak untuk aku bersahur
Wo wo wo makan buah kurma sahaja

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Berehat sekejap sambil menanti
Hari ini baru bemula hidup baru
Kena bekerja selepas covid 19
Wo wo wo dah jam sebelas pagi

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Masuk pejabat buat muka tak malu
Ambil kerusi tak buat apa apa
45 hari asyik tidur dirumah saja
Wo wo wo serba tak kena 

Dunia kelam kabut 
Apa dibuat serba tak kena

Ini baru kelam kabut dunia
Manusia meraba raba
Kesana kemari tiada upaya
Hanya mampu berdoa sahaja

Hari ini lebih bebas ke merata rata
Tapi hendaklah berjaga jaga
Tidak kira siapa depan Kita
Wo wo wo  mencari mangsa

Dunia kelam kabut
Apa dibuat serba tak kena

Dunia kelam kabut
Apa dibuat serba tak kena

Sunday, May 3, 2020

Lesen kelas D

1985- semua ahli keluarga berkumpul di berandah rumah nenek ku Hjh Wan Mek , semasa tu di tingkatan 3. Aku dah lama geram nak gohid kereta VW ayahanda. Kunci ada di kereta , aku pun buat buat la start enjin dan matikan. Kali ini aku nak cuba lah pandu kereta. Aku hidupkan enjin dan perlahan lahan masukkan gear yang dah lama aku perhatikan. Alhamdulillah bergerak dan menghala ke jalan besar yang kira kira 50 meter.
Aku cuba hentikan kereta tapi tak jumpa breknya. Adoi, ia terus bergerak dan sampai ke depan jalan besar.
Aku terbongkok² tanpa menyedari kereta yang ku pandu telah menjejak jalan besar. Oleh kerana ia sedikit tinggi maka kereta VW ayah ku terhenti dan enjin nya mati.
Alhamdulillah , tiada kecelakaan berlaku pada diri atau kereta. Lori yang sedang berada di jalan besar berhenti kerana menyedari aku tidak membrek kereta. 

Sejak itu, aku mula berani mencuba memandu dalam kampung ku bersama rakan2 ketika cuti persekolahan. 
Ada sekali, kami pergi jauh ke jalan jelor dan tiba2 ada polis mengadakan sekatan jalan raya. Kawan ku Ajik suruh aku baca doa ghaib hahaha wajaalna min .... Surah Yaseen. Aku pula tidak yakin, maka kami berpatah balik dan dikejar polis berkereta peronda. Aku lalu masuk ke jakan tanah merah dan memecut hingga mereka berhenti. Sekarang jalan itulah yang menuju ke baloh negara semasa Pak Lah menjadi PM dulu.
Semasa tingkatan 5 , aku sering memandu untuk ke sekolah di Machang dengan ayah ku di sebelah. Makin lama makin cekap hinggalah mendapat lesen B semasa menunggu keputusan SPM.

Hari ini, aku ajar anak pula memandu. Kami guna padang di depan rumah. 1 jam dia kuajar dan akhirnya berjaya juga mula memandu.

Semoga dia akan lulus ujian dan mendapat lesen B. 

Friday, May 1, 2020

SAAT YANG DITUNGGU oleh ZEHWAR


C                                     Dm
Bila kau bawa perkhabaran
G                                                        C
Untuk hidup bersama dengan ku
C                                     Dm
Gembira rasa di hatiku
         G                                            C
Kerna itulah saat yang ku tunggu

Sungguh aku tak menyangka
Seolah bulan jadi ke riba
Ku menyediri sekian lama
Akhirnya kau yang datang menjelma
F                              G                            C
Hu                          Hu                        Hu

Dm                          G                F      C
Hidup ku yang sepi di malam hari
Dm                 F                    G                      Em
Telah bertukar menjadi mimpi yang indah
Cuaca yang mendung di langit kelam
Telah menjadi sinaran di hati ku


Terimalah diriku seadanya
Agar kau berasa bahagia
Mari membina kenangan  indah
Inilah lagu kita bersama
Hu  Hu Hu

ZEHWAR