Tuesday, October 15, 2019

CABARAN DUNIA ... DISEBALIK TIRAI PENJARA SUNGAI UDANG

Perjalanan ke Penjara Sungai Udang hari ini menarik minat ku untuk menulis. Suasana panas terik mentari pagi di lebuh raya PLUS telah membawa kepada satu impian untuk menggapai cahaya. Tiba-tiba awan menutup cahaya dan mendung mula menampakkan diri.

Setelah tiba di lokasi. ku lihat wajah-wajah mereka yang sedang menunggu sinar untuk kembali bebas dan ingin berjuang untuk sebuah kebebasan. Bebas untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Adakah mereka mampu? Siapa yang akan membantu mereka? Hakikatnya , mereka perlu menjadi lebih kuat kerana musim akan terus silih berganti dan roda masa terus berputar.

Ku titipkan karya ini untuk 71 orang penghuni yang sedang berada di balik tirai besi di Penjara Sungai Udang.

Ku memandang jauh ke hadapan
Ada sinar cahaya yang terang
Bintang yang berkerdipan di waktu malam
Angin lembut menyejukkan tubuh lesu ku

Sedang asyik memandang langit biru
Tanpa ku sedari awak berarak mendung
Insan yang lalai ini tidak menyedari
Ujian mendatang saban harinya

*chorus


Musim silih berganti tidak berhenti
Ibarat roda yang berputar di paksinya
Sukarnya bertani di kala kemarau
Penatnya membanting di kala tengkujuh

Kita perlu menjadi lebih kuat
Demi kelangsungan hidup masa kini
Bayangan silam sekadar impian
Dunia realiti mesti digenggam
*


"Keindahan adalah apabila berjalan membawa putter di Par 3 dari tee box"