Berkesempatan untuk menghadiri Majlis Amanat KSN di Dewan Penjara Kajang. Banyak diceritakan oleh Tan Sri tentang perkembangan negara terutama dalam hal ekonomi, penjawat awam dan sebagainya.
Saya tertarik dengan apa yang YBhg Tan Sri maklumkan bahawa bajet negara setiap tahun untuk pendidikan adalah melebihi 20%.
Ini bermakna, pendidikan adalah asas kepada ketamadunan bangsa. Guru adalah ejen ketamadunan itu. Guru perlu banyak membaca dan berfikir untuk anak bangsa sendiri.
Guru mesti peka dengan perkembangan remaja dan kanak-kanak hari ini. Istilah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari kekal diperlukan dalam masyarakat kita.
Guru yang berdedikasi amat diharapkan kerana berguru kepalang ajar , bagai bunga kembang tak jadi. Jika TN 50 adalah wawasan baharu negara maka guru perlu terus ke depan untuk memacu gerabak yang ada supaya sentiasa di atas landasan yang betul.
Bukan menidakkan pihak lain tetapi siapa lagi selepas ibu bapa yang sentiasa bersama mereka?
Tahniah untuk semua yang mendapat kenaikan pangkat dalam majlis yang sama tadi.
No comments:
Post a Comment