Friday, January 26, 2018

Mesyuarat bawah pokok

Sejarah di Perak ada dikatakan salah satunya ialah Mesyuarat Bawah Pokok. Kenapa begitu berlaku adalah disebabkan perebutan kuasa. Kenapa nak berebut kuasa adalah kerana nak jadi ketua sedangkan setiap pemimpin akan ditanya tentang kepimpinan masing masing.

Alangkah sekiranya jika cadangan kita diterima dalam mesyuarat pun kita perlu beristighfar ditakuti akan menyebabkan orang lain berbuat dosa dek kerana cadangan kita. Bagaimana hendak kita jadi muslim model?

Thursday, January 25, 2018

Catatan karut 2: Kepimpinan

Apabila seorang pemimpin gagal menjadikan subordinat sebagai pekerja cemerlang maka dia adalah pemimpin yang gagal.

Isu blogspot

Sejak 3 hari lepas saya gagal muatnaik foto di blogspot saya. Rasa rugi la kerana tiada kenangan untuk diabadikan bersama. Saya tak boleh beritau pakya cong code sebab kalau dia nak selesaikan masalah saya, baik dia jadi menteri.

Wednesday, January 24, 2018

13 minggu selepas pembedahan jantung

Kita sudah makin lupa bahawa kita pernah menghadapi situasi getir 13 minggu yang lalu. Patutlah doktor bedah katakan rasa sakit tetap ada di dada sekali sekala supaya anda ingat pada kami di wad bedah.
Apabila lupa maka yang bersenam akan mula melupakan senaman, yang makan akan kembali makan sepenuh jiwa dan raga, yang berasap mungkin mahu mencuba semula. Itulah kita.
Jadi, di minggu ini iaitu 13 kita mesti kekalkan azam , tekadkan semangat untuk memastikan kehidupan kita lebih positif.

Masa ini kita tentunya sudah bekerja. Biar rasa seronok bekerja melebihi stress. Ingat bahawa kita pernah memiliki stress yang mungkin menjadi punca serangan jantung sehingga kita terpaksa melalui CABG.

Pilih dan nilai semula pelaburan kita. Jika kita merokok maka kita telah habiskan RM 170 untuk sepuluh hari. Gunakan modal itu untuk sertai kelab kesihatan atau gym. Bayar jurulatih kecergasan kalau kita buta kecergasan.

Tempahlah tiket untuk bercuti bagi 2 bulan rokok yang dibeli sebelum ini. RM 1100 dalam tangan selepas 2 bulan tidak merokok. Hatyai dah boleh tu.

Perut rasa sebu mungkin sebab ubat yang di makan. Saya sapu minyak di pusat dan rasa lega. Cuba lah mana yang sesuai.

Cuba berjalan sekurang kurangnya 5000 langkah sehari. Anda pasti berasa milo milo anda jadi sihat dan kuat

Lekat rak

Istilah ini tentu difahami oleh pengguna dialek kelate atau kawasan berdekatan. Semenjak kecil saya suka dan akan dibenarkan keluar dari rumah selepas pukul 5. Waktu balik pula semestinya sebelum maghrib. Jika azan dah berbunyi maka singgahlah rotan di punggung hingga bilur.

Lekat rak ini terbawa hingga sekarang. Rasa janggal untuk duduk di driving range dan solat maghrib seterusnya minum sehingga malam. Atau juga sembang selepas kerja dengan rakan dan terus ke masjid untuk solat.

Lekat rak yang kedua ialah makan sekeluarga. Sejak kecil kami makan bersama satu famili. Amalan ini berjalan sehingga sekarang. Apabila ada ahli keluarga yang makan sendiri sendiri maka kita akan terasa janggal.

Lekat rak yang ketiga ialah bermain di waktu petang. Sampai sekarang rasa teringin untuk turun bermain lebih terasa berbanding berbual di kedai kopi.

Itulah kisah lekat rak.

Tuesday, January 23, 2018

Walaupun bukan Menteri

Lawatan Datuk Dr Yasmin ke SHG Telok Mas. Apa yang aku dapat katakan ia adalah lawatan berbuah (fruitful). Mengapa demikian ye? Selalunya kehadiran mereka adalah atas jemputan program dan bukan perasmi. Selalunya perbualan akan jadi kosong sahaja. Hari ini berbeza kerana ia lawatan kerja dan kebetulan sudah terlalu lama YBhg Datuk teringin mengambil tahu apa yang ada dalam kawasan.

Semua tempat di bawa melawat sambil mendengar windo (sebutan Pengarah) yang dimainkan pelajar pancaragam.

In sha Allah kehadiran Datuk akan memberikan sedikit sinar walaupun Datuk bukan Menteri yang datang bersama projek atau pitis. Datuk ada contact dan pengalaman meneraju Seameo mungkin membantu.

Monday, January 22, 2018

Sedikit sumbanganku

Hari ini kami bermesyuarat untuk penyediaan Laporan Tahunan 2017. Hebat sungguh Dato Pengarah dalam memberikan cadangan bernas bagaimana laporan akan disediakan.

Aku juga turut memberikan sumbangan dalam way forward dan cadangan penambahbaikan melalui grid ERRC iaitu Eliminate, Reduce, Raise dan Create supaya aktiviti untuk 2018 tidak sia sia.

Tak lupa juga menambah kalori dengan kek hari lahir untuk Dato Pengarah. Jadi terpaksa lah menambah senaman dengan menaiki tangga dan berjalan di padang golf.

Sunday, January 21, 2018

Lake Valley BTHO

Pertama kali sejak berlari dalam acara merentas desa pada tahun 1999 aku berjaya menghabiskan 5 km. Rasa bangga kerana walaupun berjalan dan sedikit berlari tetapi komitmen ini yang harus dikekalkan.

Yang lebih membanggakan ialah ia dilakukan bersama isteri tercinta.

Saturday, January 20, 2018

Catatan karut 1: Organisasi

Satu kumpulan manusia yang bersama-sama melakukan sesuatu maksud untuk tujuan yang sama tetapi sekiranya ada ahli nya tiada tetap waktu akan berjalan.

Friday, January 19, 2018

Catatan pengembara kata

Kali kedua mengikuti kelas di bawah Kelab Pidato Perdana. Kalau nak diikut sejarah berpidato , ia bermula ketika usia 11 tahun. Aku mewakili sekolah dalam musabaqah sejak darjah 2. Suara ada tapi merdu tiada. Macam mana boleh terpilih wakil sekolah masa tu aku tak pasti dan lupa. Apabila masuk tahun 5, ada seorang kawan ku lebih bagus dan merdu suara bacaan. Ustaz telah menukar bidang ku kepada syarahan agama.
Itulah bermula sejarah pidato ku. Apabila berada di tingkatan 1 aku mengikuti dan berada dalam kumpulan debat sekolah tetapi hanya sementara sahaja. Tidak pernah mewakili sekolah dan akhirnya bakat itu lenyap.
Semasa di university juga aku tidak aktif mencari peluang dan hanya terpilih sebagai pembaca ikrar orientasi sahaja.

Selepas itu, bicara demi bicara aku lakukn dalam konteks kerja ku. Tidak pernah belajar sehingga lah adanya kelab pidato perdana. Apa yang ku harapkan ialah ada sinar rezeki di sebalik pidato.

Wednesday, January 17, 2018

12 minggu selepas cabgx2

Tidak terkira rasa gembira di hati selepas hari demi hari menunggu saat tibanya minggu ke 12. Mengapa demikian, oh ya! Minggu ke 12 sangat signigikan dalam kehidupan selepas pembedahan jantung.

Kalau kita membaca maklumat di laman web yang ada samada di dalam negara dan banyaknya di luar negara, kita akan mendapati cardiologist akan menyarankan agar kita dapat kembali melakukan aktiviti harian seperti yang kita pernah lakukan sebelum pembedahan.

Bagi meraikan genapnya minggu ke 12 ini, marilah kita sama sama menjalankan pemeriksaan untuk kembali aktif dan hidup sihat.

Dengan menggunakan tanita body composition analyzer TBF 300 saya mendapati bahawa berat 79.7 kg adalah gabungan 23.9 peratus lemak , air sebanyak 44.4 kg dan lemak dibawah kulit adalah 19.1 kg. Begitulah yang aku faham.
BMI di paras 27.6 beerti aku adalah overweight.

Bermula di hari ini ada sesuatu yang ketara perlu diperhatikan iaitu makanan yang di makan hanya sekadar 1597 kcal. Ini bermakna sekali makan dalam 400 iaitu sekeping roti canai dan segelas teh tarik kecil. Itu dari segi kalori bukannya sihat atau tidak makanan yang diambil.

Kalau dah minum 4 gelas teh tarik sehari maknaya hampir separuh dari keperluan ku sehari.

Saranan yang boleh diambil berat ialah cuba gunakan apps yang mengira steps kita. Kalau tiap hari 8000 langkah dah satu kepuasan awal. Kalau belum cukup maka kita akan berusaha untuk cukupkan samada berjalan di pasar malam atau ke surau.

Kebetulan bertanya rakan zip yang dah 10 tahun melalui pengalaman yang sama, beliau menyatakan kadang kadang masih terasa di dada tanda kenangan dan ingatan kepada doktor bedah di IJN atau di mana sahaja. Parutnya masih ada dan sakitnya masih terasa. Oleh itu sentiasa lah positif dan redha bahawa kita diuji begini dan orang lain juga ada ujian masing-masing.

Hanya pada Mu kami berserah dengan kudrat dan usaha yang kami ada untuk kembali ke lapangan masing-masing. Allahuakhbar 3x

Tuesday, January 16, 2018

Syukur nikmat

Seorang sahabat menghantar whatsapp dan berkongsi sirah Nabi Muhammad yang bengkak kaki kerana solat yang terlalu banyak. Bila ditanya kenapa sampai bengkak begitu sedangkan baginda telah dijamin syurga. Baginda lalu menjawab bahawa itu adalah tanda kesyukuran.

Berbalik kepada kisah rakanku, beliau suka berlari dan sehingga kini beliau masih terus berlari. Hujah yang digunakan adalah syukur dengan nikmat kesihatan yang Allah SWT kurniakan.

Bagaimana pula dengan aku? In sha Allah kuatkan azam untuk terus bersenam tanda syukur dengan peluang yang Allah SWT berikan pada ku. Aku juga akan berusaha sekerap mungkin untuk solat berjemaah di masjid atau surau.

Kita nak solat di dunia ini sahaja, kita nak bersedekah di dunia ini sahaja, kita nak berdakwah, di dunia ini sahaja. Bila mati, kita tidak perlu buat apa apa lagi. Oleh itu, carilah masa untuk menjadi hamba Allah yang bersyukur kerana tidak kita dijadikan adalah untuk beribadat kepada Nya.

Manusia yang paling baik adalah manusia yang bertakwa. Status takwa berbeza bagi setiap orang. Integriti wajib menjadi budaya hidup semua orang.

Monday, January 15, 2018

Mat Besi

Seawal 1988 aku mula mengenal besi tapi bukan sebagai tokey besi buruk. Besi yang ku kenal dipanggil dumbell, barbell dan apa apa bell. Zaman remaja ku dihebatkan denfan idola Rambo dan arnold susah nak eja.
Ketika di Penang, aku mendaftar sebagai ahli gym dan saban hari aku akan merasai nikmat momentary.muscle failure atau mmf singkatannya.
Hasilnya tidak seberapa kerana kurang menjaga pemakanan. Apabila belajar di UPM, pusat sukan jadi tumpuan kerana ada Mr Bell juga. Sambil tu, aku juga bekerja di Fitness Center di USJ Taipan dan Crown Regency Hotel sebagai pembantu gym.
Apabila di posting ke Sarawak, kami main juga besi di sekolah. Boleh dikatakan tidak lepas Mr Bell dari tangan ku.
Alhamdulillah,.di bandar aku menetap dibuka pula gym dan aku terus daftar sebagai ahli dan ku ajak pula anak murid ku join sekali sebab alatan bell di sekolah kurang mencukupi. Di Sabah, gym kami adalah di KBS yang berdekatan saja dari rumah.
Setelah tidak ber bell selama 2 tahun, hari ini aku ke gym lagi.

Yang aku pasti, komitmen dan konsisten akan menjadikan kita Mr Rambo.

Sunday, January 14, 2018

11 minggu selepas pembedahan jantung

Alhamdulillah. Dah 11 minggu rupanya pembedahan bypass cabgx2. Dah bertambah keupayaan kardivaskular. Memilih tangga berbanding lif. Memilih untuk meletak kereta jauh tidak seperti sebelum ini. Hari ini dah berlari 2 km dan sambung dengan berenang 40 minit.

Makan perlu jaga dengan sesuai. Nasi kalau boleh jangan bertambah. Berat badan sekitar 79-81 untuk minggu ke 11 ini.

Stress kalau boleh hendaklah dielakkan. Kalau terpaksa, ambil cuti atau ambil penutup telinga supaya kita tenang. Orang yang buatkan kita stress mungkin tidakpun melawat atau mendoakan kita. Keluarga kita sajalah yang setiap hari menunggu di wad. Bawa anak anak untuk berehat di hujung minggu.

Lagi seminggu untuk cukup 3 bulan. Bersyukurlah.

Saturday, January 13, 2018

Program Rise and Shine

Saya diminta untuk ke Melaka untuk satu program yang dirancang semasa sedang cuti sakit. Saya anggap ini sebagai peluang yang baik kerana saya dapat melihat apa yang difikirkan dan disediakan oleh pihak muzium penjara untuk pelajar sekolah dan kumpulan big bikers yang membantu membawa pelajar india di daerah sepang.
Kedatangan mereka kali ini dihidangkan dengan persembahan oleh pelajar SHG dan kumpulan kebudayaan JPM.
Banyak yang dapat dipelajari dari lawatan ini. Yang pertama, bangsa saya jarang menubuhkan NGO dan membantu setakat yang saya tahu. Yang kedua, setiap pengurus akan ada kelebihan sendiri dengan sumber dan bahan yang ada. Yang ketiga, kebanyakan manusia akan lemah jiwa mereka jika bercakap tentang ibu dan bapa mereka.

Friday, January 12, 2018

Pendamping

Pendamping seakan mistik. Dia ada bersama kerana tuannya memerlukannya. Kadang diwaktu siang, kadang di waktu malam dan yang nyata ia tidak akan ditinggalkan. Bila bersama maka gagah la rasa tuannya, yakin akan pertolongan diberikan, bila tiada, rasa lemah dan lesu tiada bermaya.

Thursday, January 11, 2018

Hari Ulang Tahun Perkahwinan

11 Januari 2000 adalah detik berbahagia dalam hidup setelah bertemu jodoh dengan isteri tercinta Azura. Kuch kuch hota hai di wharf Belaga dan akhirnya kami dijabkabulkan di Masjid Tunku Kalthom Langgar.

Hari ini genaplah 18 tahun usia perkahwinan kami dan 2 anak perempuan yang menceriakan kehidupan.

Ya Allah dia isteriku yang sering diuji dan tabah dalam setiap ujian yang kau hadapkan. Berikanlah kekuatan untuk kami layari bahtera ini. Layarkan bahtera ini , timbul tenggelam kami bersama.

Ku ciptakan lagu ini untuk isteri ku

Di usia ini
Aku lemah dan tak berdaya
Dugaan hidup ini
Tiada sempadan masa

Setiap detik yang berlalu
Kita lalui alam yang nyata
Kehebatan insan yang satu
Yang hidup tanpa berpura

Wahai isteri ku sayang
Sambutlah tangan ku ini
Aku perlukan diri mu
Kembara bersama hingga ke syurga

Tuesday, January 9, 2018

C2Joy

Susu kolostrum C2Joy yang diminum sejak 5 hari lepas. Apa kesan sihat yang dimanfaatkan untuk saya belum jelas. Rasa pening sehari dua yang lalu tak pasti itu adalah healing process atau tidak.

Saya cuba dulu sekotak ye

Monday, January 8, 2018

Perkhidmatan Pendidikan Koreksional

Mendidik atau mendidik semula jika diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris ialah educate or re-educate.

Setelah terlibat dengan perkhidmatan pendidikan koreksional maka kita kena sedar apakah fungsi fungsional kita. Fungsi sebagai guru tetapi fungsi fungsional kita dah berbeza kerana kita berperanan mendidik semula pelajar di bawah kawalan kita.

Tugas guru yang pertama adalah mendidik semula apa yang mereka telah tersilap jalan. Ibu bapa mereka dan guru serta komuniti telah mendidik mereka sejak dari kecil sehingga remaja. Itulah perkhidmatan pendidikan korektif.

Kedua, memberi peluang semula apa yang mereka tidak perolehi semasa di luar. Siapa sangka mereka yang langsung tidak terlibat dengan aktiviti di kampung sekarang mewakili sukan, koakademik, tarian, mengaji, pidato, kawad dan sebagainya.

Ketiga, menyediakan diri mereka dengan ciri- ciri perkembangan remaja yang positif. Kita boleh membaca tulisan Karen Pittman yang menggunakan beberapa C yang perlu dicorakkan dan kemahiran insaniah lain yang perlu menjadi kurikulum khas bukannya kurikulum tersembunyi.

Keempat, menjana potensi mereka yang ada. Kita patut gali dan bongkarkan apa yang hebat pada mereka supaya mereka yakin diri dan tahu bahawa mereka juga boleh menyumbang kepada masyarakat.

Kelima, memupuk jiwa yang kerdil dek kenakalan dan singkat fikiran. Kita perlu gunakan kekuatan diri mereka bermula dari sperma sehingga kepada ketakwaan kepada yang maha pencipta

Sunday, January 7, 2018

Ubah suai dapur

Anda rasa anda ada masalah dapur kecil dan barang banyak? Pening juga kepala apabila berpindah dari rumah sewa yang besar ke rumah yang sederhana. Isu utama adalah dapur bila meja makan ada 2.
Selepas berbincang sekeluarga maka solusinya ialah jual kabinet kecil dan beli kabinet besar. Barang boleh dikemaskan dan ruang nampak lebih besar.

Apabila siap , wow selesa dan kondusif.

Saturday, January 6, 2018

Sekadar renungan

Pertama kali aku mengikuti Putrajaya  International Dialogue. Walaupun hadir untuk majlis penutup sahaja tetapi aku rasa bangga menjadi sebahagian daripada pendengar dialogue statements yang merangkumi 12 pernyataan.
Alhamdulillah , PM ada menyebut juga supaya guru memainkan peranan untuk menyatakan bahawa Islam secara moderate adalah perlu dalam keadaan sekarang.

Sekadar renungan untuk diri. Kita perlu belajar dan berilmu supaya setiap ayat quran itu kita tahu di mana tempat dan tujuan penggunaannya. Orang yang membaca ayat jihad akan berpegang dengan ayat quran juga seperti orang yang membaca ayat untuk bersederhana.

Friday, January 5, 2018

Kerja secara betul?

Hari jumaat jika ada tazkirah di surau adakah kita boleh hadir atau tidak? Adakah dikira waktu bekerja sekiranya kita ke surau mendengar tazkirah.

Kita ke tempat kerja 8-5 dan akan ke kantin semasa bekerja. Adakah minum dan makan itu dikira waktu berdosa?

Kita duduk di kerusi selama sejam dan kita keluar untuk senaman ringan selama 5 minit. Adakah kita perlu gantikan masa bekerja itu?

Apa istilah kerja jika kita bekerja di pejabat dan apa istilah kerja jika kita adalah guru sekolah?

Itu kerja yang ada jadual waktu. Bagaimana kerja kita untuk agama yang bermula semasa baligh hingga ke liang lahat.

Apa beza kita sebagai hamba Allah dan kita sebagai khalifah di muka bumi.

Ada ustaz maklumkan begini, hamba Allah menuntut kita mencari ilmu agama dan khalifah pula kita menyampaikan kepada orang lain.

Ya Allah aku mohon dijauhkan daripada menggunakan masa kerja untuk sesuatu yang bukan sepatutnya semasa bekerja.

Thursday, January 4, 2018

Seni santapan jiwa

Seni adalah santapan jiwa. Hidup menjadi kaku tanpa seni. Seni adalah terapi. Seni itu indah. Ramai yang tidak tahu bagaimana seni didefinisikan terutama dalam konteks negara kita, Malaysia.

Melalui Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara JKKN , seni dan budaya terbahagi kepada 6 elemen. Anda boleh dapatkan kesemua elemen itu melalui pembacaan nanti.

Indah nya seni dan budaya menjadikan manusia rasa tenang dan ia boleh membawa kita rapat kepada yang Maha Pencipta.

Seni sering dikaitkan dengan kreatif. Bila kreatif digunakan dengan baik maka akan timbul inovasi.

Inovasi pula apabila dijalankan akan memudahkan urusan seharian.

Kesimpulannya, dari seni adalah kreativiti yang boleh menjadi inovasi yang akhirnya memudahkan urusan seharian.

Wednesday, January 3, 2018

10 minggu selepas pembedahan

Banyak yang saya lakukan untuk sepuluh minggu. Memandu ke Kluang dan akan ke Melaka bermalam seorang diri di hotel. Lawatan ke tiga tempat yang melibatkan berfikir dan berbincang serta memberikan ucapan.

Semua berbeza di minggu ke 10. Bangun  pagi saya berjalan dan berlari. Kemudian di sebelah petang saya berenang di kolam hotel selama 30 minit tapi tidak menggunakan tangan.

Berat badan naik sedikit yang perlu dikhuatiri. Sasaran berat 75 kg dengan otot yang sesuai dan air yang mencukupi dalam badan menjadi sasaran.

Fitbit alta yang dibeli sangat membantu memotivasikan diri.

Alhamdulillah 10 minggu dah aku menjalani pemulihan selepas pembedahan jantung. 2 minggu lagi untuk kembali normal.

Sudah mula ku ambil susu kolostrum c2joy. Kalau rasa bagus akan aku teruskan dan boleh berniaga sekali.