Tuesday, November 15, 2016

Rumah ku Syurga ku

Setelah mengambil anak dari sekolah aku mencadangkan agar kami mencipta lirik lagu yang sesuai untuk dicipta. Mereka mencadangkan agar dicipta satu lirik lagu yang bertajuk rumah ku syurga ku. Bagaimana hendak dimulakan satu penciptaan lagu yang sesuai dengan tema atau tajuk lagu yang dicadangkan.

Mungkin kisah bermula dengan seorang anak yang jauh diperantauan yang merindukan  suasana kekeluargaan yang ditinggalkan. Apa rangkap yang pertama nak ditulis ya. Baik aku cuba...

Telah jauh aku pergi
meninggalkan kampung halamanku
Kutinggalkan ayah dan bonda selama ini
sedang mereka memerlukan ku

Di waktu malam yang sepi
Ku melihat bulan yang tinggi
Rinduku semakin terperi
Ayah dan ibu sentiasa di hati

Bak kata orang tua-tua
hujan emas di negeri orang
hujan batu di tanah sendiri
Syurga ku telah tersedia
Sentiasa ku terbayang
Wajah keluarga berseri-seri

Andai dapat ku undurkan masa
Ku akan terus berjasa
kepada ayah dan bonda
Walau jarak memisahkan kita




Friday, November 11, 2016

KEMARAU DI MUSIM TENGKUJUH

Ku singkap tabir jendela
Sang mentari seakan menari dibalik awan
Bagaikan semalu dikucup sang rama-rama
Itulah ibarat hatiku yang sedang rawan

Di balik gunung yang tinggi
Ternampak sinar yang semakin jauh pergi
Ku tak pasti memang tak pasti
Apakah aku kan terus berlari

Ku cuba segala yang ku ada
Bukan aku hanya setia menunggu
Kerana ku pasti dan memang pasti
Kemarau ini akan melanda
Walau diri sentiasa terbelenggu
dengan apa yang terjadi

Oh Tuhan dengarlah rintihan ku ini
Di kala tengkujuh mendekati
Hapuskanlah kemarau di hati
Ku ingin terus berdiri

Tuesday, November 8, 2016

Golf Persahabatan MKKI

Sejak Januari 2016 kami mula mengenali padang golf penjara. Penamat tahun ini ialah satu kejohanan sempena Mesyuarat Ketua Ketua Institusi diadakan di Bangi Golf Resort.
Bermula di par 3 aku yakin permainan semakin baik. Hampir semua lubang aku dapat merapati green cuma sayang aku terpaksa habiskan dengan 3 putt.

94 pukulan adalah agak baik dan sasaran ku sebelum berakhir tahun ialah di bawah 90.

Monday, November 7, 2016

Taubat seorang hamba

'Masuk dulu sini', ustaz memanggilku ke biliknya. 'Ada idea ke nak buat pertandingan nasyid'. Rupanya ustaz sedang mencari tema bagi tahun 2017. Beberapa cadangan diberikan tetapi aku suka dengan tema taubat.seorang hamba.  Nak cuba reka lirik....

Malam yang sunyi sepi
Bersama desiran angin
Yang lembut menyapa pipi
Merayu dalam dingin

Bangunlah hamba tuhan
Siang mu penuh noda
Tidak akan mampu kau bertahan
Bila tiba saat ketika

Sujudlah di sepertiga malam
Hadaplah wajah rebahkan egomu
Tidak mampu dengan hanya diam
Tanpa melafaz kata taubat mu

Ya Allah tempat ku mengadu
Di kala ini ku merayu
Ketika ku mempunyai waktu
Terimalah setiap taubat ku.

Saturday, October 29, 2016

Latihan Strategik

Latihan berstrategik membawa kepada kesempurnaan.

Al kisah seorang pegawai kerajaan yang ingin berkecimpung dengan permainan golf. Bermula dengan hadiah satu set golf daripada saudara yang pencen dengan bermain golf. Kenapa agaknya dia berhenti bermain golf. Kesilapan yang ketara ialah ketika memulakannya. Dia beli set dan belajar secara tidak strategik. Setiap hari di lapang sasar golf tidak membantu meningkatkan permainannya.
Untuk kesempurnaan, beliau mesti mempunyai strategi untuk memantapkan permainan. Latihan tanpa strategi jarang akan berjaya. Cuba kita ke lapang sasar golf. Ramai yang sedang berlatih tetapi tanpa strategi.

Strategi yang baik ialah dapatkan jurulatih yang boleh membantu kita melakukan hayunan yang betul. Jangan ikut sembarangan hayunan orang lain di sebelah anda.
Perkara kedua ialah kesesuaian peralatan golf anda. Samada anda suka atau tidak, mungkin hadiah yang diberikan tadi tidak sesuai untuk anda.
Ketiga, cara anda berlatih dengan 100 bola. 2 kosong 1 adalah perlu. 2 hayunan tanpa bola diikuti dengan 1 hayunan bola akan pasti membantu.

Sunday, September 25, 2016

Sehari di utc sentul

Keputusan untuk menunaikan umrah sudah diperolehi. Kami akan bertolak pada 30 nov. Hari ini bergegas ke utc sentul untuk top up passport. Giliran 1308 maknanya menunggu 300 orang. Sekarang jam 6 ptg dan giliran baru mencecah 1260. Agaknya 12 jam la kami di sini.

Ambil foto visa 2016 dan aku share foto passport ku ketika menunaikan umrah pada tahun 1986

Saturday, September 24, 2016

Persiapan umrah

1. Passport
2. Gambar Visa 4 keping
3. Kad suntikan
4. Confirmkan samada naik di kb atau klia
5. Tarikh 30 nov hingga 11 dis

Friday, September 16, 2016

Persiapan

2 hari lepas cuaca sejuk berangin, pagi ini hujan mencurah-curah. Apa maknanya untuk kita? Ada perkara yang Allah berikan kepada kita semua di dunia merasainya. Sebagai contoh panas terik, hujan lebat , ribut dan sebagainya.
Apa yang perlu kita lakukan adalah membuat persediaan. Kalau hujan maka kita perlukan payung. Kalau panas kita perlu tempat berteduh. Jika kita terus menempuh badai tanpa persediaan maka di mana letaknya akal kita.
Jika kita berhasrat untuk menempuh lautan luas maka persiapan kapal kita harus lebih baik daripada berperahu ke seberang.

Ya Allah. Bantulah aku

Wednesday, September 14, 2016

Insan pertengahan

Ku pandang ke depan
Entah bila kan tiba
Menoleh ke belakang
Itu bukanlah cara ku

Setiap insan di dunia
Sentiasa berlumba lumba
Dengan keringat dan usaha
Hingga ke hujung nyawa

Yang pasti akan ada pemenangnya
Di depan mereka adalah takhta
Usaha yang kuat beserta semangat
Membawa mereka tiba ke puncak

Ku sedari di mana diriku
Yang hanya di pertengahan
Melonjak ke atas tidak ku sampai
Yang ada hanya jiwa sederhana

Namun ku tidak kecewa
Kerana tiap yang menang ada yang kalah
Tiap yang kalah ada yang menang
Biarlah aku insan pertengahan

Tuesday, September 13, 2016

Sejuknya macam di Madinah

Pagi hari kedua aidil adha di kota alor setar. Suasana sejuk selepas subuh sangat mengingatkan daku ketika di kota madinah almunawwarah.

Selawat dan salam kepada baginda Nabi Muhammad SAW.

Menghirup nescafe panas di Hussain Nasi Kandar sementara menanti hari siang. Udara segar dan berangin memberi ketenangan kepada setiap makhluk.

Malam tadi sempat mendapatkan pandangan tentang situasi politik di Kedah. Setiap parti ada culaannya. Kini culaan seakan kembali semula seperti sebelum PRU 13.

Monday, September 12, 2016

Salam Aidil Adha

Allahu Akhbar 3x
Hari ini kita menyambut hari raya. Tatkala ini, ramai orang islam melaksanakan ibadah korban.

Pengorbanan yang kita lakukan menuntut kepada keikhlasan supaya ia akan kekal menjadi wang ringgit di negeri akhirat.

Bagaimana untuk memulakan rasa ikhlas amat senang untuk dihayati. Lupakan setiap kebaikan yang kita lakukan.

Kumulakan hari ini mengunci diri dan hati dari menyebut setiap kebaikan yang kulakukan
Biar mereka bercerita kisah hidup mereka
Kemewahan dan kebahagiaan adalah milik mereka
Tidak perlu berkata apa apa
Kerana nanti ada bahagian kita semua

Ku bahagia dengan keluarga
Yang sentiasa berkongsi suka duka
Kadang kala ada air mata
Yang selalu ada pastinya hilai tawa

Wednesday, August 31, 2016

59 tahun Merdeka

Hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan. Rakyat mengharapkan agar kemerdekaan ini dihayati dan dikongsi bersama jutaan warganya. Di padang - padang majlis daerah berlangsung sambutan dengan perarakan dan persembahan pelbagai lapisan masyarakat.
Pada masa yang sama seorang tokoh yang aku segani Dato Husam Musa telah rasmi menjadi ahli parti Amanah.
Dengar nukilanku

Kau muncul di era kejayaan PAS
Mengutip undi di tiap lokasi
Ku ucapkan jutaan syabas
Semoga menyerlah transformasi

Ucapan mu meniti di hati
Lantaran idea penuh imaginisasi
Kawan dan lawan terus memerhati
Inilah pemimpin kita di suatu hari

Gaya mu penuh pekerti
Langkah mu bagai pertiwi
Kami sentiasa berada di sisi
Meniup seruling dan nafiri

Jejak mu jejak perkasa
Dalam parti penuh berjasa
Doa tok guru tiap ketika
Inilah dia harapan kita

Kini kau telah tiada
Berubah mengikut arus masa
Perjuangan mu untuk nusa bangsa
Teruskan lah seperti di kata

Aku masih setia di sini
Bersama dengan pewaris nabi
Bukan tidak ingin ikut pergi
Cuma sabar menanti hari

Dewasa ku dengan parti
Melambai rakyat dengan bulan purnama
Kerana yakin dengan janji
Inilah wadah perjuangan kita

Sunday, August 21, 2016

Hadiah golf pertama

Sejak berkecimpungan dalam sukan golf sejak setahun yang lalu dan setelah menyertai 3 pertandingan anjuran kelab dalam tahun ini, baru dapat merasa hadiah. Semalam bermain di BUCC, stableford 36, aku her main dengan handicapped 19 mendapat tempat ke 6 kategori 18- 24 . Alhamdulillah

Monday, August 15, 2016

Golfer kecil

Alhamdulillah berjaya memperkenalkan sukan golf kepada ketika otot, sendi dan jiwanya masih segar dan mudah terbentuk.
Adakah masih berminat untuk terus belajar dan memilih sukan ini untuk hari hari seterusnya.

Sunday, August 14, 2016

Layan anak anak kecil

Pagi minggu mencari vitamin di kawasan permainan kanak kanak. Zaman yang berbeza membawa kepada pengertian berbeza mengenai zaman. Mereka ini mencari keseronokan dengan cara berbeza. Bagi ku, yang penting menyihatkan dan mengembangkan proses sosialisasi.

Sunday, July 17, 2016

Golf: Ubah set minda

Hari ini anda akan ke kelab golf untuk bermain dengan kawan. Apa yang anda bawa ke tee box sudah tentu apa yang anda latih di lapang sasar golf.
Bila anda ingin memulakan pukulan , anda membayangkan apa yang telah anda latih sebelumnya. Ting! Bunyi driver tetapi terus menghala ke kolam sebelah kiri atau ke hutan sebelah kanan.
Apa kata pakar? Set minda latihan perlu diubah kepada kepercayaan kepada teknik yang anda yakini akan menghasilkan pukulan yang lurus dan baik. Lupakan semua bahagian kecil dalam pergerakan hayunan. Semua otot, tulang dan gerakan mesti bersatu untuk memastikan1 tiada kehampaan lagi.

Selamat mencuba

Wednesday, June 29, 2016

We shall rise together

It looks simple but meaningful. Our collaboration with one of the biggest technology companies in the world. When the owner is the richest man and kindly looking down to earth, many people will benefit.

Tuesday, June 28, 2016

Tazkirah Ramadhan

Malam ini dihiaskan malam di bulan Ramadhan dengan tazkirah antara solat terawih.
Saidina Huzaifah terkejut dengan bacaan yang berbeza antara sahabat. Apabila sampai ke pengetahuan Khalifah, diusahakan untuk menulis quran dalam sebutan dan bahasa yang didatangkan kepada keturunan kaum Rasulullah.
4 naskah disiapkan dengan tulisan tangan. 3 naskah disebarkan dan dikenali dengan resam uthmani iaitu di zaman khalifah Uthman.
Hukum bacaan quran, jumhur ulama adalah haram baca quran selain daripada bahasa arab.

Saturday, June 25, 2016

Ke toyota

In sha Allah dah bayar pendahuluan. Tunggu aje

Tuesday, June 21, 2016

M.C.

Medical certificate yang diberikan oleh DR menjelaskan ketidakupayaan untuk bekerja pada tempoh tertentu.
Ada pihak mempertikaikan mc yang diperolehi oleh pekerja mereka.
Ada pula yang memberikan pekerja untuk isytiharkan sakit mereka sendiri jika sekadar 1 atau 2 hari.

Apa maknanya? Kesemuanya benar sesuai dengan sikap majikan dan pekerja

Monday, June 20, 2016

Istiqamah

Perkara biasa dalam kerja rutin di dalam kehidupan. Biasakan amalan bulan ramadhan di bulan yang lain.

1. Besarnya fadilat solat witir
2. Sekurang2 satu rakaat walaupun dalam keadaan duduk
3. Boleh dilakukan sebaik solat isyak
4. Dalam jumlah yg ganjil

Sunday, June 19, 2016

Sakit lutut

Hari ini tersadai di rumah. Lutut membengkak sejak selepas balik terawih menyebabkan terasa badan panas. Ya Allah ampunilah dosa ku

Wednesday, June 15, 2016

Projek besar

Bekerjasama dengan syarikat besar seperti Microsoft menjanjikan pulangan yang hebat. Hari ini kami mendapat sumbangan 55 buah laptop daripada Microsoft CSR. Bukan itu sahaja, mereka akan memberikan latihan kepada pelajar kami untuk menambah nilai diri apabila keluar nanti. Terima kasih Jasmine Begum dan pasukannya.

Tuesday, June 14, 2016

Tadarrus alquran

Kena fahami akan maksudnya. Bergilir membaca dan disemak oleh guru

Monday, June 13, 2016

8 Kemahiran Pegawai Koreksional

8 kemahiran pegawai koreksional yang kedua ialah promoter kepada kerja sepasukan. Bekerja bersama-sama dan memberikan sokongan kepada pembantu akan memberikan pulangan yang berpanjangan berbanding bekerja seorang diri. Menjaga banduan yang ramai tidak boleh dengan teriakan seorang pegawai kerana kepelbagaian individu yang ada di penjara dengan pelbagai kesalahan dan latar belakang kehidupan memerlukan kerja sepasukan. Setiap fasa yang dilalui mereka memerlukan sokongan pemulihan yang berbeza.

Sunday, June 12, 2016

Ujian zohor

Semasa hadir berjemaah tadi, diuji dengan tayar bocor. Ya Allah ampunilah dosa dosa ku

Snow white

Lepas terawih dia mulakan pemasangan hingga pukul 12 dan pagi ini disambung baru siap. Doakan yang terbaik untuk Aina Sufia

Saturday, June 11, 2016

Surah Ali Imran

Alhamdulillah baru tamat surah ini. Sambung dengan surah Annisa'

GM Plaza Klang

Selepas zohor kami.merancang untuk ke shopping centre. Kasut tumit tinggi yang dicari. Teringat seorang kawan yang memaklumkan bahawa di Klang ada tempat borong.

Laluan Kesas terus ke Bandar Botanic menemukan kami dengan GM Plaza Klang. Alhamdulillah ramai orang dan harga juga bersesuaian.

Senaman atau pulun

Lepas kerja tiba tiba teringin mencari birdie. Akhirnya jumpa di hole 3 ILSAS golf.

Malam pula layan boss main badminton. Fuh! Macam kembali zaman dolu dolu.

Friday, June 10, 2016

8 Kemahiran Pegawai Koreksional

Bila bertugas di Jabatan Penjara Malaysia, pembacaan dan bahan carian sudah agak berubah. Ilmu pengetahuan tentang bagaimana menjadi pemimpin pendidikan telah dijajarkan dengan bagaimana menjadi seorang pemimpin koreksional yang berkesan.

Dahulu tiada idea di dalam otak untuk memikirkan apa kerja seorang pegawai koreksional berbanding seorang guru. Sekolah mempunyai sedikit kelebihan kerana ahli-ahlinya adalah remaja dan kanak-kanak berbanding dengan banduan di penjara. Bagaimana dengan banduan muda dan juvana pula? Mereka adalah sebaya dengan rakan-rakan di sekolah menengah atas. Oleh itu, kepimpinan untuk banduan muda seherusnya berubah untuk disesuaikan dengan status mereka yang menjadi very full time boarding school students.

Fox, H (2016) telah memperkenalkan lapan kemahiran pegawai koreksional. Beliau adalah orang yang bekerja di bidang pemulihan banduan di Amerika Syarikat. Menurut beliau, kemahiran seorang pegawai koreksional adalah seperti berikut:-

1. Kemahiran Komunikasi Cemerlang

Fox menyatakan komunikasi bukanlah rahsia untuk menjadi seorang pegawai koreksional yang berkemahiran. Pembelajaran tentang komunikasi berkesan adalah kunci kepada kejayaan pemulihan di penjara. ' Sesorang yang bercakap dari hati akan sampai ke hati' adalah taufik yang digerakkan untuk menjadikan matlamat mengubah tingkah laku banduan di penjara dapat dijalankan dengan cemerlang. Belajarlah menulis laporan yang jelas dan tepat dan didokumentasikan dengan kemas menjadi penentu pertama pengukuran kecemerlangan seseorang pegawai koreksional.

Kemahiran ke2 akan disambung nanti......

Majlis Bacaan Yaasin

Alhamdulillah pagi ini kami bersama-sama berkumpul di Surau IPPM untuk ihya ramadhan.

Selepas bacaan Yaasin, tazkirah disampaikan AF Ustaz Zul Izuddin. Amalan Rasulullah SAW yang disarankan
1. Awal Ramadhan sudah persiapkan diri untuk menyambut panggilan kebaikan spt amalan2 sunat
2. Memperbanyakkan sedekah
3. Memperbanyakkan membaca Alquran
4. Beribadat maksima di 10 malam terakhir

Thursday, June 9, 2016

Terawih di mana

Hari kedua di sini.

Riadah di bulan puasa

Hari ke 4 baru masuk pejabat dalam bulan Ramadhan. Perlu ke kita bersenam? Jawapannya ya kerana puasa bukan bermaksud meletihkan diri tanpa buat apa2.
Dulu2 aku jogging di bulan Ramadhan. Lepas tu bertukar kepada kayuh basikal. Sekarang giliran main golf pula

Sekadar ingin mengimbau kenangan

Alhamdulillah, hari ini ke Ambank untuk menandatangani perjanjian sewa beli. Semoga kenderaan ini akan membawa kami melalui lorong-lorong dan jalan menuju kejayaan dan diredhai. Memilih nombor plat kenderaan memang sukar bagi sesiapa yang memulakannya. Ketika membeli kenderaan pertama dulu, sebuah motorsikal, no plat bukan keutamaan kerana memang tersedia di tempatnya ( 2nd hand) . DQ 8148 adalah no plat pertama yang kumiliki, Selepas itu, kereta pertamaku, nombor plat tidak jadi sebab utama, cuma ingin mendapatkan abjad sahaja, maka KBE920 lah jadi nombornya. Ketika itu 3 digit nampak kemas.

Selepas itu, kembali ke kereta 2nd hand, PCV673 nampak kisah apa nombornya. Bila ingin membeli yang baharu, barulah gabungan tahun lahir dicipta maka DBC7076 dan DCB7076 menjadi trend kami. Motorsikal yang diterima daripada peraduan, kami hanya mengikut running number sahaja iaitu DBA 1564 . Kali ini, ketika melihat senarai nombor di seluruh negara , tiba-tiba terpandang AKK yang mengimbau kenderaan utama kami sejak kecil iaitu sebuah VW berdaftar AK7172 yang telah dijual beberapa tahun lepas, Ketika mula-mula bekerja, anak murid ku menyaniykan lagu khas iaitu , Malaysia kita sudah berjaya, pembangunan sekeliling, ada jentera ada kereta kura-kura, Cikgu Azhan yang punya."

Aku cuba mendapatkan AKK7172 semoga mengimbau kenangan tetapi rupanya telah didaftarkan oleh orang lain, Begitulah kisahnya

Wednesday, June 8, 2016

Pasir Puteh ke KL

Pukul 12 tgh hari kami memulakan perjalanan balik ke KL. Alhamdulillah singgah solat jamak di Pahi. Sempat bertukar driver di Paloh ke Merapoh. Azan maghrib kami sudah di ampang dan menikmati iftar. Sekarang kami singgah solat di Masjid PGA Cheras. Selepas berterawih barulah kami akan menuju rumah. Alhamdulillah

Tuesday, June 7, 2016

Betul ke

Bergerak ke Kota Bharu untuk selesaikan beberapa urusan. Dalam perjalanan singgah di satu kedai 2nd hand Singapore. Tetiba je tayar kempis, kereta yang akan bertukar milik bocor pula tayar. Minggu lepas compressor aircond rosak. Cerita orang kereta ni kalau sebut nak jual akan buat onar. Ontah la.......

Monday, June 6, 2016

Alor Setar ke Pasir Puteh

Selepas sahur dan solat subuh, rasa mengantuk dan tidur hingga pukul 9.00 pagi.
Bersiap untuk teruskan perjalanan bermusafir ke Pasir Puteh. Cuaca sejuk hujan menyebabkan beberapa kereta terbabas di lebuh raya timur barat.
Singgah di tepi sungai tanah merah untuk mencari juadah buka puasa.
Alhamdulillah azan maghrib di Pasir Puteh

Sunday, June 5, 2016

Selamat datang Ramadhan

Telah diisytiharkan 1 Ramadhan jatuh pada 6 Jun 2016. Semasa kita sedang leka dengan kehidupan dunia sejak 1 syawal lepas, kita bersedia untuk kembali ke universiti Ramadhan.

Kesihatan

Terpaksa berjumpa Doktor kerana kesakitan lutut kiri ku belum sembuh. Bengkak di atas lutut menjadikan aku seperti robot. Ya Allah, berikanlah kesembuhan dan ampunilah daku. #dapat berterawih dengan lebih sempurna

Hobi dan pendapatan

Semasa bersarapan di Melaka, kami telah berbincang bagaimana menjadikan kesukaan dan hobi sebagai sumber pendapatan.

Kak Long telah memilih untuk menjadikan fotografi sebagai hobi berpendapatan

Sufia, si adik kami minta pandangan untuk membuka kedai sarapan kanak2. Timbul idea pan cake bintang.

Yang penting, bila makan bersama akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Nampaknya aku perlu cepatkan peningkatan prestasi golf jika aku mahu jadikan hobi sebagai sumber pendapatan.

Saturday, June 4, 2016

Pembaca doa

Perhimpunan bulanan IPPM. Ustaz bertugas di luar. Apabila diminta untuk membantu, bantulah kerana suatu hari mungkin ada hari kita untuk meminta tolong.

Menulis kembali

Alhamdulillah dikejutkan kembali untuk menulis. Dalam perjalanan dari Melaka ke Kedah.

Dari Melaka ke Kedah
Singgah makan di Gurun
Aku kini kembali sudah
Akan ku tulis bersusun susun