Monday, September 23, 2013

PhD1

Bermula dengan pendaftran di UPSI dan sekarang dah tak tahu macam mana nak mula? Dah dapat nama penyelia utama iaitu Prof Madya Md Amin Md Taff. Bagaimana ya? Langkah pertama ialah mencari nama penyelia di facebook, media sosial yang mudah dijangka akan menemui empunya nama. Yes, terpampang nama beliau dan aktiviti kayak. Itulah minatnya kot. Terus add as a friend. Alhamdulilah diterima sebagai rakan baru. Tapi itu belum cukup. Hari ini aku dapatkan no telefon dalam facebook account beliau dan hantar sms. Aku nyatakan dan maklumkan tentang hubungan kami berdua. Dia ucapkan tahniah dan selamat datang ke UPSI.

Aku mohon untuk mengaturkan pertemuan pada minggu depan. Harap segala akan berjalan dengan lancar.

Thursday, September 19, 2013

Sekitar kisah di UPSI

Alhamdulillah! Sepatah kata hebat untuk menggambarkan perasaan setelah mendaftarkan diri sebagai pelajar (sekali lagi). Segala urusan pendaftaran berlaku begitu cepat kerana persiapan telah dibuat dengan sebaik mungkin sebelumnya. Itulah kehebatan 'well-prepared'. Semua dilakukan dengan cepat, tangkas dan sempurna. Apa yang masih kurang? Yang pertama apabila DR di UPSI mencatatkan obese di borang maklumat kesihatan. Ya Allah ! Sesuatu perlu dilakukan. Angka 31 pada BMI bukan sesuatu yang disenangi.

Langkah yang perlu diambil adalah kembali mengayuh mountain bike kat rumah. Bila nak mula? Juga menjadi persoalan........

Seramai 500 ++ pelajar pasca siswazah melaporkan diri dengan ura-ura penambahbaikan terhadap program sarjana dan doktor falsafah. Yang pertama ialah program kertas projek mod c akan digantikan dengan ujian komprehensif yang memerlukan kelulusan markah 65%. Yang kedua, program turn it on yang melibatkan peratus kesamaan ayat untuk mengelakkan plagiarisme.

Senarai pelajar untuk fakulti FSSK juga dipaparkan di depan dewan SITC. Semuanya hadir dan bermulalah segala cabaran dan peluang yang perlu dikenal pasti dan diambil tindakan. Semoga dipermudahkan semuanya.

Selepas rehat maka bermulalah sesi suai kenal fakulti. Satu-persatu rakan rakan memperkenalkan diri kepada para pensyarah UPSI. Antara yang ku kenali ialah Dr Nelfianty, Dr Jeffery dan 2 nama yang tidak kelihatan iaitu rakan sekelas PJ Optimis iaitu Dr Norshilawati dan Dr Lee Ai Choo.





Siapa menjadi penyelia dikatakan penting untuk menentukan lulus /gagal seseorang pelajar pasca siswazah. Tertera nama Prof Madya Dr Md Amin Md Taff sebagai penyelia. Terus kubelikan 2 buah buku pendidikan luar yang ditulis beliau untuk mengenali siapa beliau dan bidang yang diminatti. Alhamdulillah beliau juga telah ku add kan sebagai kawan muka buku. Begitu juga Dr Norkhalid ( Tahniah kerana baru dikurniakan PhD). Beliau akan menjadi penyelia pembantu.

Itulah sebahagian kisah ku di UPSI semalam.

Wednesday, September 18, 2013

Perjalanan ini

Salam semua. Dah lama saya tidak berkongsi dengan pembaca blog ini. Mulai hari ini sayaakan berbicara tentang perjalanan yang bermula hari ini. Alhamdulillah saya sedangemdaftar di upsi untuk program ijazah doktor falsafah di fakulti sains sukan dan kejurulatihan. Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri tersayang Azura Abdul Raof yang memberikan sokongan kepada perjalanan ini.

Wednesday, February 6, 2013

Motorsikalku

Bila anda mula mempunyai motorsikal sendiri ? Kisah aku dan motorsikal bermula pada tahun 1989. Motorsikal pertamaku adalah sebuah motorsikal Yamaha RXZ 135cc. Beli yang second-hand ketika sedang belajar di Penang. Sejarahnya bermula setelah kemalangan semasa membonceng bersama sedara di Padang Kota malam raya haji. Setelah sembuh dan menyambung balik belajar maka takdirnya bapaku bersetuju untuk membelikan sebuah motorsikal. Harga sekitar RM3400 dan itulah motorsikal yang digunakan untuk berulang-alik dari Kelantan dan Penang.

Setelah ditugaskan di Sarawak, maka RXZ tadi ditinggalkan di kampung. Adik ipar pula menyambung tugas menjaga motorku. Aku jauh di Belaga yang mana pada masa itu kebanyakan rakan yang bertugas di sana mempunyai basikal untuk bergerak, maklumlah keperluan untuk menggunakan motorsikal belum begitu terdesak. Bila ada seorang kawan yang membawa motorsikalnya, maka hati ini juga ingin memiliki sebuah motorsikal juga. Ke Pekan Sibu aku mendapatkan motorsikal kedua iaitu Yamaha SS2 warna merah dengan no platnya QSC 4096. Itulah yang digunakan sepanjang tahun 1998 hingga 2002. Selepas itu, motorsikal tersebut dijual kepada rakan yang baru ditugaskan ke situ setelah aku balik ke semenanjung. Bukan niat untuk dijual tetapi kerana beliau beria-ia untuk membelinya kerana pada masa itu ia belum diposkan lagi.

Sekitar tahun 2005, ketika sentiasa berurusan dengan Puspakom, aku telah menyertai peraduan SMS cogan kata yang dianjurkan oleh PUSPAKOM. Alhamdulillah! Aku telah menang dan mendapat tempat kedua dengan sloganku. Sebuah motorsikal Modenas Kristar 110 cc telah berjaya dimiliki secara percuma. Platnya DBA 1564 kalau tak silap. Cuma sempat dipakai beberapa bulan sebelum dipinjamkan kepada adik ipar yang sedang belajar di UPM. Selepas itu, ketika sedang gila dengan hobi berbasikal, motorsikal itu juga dijual kepada seorang lagi adik ipar untuk mendapatkan sebuah road bike Fuji.

Berbalik kepada kisah RXZ, oleh kerana dah lama tidak dinaiki dan menjadi pameran di belakang rumah, maka RXZ yang bernombor plat DQ 8148 ( cina penang sebut DQ Pay It Si Pei) juga dijual kepada bekas anak murid dengn harga RM800.

Kini, 2013, aku memiliki motorsikal ke4 , yang baru dibeli pada Januari lalu. Sebuah jentera 250cc yang dipasangkan di Bukit Beruntung. Hasil teknologi Benelli dari Italy yang digabungkan dengan Keeway. Pengalaman dengan Dorado 250 ini akan aku kongsikan dalam blog lain. RM12000 dan kini aku kembali menjadi mat motor.