Dah lama tidak menulis sehingga ditegur oleh beberapa rakan. Apa masalah untuk terus menulis sebagai satu kaedah untuk mempertajamkan fikiran sehingga dapat bertindak dengan lebih spontan. Hari ini sepatutnya menjadi lebih baik daripada semalam namun banyak cabaran yang perlu dihadapi. Dalam kehidupan, sesuatu yang baru dilakukan akan melibatkan banyak peranan dari segi kognitif. Kita perlu sentiasa berfikir sebelum bertindak kerana memang sifat baharunya begitu. Sebagai pensyarah baharu juga tidak lepas daripada keadaan yang sama. Esok akan bermula tugas sebagai pensyarah atau 'trainer'. Perasaan bercampur baur antara yakin dan tidak pasti. Understudy telah dbuat sedikit membantu persediaan untuk masuk kelas. Namun aku tidak keseorangan kerana sejak diperkenalkan konsep team teaching akan mengurangkan kegusaran. Menjadi guru, penngajaran mereka dinilai pada anak murid tetapi di sini anak murid yang menilai guru. Aku akan mencuba sebaik mungkin
2 comments:
pak war
menulis blog ni dapat refresh memori
bila dah lama tak menulis blog rasa macam hilang setiap bit memori... sedang usaha cari masa sesuai untuk tulis blog..
tahniah! walaupun lewat diucapkan. semoga menjadi pensyarah yang terbaik dan cemerlang
Post a Comment