sebuah sekolah kebangsaan meletakkan kata-kata berikut di sebuah dindingnya, " Menuntut ilmu ketika muda ibarat melakar di batu, menuntut ilmu ketika dewasa ibarat melukis di air" Terkedu memikirkan apakah ilmu yang kita lakarkan di batu semasa kecil membawa kepada dewasa kini. Bermula dengan tadika dan seterusnya sekolah rendah hingga akhirnya di sekolah menengah kita melakar di batu namun sedikit sahaja yang membawa manfaat kepada orang lain. Kita belajar subjek akademik demi mengejar cita-cita. Dengan kerjaya yang baik kita membina kehidupan namun sedikit sahaja dikongsi dengan orang lain. Kita mempunyai wang yang lebih, dihabiskannya untuk hobi yang sedikitpun tidak memberikan manfaat kepada orang lain. Kita memandu kereta seorang diri, tidak terlintas pun di hati untuk menumpangkan orang lain. Alangkah kerdilnya kita dengan ilmu yang ada dalam diri kita.
Apabila dewasa, kita mula mencari ilmu tapi berbeza. Kita terbongkok-bongkok belajar tapi kita tidak mampu mengubah kehidupan orang di bawah jagaan kita. Kita sudah memilih ilmu ukhrawi berbanding duniawi tapi sekadar pengetahuan semata-mata. Kemana ilmu itu, rupanya ia sudah dibawa arus air kerana kita melukis di air. Mana lakaran ilmu di batu yang kita buat semasa kecil ? Ia masih ada cuma ia umpama grafiti yang nampak cantik tapi tidak memberi manfaat kepada orang lain. Bagaimana ilmu yang memberi manfaat ? Ilmu dan amal, Sampaikan walaupun sebaris ayat. Insyaallah !

No comments:
Post a Comment