Friday, September 16, 2011

jANGGALNYA AKU SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA

Malam tadi kali pertama mendengar ucapan sempena Hari Malaysia yang di sambut kali pertama oleh Kerajaan dan kali kedua oleh Pakatan Rakyat. Setelah PM membuat pengumuman tentang pemansuhan ISA, akta buang negeri dan pelbagai akta yang lain, lalu aku teringin untuk membuat komen namun hampa. Rupanya aku hanya tahu begitu sedikit tentang akta akta tersebut dan tidak cukup untuk dibuat sebarang komen. Aku teringat kata seorang ustaz yang belajar di Indonesia. Pensyarah beliau bertanya tentang jarak antara makam Ibrahim dan Kaabah dan apabila beliau tidak dapat menjawabnya, maka kata pensyarah tersebut, alangkah lekenhya umat silam hari ini tidak teliti dalam hal agama.
Berbalik pula kepada kisah akta-akta ini, jika kita tidak mencari maka kita tidak akan mengetahui, maka Iqra' sebagai ayat pertama turunnya Alquran adalah lambang pentingnya membaca dalam kalangan umat islam. Ayuh ! Mari kita membaca

Tuesday, September 6, 2011

Bicara ilmu

sebuah sekolah kebangsaan meletakkan kata-kata berikut di sebuah dindingnya, " Menuntut ilmu ketika muda ibarat melakar di batu, menuntut ilmu ketika dewasa ibarat melukis di air" Terkedu memikirkan apakah ilmu yang kita lakarkan di batu semasa kecil membawa kepada dewasa kini. Bermula dengan tadika dan seterusnya sekolah rendah hingga akhirnya di sekolah menengah kita melakar di batu namun sedikit sahaja yang membawa manfaat kepada orang lain. Kita belajar subjek akademik demi mengejar cita-cita. Dengan kerjaya yang baik kita membina kehidupan namun sedikit sahaja dikongsi dengan orang lain. Kita mempunyai wang yang lebih, dihabiskannya untuk hobi yang sedikitpun tidak memberikan manfaat kepada orang lain. Kita memandu kereta seorang diri, tidak terlintas pun di hati untuk menumpangkan orang lain. Alangkah kerdilnya kita dengan ilmu yang ada dalam diri kita.
Apabila dewasa, kita mula mencari ilmu tapi berbeza. Kita terbongkok-bongkok belajar tapi kita tidak mampu mengubah kehidupan orang di bawah jagaan kita. Kita sudah memilih ilmu ukhrawi berbanding duniawi tapi sekadar pengetahuan semata-mata. Kemana ilmu itu, rupanya ia sudah dibawa arus air kerana kita melukis di air. Mana lakaran ilmu di batu yang kita buat semasa kecil ? Ia masih ada cuma ia umpama grafiti yang nampak cantik tapi tidak memberi manfaat kepada orang lain. Bagaimana ilmu yang memberi manfaat ? Ilmu dan amal, Sampaikan walaupun sebaris ayat. Insyaallah !