Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 1 RAMADHAN 1432 HIJRAH

Salam Ramadhan,
Malam ini umat islam mula melangkah ke ambang Ramadhan iaitu bulan beribadat kepada Allah yang menjanjikan balasan yang indah kepada hambanya yang sanggup berlapar dan dahaga sepanjang siang hari semata-mata patuh kepada perintahnya. Allah berfirman di dalam Alquran tentang kewajipan berpuasa dan umat islam menerima kehendak Allah tanpa memikirkan bahawa di sekeliling mereka ada orang bukan islam yang ingin makan di restoran mereka, atau mengambil hati orang bukan islam yang mengajak minum pagi, malah mereka sebaliknya menghormati orang islam yang berpuasa dengan turut meninggalkan makan minum di tempat kerja. Itulah hikmatnya apabila patuh kepada perintah Allah. Pada masa yang sama, Allah juga memerintahkan umat islam untuk menjalankan qisas namun pelbagai alasan digunakan oleh orang islam yang sama. Kenapa ?

Tuesday, July 26, 2011

PAk - Pembelajaran Akses Kendiri

Masuk ke kelas dengan membawa sekeping kertas untuk setiap kumpulan. Mereka masuk ke dlama kumpulan masing-masing dengan satu netbook 1 Malaysia di atas meja. Satu buku koleksi komponen sastera untuk rujukan. Mereka membaca soalan yang diberikan di dalam kertas. Memulakan microsoft power point sambil beberapa ahli membencangkan kemungkinan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan. Di padang, yang boleh dilihat daripada kelas, ada ramai pelajar sedang mengambil bahagian dalam acara roket air minggu sains matematik namun mereka tidak teruja kerana di hadapan mereka adalah satu suasana yang begitu memberikan impak sejak bergelar pelajar sekolah menengah. Netbook yang diterima dapat digunakan di dalam kelas waktu P&P. Tentunya amat menggembirakan mereka kerana teknologi sudah diaplikasikan di dalam kelas mereka sendiri. Setelah siap , mereka mula menyemak dan membuat penambahan dan penambahbaikan terhadap powerpoint tersebut. Cukup masanya, mereka membuka email dan menghantarnya kepada guru yang sedang tersenyum puas kerana dapat memberikan satu suasana pembelajaran yang dingininya dan juga pelajar2 nya.

Sunday, July 17, 2011

Takziah Allahyarhamah Dr Lo' Lo'

Jika anda pernah makan di Kg Baru tentunya akan terlihat pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, yang baru meninggal dunia. Beliau adalah diantara watak penting kebangkitan Muslimah dalam persada politik Islam dan seterusnya menjadi wakil rakyat PAS utnuk Parlimen Titiwangsa. Ramai yang tertanya-tanya mengapa kelibat beliau tidak kelihatan sejak kebelakangan ini. Maka malam ini terjawab lah segala persoalan itu. Semoga ruhnya akan ditempat bersama-sama dengan ruh mereka yang syahid di jalanNya. Amin! Kita yang masih ada harus meneruskan perjuangan yang dilakarkan bersama dengan Allahyarhamah.

Saturday, July 16, 2011

PEMIMPIN BERTEMU RAKYAT

2 malam di hujung minggu menyaksikan beberapa pemimpin PR telah turun padang dan bertemu dengan rakyat dalam ceramah yang diadakan di sekitar sempadan kelantan-terengganu. Baik DSAI, Saifuddin Nasution, Khalid Samad, YB Azan Indera Mahkota dan juga beberapa wakil rakyat tempatan telah menggunakan pentas demokrasi untuk memenangi hati bakal pengundi. Masing-masing dengan cara dan gaya tersendiri dalam memberikan hujah. Tentunya pendengar adalah secara purata adalah 90 % penyokong mereka dan 10 % lagi adalah samada pihak polis, penyokong parti lawan dan sebagainya. Budaya demokrasi yang subur akan membantu membangunkan negara. Cara yang sama juga wajar digunakan oleh BN kerana mereka adalah parti politik yang bukan mutlah pemerintahan mereka di bumi Malaysia ini. Biar lah rakyat kemudiannya membuat pilihan masing-masing.

English In Camp

Saturday is a working day ? I have to be in school as early as 8 o'clock. We have planned to organise the camp for the form 5 students. The students were invited to join the camp. After 9 o'clock, finally we were able to start. They came late to school. We, the teachers were gathered at school by 8.00. I don't know who need this? The students or the teachers. This is the problem in this education system. We are not able to attract them. During the camp, we asked them to act out the play from the literature component. They ran away because our system is exam-oriented. They never used to learn that way except during the camp.

Sunday, July 10, 2011

Salam Ahad

Hari ini ramai yang bercerita tentang perhimpunan BERSIH 2.0 yang berlangsung di Kota raya Kuala Lumpur. Dari Shah Alam kami cuba untuk masuk supaya dapat menyaksikan pertembungan 2 pihak yang kontra , dan tentunya bukan antara KL gangster dan Kongsi tetapi antara 62 NgOs dan Patriot. Sayangnya Perkasa sudah tidak perkasa lagi. Perjalanan sukar menyebabkan impian untuk bersama menjadi penonton tidak kesampaian. Namun begitu, laporan tentang pergerakan himpunan sentiasa diperolehi melalui twitter dan blog. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan info terkini.
Tiada siapa yang sukakan suasana kecoh namun apa yang perlu adalah keikhlasan semua pihak dalam merealisasikan kemajuan negara secara tersusun dan adil. Bukan semua orang mahu jadi pemimpin dan setiap pemimpin akan dipersoalkan tentang kepimpinannya.  Tugas pemimpin yang utama ialah membawa pengikutnya ke arah keredhaan Allah dan memimpin mereka bersama-sama ke syurga yang kekal abadi. Jika tidak, pemimpin juga akan diseret ke neraka bersama-sama pengikuit masing-masing.
Tentang kisah semalam, adakah setiap pemimpin samada yang menganjurkan atau yang bertahan menjalankan tugas kepimpinan untuk keredhaan Allah ? Jika benar maka setiap gerak kerja mereka adalah nikmat yang besar suatu hari nanti.
Yang kita inginkan adalah negara akan terus diredhai dan menghasilkan lebih ramai ulama' yang akan memainkan peranan menjadikan kita lebih beriman kerana hanya yang beriman akan beruntung di akhirat nanti.

Wednesday, July 6, 2011

Kelantan - Juara Liga Super 2011

Menjadi peminat bola sepak kelantan sejak tahun 1970-an, sejak zaman hamid ramly, kamaruddin mohd nor, disambung dengan anizan daud dan wan azila yang merancang untuk penyudahan hashim mustapha. Itulah rentetan sokongan untuk skuad kijang sehingga akhirnya aku merajuk untuk ke stadium kerana tidak tahan dengan sikap tidak berdisiplin sesetengah peminat. Hari ini Kelantan melakar sejarah dan hashim juga menjadi sebahagian daripada skuad yang melakar sejarah itu. TAHNIAH untuk Kelantan. 

Friday, July 1, 2011

JKKK vs JKKP

Usop merenung langit malam menjelang hari Sabtu 2 Julai 2011. Entah mengapa perasaan beliau kuran tenteram. Cuaca dingin di tengah malam tidak menjadi irama malah bagaikan gelora yang melanda di musim tengkujuh. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran. "Patutkan aku pergi?" dia bermonolog. " Ayah kena pergi!" Tegas nada anaknya menyuruh beliau untuk hadir ke majlis tersebut. Teringat beliau akan luahan anak manjanya yang tidak mendapat netbook yang diberikan kepada sebahagian pelajar baru-baru ini. "Ayah, inilah peluang saya kerana cikgu dah cadangakan nama saya", kata anaknya. Usop tahu bahawa inilah peluang untuk anaknya merasakan kehebatan teknologi masa kini. Bukannya satu kesalahan untuk anaknya menikmati ehsan yang diberikan. Lagipun, denagn adanya netbook, tentu saja beliau akan cepat mendapat maklumat tentang Bersih 2.0. Tidak payah ke kedai kopi untuk mendengar berita daripada rakan taulan. Cuma satu yang bermain di fikiran Usop. " Siapa akan tandatangan pengesahan  borang permohonan nanti?'.

BERSIH 2.0

Perkara ini menjawab sebahagian daripada persoalan mengapa perlunya BERSIH 2.0

http://milosuam.blogspot.com/2011/07/rumah-kecil-dengan-88-orang-pengundi.html