Sudah dua hari hujan turun tidak berhenti-henti....
Kepanasan di Hulu Selangor juga telah berkurangan....
Ramai yang telah silap jangkaan...
Program diatur sedemikian rupa...
dek keyakinan bahawa panas akan sampai ke petang
rupanya hujan di tengahari........
akhirnya semua tidak menjadi
Latihan kawad menjadi kawaq
Latihan berlari senyap sunyi
tiada kedengaran langkah kaki
yang dilihat saban hari.....
Itulah peristiwa di siang hari
ketika hujan mencurah bumi
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Monday, April 26, 2010
Sunday, April 25, 2010
Hujan
Aku tak kecewa walaupun mereka tidak dapat berlatih.. hujan turun sejak malam tadi membawa ke petang. Gelap cuaca sekitar dalam lingkungan 25 km persegi. Sudah lama hujan tidak turun sejak beberapa minggu. Ramai yang memerlukan hujan ini untuk tanaman mereka.. oleh itu, biarlah
Friday, April 23, 2010
Hoki
Kejohanan Hoki MSSM Kelantan sedang berlangsung di Kota Bharu. 2 hari berturut-turut membawa pemain bawah 18 tahun lelaki ke kejohanan sejak dari tahun 2002. Tiada kejutan besar berlaku dan membayangkan masa depan yang masih malap bagi pasukan daerah. Apa puncanya tidak begitu menghairankan. Daerah lain dengan bakat U12 yang membantu membina pasukan U18 yang mantap. Kami belum mampu.....
Wednesday, April 21, 2010
KOT kali ke 34
Berlangsung sejak semalam, Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke34 merupakan program utama kokurikulum sekolah. Dengan latihan rumah sukan, persiapan unit beruniform dan kursus pembantu pegawai menjadikan program ini kelihatan lengkap dan melengkapi kehendak kurikulum kebangsaan. Ada yang berperanan sebagai JK setiap unit, ada yang menjadi atlit, ada yang belajar menjadi usahawan dan semua ini boleh didapati melalui KOT. Foto di bawah menceritakan semuanya
Pasukan Unit Beruniform membawa bendera kejohanan yang memerlukan kemahiran dan kerjasama. Jika dibiarkan kejohanan sukan tanpa upacara begini maka sukarlah untuk kita perkembangkan bakat-bakat yang ada pada mereka
Kreativiti tidak mengira peringkat umur, jangan dihalang mereka daripada meluahkannya. Ianya tiada di dalam bilik darjah yang berorientasikan peperiksaan.
Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat, ruang untuk mereka belajar bertoleransi boleh dipupuk di atas padang. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
kiri kanan kiri kanan, nanti malam sakit belakang, semangat tidak boleh dijual beli
Ini bukan peringkat MSSK, cuma sebuah sekolah biasa, pelajar biasa cuma bersemangat luar biasa
PIBG berperanan dalam menentukan hala tuju sekolah, jangan menyibuk tetapi cakna......
BPG jangan lupa tips mencari bakal guru, kalau takder rupa camni, jangan layan...

Monday, April 19, 2010
Aku masih di sini.....
Selepas berminggu-minggu melatih skuad bola tampar, hari ini masuk hari kedua skuad bola baling ditubuhkan untuk menghadapi kejohanan peringkat daerah. Kali ini giliran pelajar perempuan. Kepuasan tak terhingga apabila pengalaman pembelajaran dapat dikongsi kepada pelajar yang masih mentah walaupun berpengalaman dalam hal-hal lain. Meninggalkan sekolah bermakna meninggalkan kerja-kerja membangunkan manusia remaja. Meninggalkan sekolah juga bermakna tiada lagi laungan, gurauan, hilai tawa, nasihat, marah dan semua elemen emosi di waktu petang bermula jam 5. Meninggalkan sekolah bermaksud meninggalkan bunyi-bunyi salam dari mereka yang bersedia nun sejauh 30 meter di depan dek takutnya tersilap sebutan.
Lantaran itu, adakah aku bersedia untuk melupakan semua ini ..... setelah berbelas tahun bersamanya? Jika tidak, aku harus memilih untuk tinggal di situ kerana jiwa ku sudah melekat buat sementara waktu ini.

Friday, April 16, 2010
Kem Kepimpinan Pengawas
Kem Kepimpinan Pengawas di Aura Training Centre, Kg Kandis Bachok. Seramai 160 orang pengawas sekolah menghadiri kem tersebut yang bermula 15-17 April 2010. Aku ditugaskan sebagai JK Publisiti dan bertugas malam ini bermula pukul 11 mlm hingga 8 pagi besok. Pagi tadi dah usha lokasi, nampak ok tempatnya kerana kenderaan tidak boleh masuk disebabkan oleh ada sebuah sungai. Semoga pengisian kem ini mampu memberikan pengalaman berharga kepada anak didik.
Thursday, April 15, 2010
Kehendak kurikulum kebangsaan
Minggu ini penuh dengan aktiviti yang melambangkan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dimulakan dengan lawatan ketua unit pencegahan dadah JPN dengan idea pengukuhan jati diri. Kemudian disusuli dengan perjumpaan ibubapa pelajar tingkatan 3 untuk membincangkan prestasi anak-anak mereka. Dua hari di padang untuk kejohanan bola tampar dan hari ini diadakan pula kem bestari solat. Di hujung minggu bermula ptg tadi pula dianjurkan kem kepimpinan pengawas di sebuah pusat latihan. Jika kita nilai dari sudut exam oriented maka sekolah dianggap menggunakan hanya 20% masa akademik pelajar. Jika mengambil kira kurikulum kebangsaan maka 100% harus diberikan kepada sekolah di atas tindakan mereka.
Monday, April 12, 2010
Lawatan dan Urine Test
Hari ini kami dikejutkan dengan lawatan pihak jabatan - Unit Pencegahan Dadah. Bersemangat Ketuanya memberikan ceramah berkaitan dengan penggunaan dadah dan yang berkaitan. Asasnya adalah pada kekuatan pegangan agama dan siapa di samping kita. Kita bersama penjual etok, maka masinnya akan terasa di mulut, kita bersama tok seh permata, jari-jari dipenuhi cincin. Banyak kes-kes melibatkan pelajar sekolah telah dihuraikan satu persatu dan yang terkini ialah trend pemakaian cinci di ibu jari yang menurut beliau turut dipakai oleh Wanita dan Puteri UMNO; apa maksudnya itu? " Saya suka seks luar tabie".
50 orang pelajar turut dibuat urine test, dan biarlah rahsia.
50 orang pelajar turut dibuat urine test, dan biarlah rahsia.
Saturday, April 10, 2010
PAsukan Bola Tampar
Kejohanan bola tampar MSSD akan berlangsung pada hari Rabu, aku memulakan latihan sejak Januari dengan sebuah pasukan yang baru. Sejak berada di situ, guru-guru telah memberitahu bahawa team terakhir yang dilahirkan melalui program SK Berangan telah habis produk.
Bagaimana aku harus mulakan; pelajar tingkatan 5 yang aku ajar, aku telah mengenal pasti beberapa org yang lebih tinggi drp aku 5 ka 7 in. Setelah itu, ada bbrp pelajar lain yg mempunyai ketinggian dijemput untuk turun ke gelanggang. Akhirnya aku mempunyai 5 orang pemain tinggi lampai yang tidak mempunyai kemahiran asas bola tampar kecuali mereka pernah menyertai latihan pasukan sekolah ttp tidak pernah terpilih untuk mewakili sekolah. Itupun seorang dua daripada mereka. Insyallah, selepas 2 bulan berlatih 3/4 kali seminggu, mereka akan masuk gelanggang. Semoga berjaya

Thursday, April 8, 2010
Janji Menteri
Apa ganjaran yang bakal diperolwhi sekolah kami dengan menjadi sekolah cemerlang (89%) berdasarkan penarafan kendiri. Adakah 10 bulan gaji atau sekeping surat tahniah pada hujung tahun ini berdasarkan apa yang diberitahu oleh TPM.
Monday, April 5, 2010
Sejarah adalah peristiwa benar bla bla bla, salin nota
Mesyuarat kurikulum kali kedua telah diadakan pada hari ini. Motif utama adalah membincangkan analisa peperiksaan pertengahan penggal pertama. Utk menengah rendah, kebanyakan pelajar > 70% gagal subjek BI dan Sejarah.
Mengapa mereka gagal Sejarah sedangkan masalah BI adalah biasa bagi sebuah sekolah harian di negeri ini. Saya cuba melihat kembali ke zaman persekolahan dulu, rupanya subjek sejarah hanyalah elektif yang berkongsi dengan geografi. Kami dipaksa memilih geografi maka sukar untuk menjadikan pengalaman sebagai bahan perbincangan.
Sejarah dianggap subjek membosankan. Guru sejarah dikatakan membaca nota di dalam kelas, menyalin dan menyuruh pelajar menulis di dalam buku nota. Perkara yang paling membosankan..... dictation????
Semasa di Sarawak dulu, ada seorang member mengajar sejarah dengan mencipta lirik berkaitan, saya pernah menjadi penulis lirik salah sebuah tajuk di tingkatan 4. Beliau akan memainkan gitar kapok sambil mendendangkan melodi lagu spring, spoon , scoin dan apa sahaja kegemaran pelajar di era tersebut. Pengetua menyelia dan nampak kurang bersetuju.
Sejarah dan nota harus dipisahkan jika kita mahu anak muda sekarang menilai sejarah sebagai subjek penting kepada masa depan mereka sendiri. Sejarah harus menjadi subjek yang penuh pengajaran bukannya sekadar mengingati peristiwa. Jauhkan peperiksaan daripada subjek ini kecuali melalui kerja-kerja hands on yang membantu mereka mengenali sejarah orang tua mereka yang boleh dicontohi.
AAAAAAAAh!

Sunday, April 4, 2010
Al kisah laporan berita
Kanak-Kanak Lapan Tahun Mati Lemas Di Pantai Irama
BACHOK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati lemas ketika mandi bersama tiga lagi adik-beradik lelakinya di Pantai Irama di sini kira-kira pukul 6 petang tadi.Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Left Mohd Nasir Dollah berkata mangsa, Mohd Shahrul Ilham Mohd Zamri, dari Kampung Jambu Merah, Melor dekat Kota Baharu, dikatakan mandi di pantai tersebut bersama adik-beradiknya ketika kedua ibu bapanya sibuk menyediakan persiapan untuk berniaga di pasar malam berhampiran.
tak sangka member sekolah menjadi peniaga pasar malam, betul ke berita?
Saturday, April 3, 2010
Tiba-tiba terfikir
Semasa waktu zohor, aku telah ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Aku tertinggal satu rakaat (masbuk). Apabila imam memberi salam, aku bersama beberapa jemaah lain bangun untuk menghabiskan rakaat masing-masing. Imam berwirid secara perlahan namun masuk ke dalam telinga dan menjadi halwa telinga.
Setelah solat, aku terfikir, tidakkah wirid itu tadi adalah gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat ?
Setelah solat, aku terfikir, tidakkah wirid itu tadi adalah gangguan kepada jemaah lain yang sedang bersolat ?
Thursday, April 1, 2010
Sakit Belakang Lutut
Kelmarin aku mengayuh Fuji Newest 2.0 untuk latihan bola tampar. Dalam perjalanan balik aku dapat merasakan kesakitan di bahagian belakang lutut. Apsal pulak ni? Pagi tadi, aku tidak dapat mengayuh melebihi 10 km/j dek kesakitan pada belakang lutut. Aku cuba mencari punca dan mengagak bahawa saddle terlalu tinggi kerana kaki terlalu lurus semasa mengayuh. Akhirnya aku terjumpa jawapan di internet
- Mountain bikers may want the saddle slightly lower, especially if they ride a lot of difficult terrain.
- Knee pain in the front of your knee can often mean your saddle is too low. Knee pain in the back of your knee can often mean your saddle is too high.
- As you get in better shape, you may find yourself raising your saddle a bit.
- Always wear a helmet when riding a bike.
Subscribe to:
Posts (Atom)