Tuesday, February 23, 2010

Sukan Tarak 2010

Apabila TPM umum pelajar wajib menyertai satu sukan setiap orang maka pelbagai wajah dengan pelbagai reaksi muncul menyahut perkhabaran. Aku selalu ditakdirkan berada di sekolah yang mana aktiviti ko tidak begitu jelas seperti pemakaian seragam pada hari rabu, aktiviti persatuan yang lembab dan sebagainya.
Apabila tidak mempunyai hubungan langsung dengan unit sukan sekolah maka makin terasa bahawa sukan seolah-olah tidak diperlukan lagi. Jika slogan  sukan elit dan sukan untuk semua adalah untuk sekolah maka sepatutnya sukan tara yang dijalankan akan dinanti-nantikan oleh pelajar. Mengapa tidak begitu ?
Yang pertama, tekanan  akademik telah meragut nyawa sukan secara borong; bayangkan balik sekolah pukul 3 dan 3.30 adalah waktu sukan tara, adakah tenaga mental masih dipunyai oleh anak-anak kita untuk kekal di sekolah.
Yang kedua, PJ tidak dijalankan dengan baik, menjadikan mereka tidak dapat mengaitkan antara aktiviti sukan tara dan kemahiran dalam akademik.

Yang ketiga, guru yang hadir juga tidak dengan hati tetapi hanya dengan kaki. Mana nak sampai perasaan positif kepada anak murid.

Apa yang jadi hanyalah perubahan daripada suka tara kepada sukan tarak

3 comments:

Jubah hitam said...

Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah menjahanamkan sistem pendidikan secara keseluruhannya.

Naser & Yati said...

Demo boleh buat kajian tindakan tu bro...tarak=tara!

Nana Tanjung said...

Cuba lihat penganjuran sukan di SMKTM 2, sekolah adik Pak War. Macama mana mereka menganjurkan sukan di sekolah mereka. Nana yang lalu tepi pagar sekolah itu setiap pagipun terasa auranya. Mungkin PK Ko di sekolah Pak War boleh buat lawatan dan bertukar-tukar fikiran dengan mereka.