Monday, February 1, 2010

kEBINGUNGAN.........

Bagaimana perasaan anda sebagai ibu bapa apabila anak anda balik ke rumah selepas latihan sukan di sekolah dan berkata 'rugi 4 ringgit tambang pergi balik, cikgu ambil kedatangan dan tidak ada aktiviti dilakukan'. Inilah senario yang boleh didengar di sekolah. Ruginya masa dan wang mereka untuk datang pada waktu petang namun guru mensia-siakan kehadiran mereka tanpa ada perancangan. Semakin keliru dengan guru di sekolah dan termasuk para pentadbir. 'Core business' di sekolah adalah kurikulum namun apa jadi dengan proses membentuk insan yang berketerampilan dari segi jasmani, emosi dan rohani. Adakah waku petang adalah haram untuk bekerja ? Adakah kegiatan luar adalah dosa kerana bukannya tuntutan fardu ain atau kifayah ? Aku sudah kebingungan..............

4 comments:

AMANDA AZURA said...

Jangan kata rugi RM 4 untuk aktiviti ko, kelas pun pelajar saya cakap cikgu tak mengajar. Saya pun 2 kali bingung...

Naser & Yati said...

panas bro...kan cikgu ibarat lilin...sifat lilin tak leh panas...cair!..hehehheh..sabo je le.

Yati Wahab said...

kesian cikgu2...mana halal sumber rezeki jika gaji dapat kerja tak mahu...

jika begini sikap cikgu...rosak masa depan negara...jangan terkejut jika satu hari anak cikgu pun cakap gitu juga..balik complain cikgu tak ngajar...ish...ish

Nana Tanjung said...

Sebenarnya perkara sebegini mengundang bala Tuhan. Ramai orang tidak sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Lebih malang lagi apa yang bakal dijawab apabila tiba hari "pengadilan" yang sebenar.Berdoalah semoga kita semua diberi petunjuk dan kesabaran dalam melaksanakan amanah yang diberi.