Semasa pelajar dan guru-guru lain berada di Majlis perhimpunan, kami berada di sebuah bilik untuk menetapkan kerja bagi kecemerlangan Pmr. Sasaran 64.3 % adalah merupakan satu impian besar bagi sekolah yang belum berhajat untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Calon seramai 310 orang pada bilangan hari ini memerlukan seramai 200 orang yang lulus semua matapelajaran. Nama pelajar sudah di tangan, namun TOV menunjukkan sesuatu yang belum pasti. Alasan yang paling tepat ialah pelajar sesi petang di tingkatan 2 pada tahun lepas telah mendapat soalan daripada rakan di sesi pagi. Bleh caya ke TOV ?
Kelas Serambi dirancang selepas kelas selama 1 - 2 jam untuk semua pelajar tingkatan 3 disamping hujung minggu diharap tidak menjadikan mereka dull boys and girls.
When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Sunday, January 31, 2010
Saturday, January 30, 2010
Lim Jooi Soon
Bro Lim Jooi Soon ( Menuju Kejayaan)
Menagmbil peluang mendengar pidato pendakwah bebas, Bro Lim Jooi Soon menjadikan aku hamba yang kerdil. Ketika Bro ini masih sesat, aku telahpun 26 tahun menjadi muslim. Hari ini, setelah 14 tahun memeluk islam, beliau menjadikan dakwah sebagai kerja sepenuh masa dan hujah menggunakan ayat-ayat suci alquran menjadikan diri ini sangat kerdil. Kita rupanya tidka mengambil alih kerja Rasulullah sedangkan Mualaf pula yang meninggalkan kita dalam kerja dakwah. Kita asyik mengambil kehebatan barat sedangkan orang barat yang mendapat hidayah menganggap bangsa mereka sudah jauh di lubuk kesesatan.
Di antara hadirin ialah siswi USM bidang kedoktoran
juga siswa USM
Friday, January 29, 2010
Pidato Royalti YBM Kuli
Mengucapkan tk kpd jk gegar. Mewakili diri sendiri dgn sedar bhw ada yg tidak senang dgn kedtgan beliau.
Gegar sbg 52 sbhg ngo adlah kena dgn masanya. Perhimpunan paling besar stakat ini.
Sblm balik kb, ada d spore, ziarah tuanku. Memaklumkan ttg niat utk ke kb. Tuanku angguk bersetuju.
Dijemput bsama pemangku raja dan meminta dinyatakan kpd rakyat. Tun abdul razak minta beliau selaraskan krn perjanjian british dgn shell adalah selagi ada bulan dan bintang.
Tun salleh abas bersetuju dan dimasukkan dlm undang2. Petronas beli satu saham, dan mampu mengetahui ttg minyak.
Tun rahman yaacob saman pusat. Slps bincang, mereka bersetuju guna utk tambah hasil dan selebihnya dberi kpd negeri.
Formula tun rahman d terima, serah kpd petronas, 5 peratus kpd negeri dan 5 peratus kpd pusat.
Sarawak terima, sabah tolak ttp slps parti berjaya kuasai , mereka terima. Maka kelantan juga dpt 5 peratus.
Jika ada minyak di mana2 luar pantai, maka 5 peratus mesti diberikan royalti.
50an, esso minta cari minyak d kelantan. Masa tu 2 dollar setong, kos cari minyak 7 dollar. Maka, mereka tolak.
Shell, minta cari dgn siam. Masa tu, komunis kuat. Perdana menteri siam kata kws btindih dibagi 2.
Masa sabah dbawah pbs, royalti ttp diberikan.
Masalah ini, krn perjanjian adalah termaktub.
Jika kita tidak hormat perjanjian sesama kita, bagaimana org lain akan percaya.
Petronas jg ada perjanjian dgn negara lain maka perlulah kesedaran semua pihak.
Baru2 ni, ada cdangan lantik pengerusi kaukus minyak utk bincang hasil minyak, ttp mereka tidak yakin.
Byk hasil dpungut kerajaan pusat, kalu kerajaan negeri kontang, mcm mana nk membangun. Lebih baik dkaji semula.
Wang ehsan, kita org kelantan wpun miskin ttp tidak akan meminta sedekah.
Thursday, January 28, 2010
PRU UHTM
Kepada Y.Bhg. Prof.Dato' Dr.Mohd Noh Dalimin
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS
Pejabat Naib Canselor UTHM
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Y.Bhg. Dato'
BAJET JENTERA ASPIRASI SEMPENA PILIHAN RAYA KAMPUS
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan menyalurkan dana kewangan sebanyak RM20,000 kepada jentera penggerak Aspirasi UTHM, bagi memenangkan calon-calon Aspirasi yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kampus pada 28 Januari 2010 ini.
2. Terlebih dahulu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera Aspirasi menguasi kemenangan dalam pilihanraya kampus yang lepas. Kejayaan ini mesti diteruskan bagi memastikan penguasaan politik kampus dikuasai sepenuhnya oleh proksi Barisan Nasional di bawah jentera Aspirasi. 3.
Melalui bantuan dana ini. Badan Perhubungan UMNO Negeri berharap agar gerak kerja diperingkat jentera menjadi lebih lancar dan teratur bagi memastikan calon-calon Aspirasi mendapat kemenangan dalam apa jua keadaan sekalipun.
4. Kerjasama dan tindakan dari pihak Dato' amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
YB Dato' haji Abdul Ghani Othman
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Tuesday, January 26, 2010
Aktiviti hari ini 2.00-5.30 ptg
Mesyuarat post-mortem PMR.
Tuan PPD dan rombongan bersama pengetua sedang mendengar laporan yang dibentangkan oleh Setiausaha PMR sekolah. Saya sebagai biasa menjadi pengerusi. Blehlah menyampuk sebelum menyerahkan mic kepada setiap pegawai. Saya bercakap ttg fungsi fungsional guru cemerlang di sekolah lain untuk membantu kamiiiiiii
Hebat!
Itulah komen daripada pegawai ttg kefahaman tinggi beliau semasa membuat pembentangan. Kami juga penat kerana terpaksa mengubah headcount sehingga saat akhir. Sempat juga memanggil guru untuk taklimat dan raptai hehehehe
Inilah Pakatan Kita, Pakatan Rakyat sekolah
Monday, January 25, 2010
Post-mortem
I just came back from school. we were busy today because we are going to have a post-mortem forour PMR result tomorrow. A few officers s our stakeholders will be coming because we were under par. I am feeling grateful to have them coming and to say something becaus we knew that we did not perform as professionals the whole year in 2009. The students' attendance were so bad that almost 400 were absent for more than 30 days. We left many slow learners but hoping for them to excel. Tomorrow will be the judgement day and we are ready to lend them our ears
Friday, January 22, 2010
Menanti jawapan dari Acheh
Pemakaian mereka kelihatan masih sopan berbanding anak gadis di negara kita. Begitulah hebatnya Islam menjaga keharmonian dan yang penting menghalang manusia membuat dosa. Dosa tanpa ampunan bermaksud api yang menyala-nyala. Tugas siapa untuk menghalang manusia membuat dosa ? Kita tidak nampak malaikat untuk menyalahkan mereka dengan dosa-dosa kita. Jawapannya adalah kita sendiri. Amar ma'aruf nahi munkar adalah tugas manusia sebagai khalifah Allah. Siapa kita ? Ia bermula dengan pemimpin. Mereka diberi kuasa oleh Allah untuk memimpin. Mulakan dengan memimpin diri sendiri, anak isteri, masyarakat dan sebagainya. Jika mereka tidak melakukan amanah ini maka ceritanya berpanjangan hingga kepada siapa yang memilih mereka sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya orang Acheh ada jawapannya.
Wednesday, January 20, 2010
Lewat!!!
Sudah 2 hari berkursus komponen sastera BI tingkatan 1. Perubahan dirasakan dari segi pemilihan bahan untuk tingkatan satu dengan pelbagai kaedah pengajaran. Semuanya kelihatan lebih mudah dan seronok. Ajehe memerhati guru-guru yang hadir. Mereka nampak komited dengan apa yang diberikan. Dari segi masa, hari ini 1/2 datang lewat melebihi 15 minit. Apa yang nampak pada zahir tidak kekal. Kehadiran adalah persepsi manusia yang menanti. Anda lewat 15 minit menunjukkan nilai diri anda ?
Friday, January 15, 2010
Pasir Puteh - PutraJaya
Perjalanan ke Putra Jaya dengan persinggahan di Slim River dan Tanjung Malim sejauh 600 km.
Cerita 1
Singgah solat Jumaat di Sungai Siput selepas memikirkan masjid yang sesuai untuk mendengar khutbah. Tiada tanda-tanda masjid yang dikehendaki sepanjang jalan daripada lenggong ke kuala kangsar. Tersilap jalan di KK dan akhirnya tiba di sungai siput. Tiada pilihan lain, masa dah tiba untuk berhenti. Allah Maha Besar. Mencari khutbah menarik tetapi yang dijumpai adalah khutbah tamil di masjid india muslim sungai siput. Itulah takdir!
Cerita 2
Di Tanjung Malim, kawasan DUN Behrang. Wakil rakyatnya lompat. Bekas Posmen di mana ada 3 Jamal di pejabat pos yang sama. Dikenali dengan Jamal Keling. Pengundi bosan dengan wakil rakyat lama maka diundinya calon baru tapi hampeh. Ada yang meluat dengan keadaan ini namun berjanji akan meminta kuota Behrang untuk PAS.
Cerita 3
Ibu bapa bosan apabila anak-anak di asrama penuh dipaksa balik setiap minggu. Apa ke jadahnya semua ini.
Cerita 4
Putrajaya penuh dengan lampu tetapi tiada pengguna di jalan raya. Apa nak dikato
Cerita 1
Singgah solat Jumaat di Sungai Siput selepas memikirkan masjid yang sesuai untuk mendengar khutbah. Tiada tanda-tanda masjid yang dikehendaki sepanjang jalan daripada lenggong ke kuala kangsar. Tersilap jalan di KK dan akhirnya tiba di sungai siput. Tiada pilihan lain, masa dah tiba untuk berhenti. Allah Maha Besar. Mencari khutbah menarik tetapi yang dijumpai adalah khutbah tamil di masjid india muslim sungai siput. Itulah takdir!
Cerita 2
Di Tanjung Malim, kawasan DUN Behrang. Wakil rakyatnya lompat. Bekas Posmen di mana ada 3 Jamal di pejabat pos yang sama. Dikenali dengan Jamal Keling. Pengundi bosan dengan wakil rakyat lama maka diundinya calon baru tapi hampeh. Ada yang meluat dengan keadaan ini namun berjanji akan meminta kuota Behrang untuk PAS.
Cerita 3
Ibu bapa bosan apabila anak-anak di asrama penuh dipaksa balik setiap minggu. Apa ke jadahnya semua ini.
Cerita 4
Putrajaya penuh dengan lampu tetapi tiada pengguna di jalan raya. Apa nak dikato
Thursday, January 14, 2010
terima kasih Maslow dan Gardner serta member IPK
Ceramah saya pagi tadi rupanya tidak seperti yang dirancang. Cara mereka menyusun atur laptop dan mikrofon menyebabkan saya tidak sempat membuka powerpoint yang disediakan. Tambahan pula, ucapan aluan PK mereka menjadikan respon saya dan penyampaian saya berkisar kepada ucapan beliau. Maka, keluarlah 2 perkara iaitu perbezaan kecenderungan oleh Howard Gardner dan Hirarki keperluan Abraham Maslow. Terima kasih kepada kawan2 yang memberikan cadangan.
Wednesday, January 13, 2010
Deretan
Cuba lihat deretan songkok yang dirampas. Menjadi kesalahan di sebuah sekolah kerana niat. Niat yang tidak ikhlas dan cuba mengelabui mata guru dengan status mereka sebagai pelajar bersyarat.
Monday, January 11, 2010
S.O.S.
aku mendapat surat jemputan untuk memberikan ceramah motivasi untuk pelajar Pra U. Walaupun di sekolah sendiri namun aku tidak biasa dengan mereka. Seolah-olah aku akan berkunjung ke sebuah sekolah yang lain. Apa maklumat yang perlu dikutip sebelum membuat persediaan ini. Masa ada hanya dua hari lagi. Kebanyakan pelajar adalah datang daripada keluarga biasa. Mereka hanya orang-orang biasa yang ingin majukan diri dan mencapai cita-cita diri dan keluarga. Jumlah mereka lebih kurang 200 orang. Di mana hendak dimulakan? PK mereka seorang yang sentiasa memberi ceramah di mana-mana termasuk di pentas politik. Siapa boleh bantu gue?
Sunday, January 10, 2010
Placement test
Last year, most of them passed the English papers with good grades. This year I will teach them and get them prepared for PMR. I always want to teach either form 2 or form 4 so that we will play more to get educated. Nowadays, learning english is different from out time. We don;t have to understand grammar in isolation. Today, I gave them a few words in present tense and asked them to write the words in past tense. Unfortunately, they couldn't. My task will be even more challenging.
Saturday, January 9, 2010
Friday, January 8, 2010
Dari Media
Dari media yang pertama hari ini adalah live telecast daripada PICC, ucapan Menteri Pelajaran sempena perutusan KPM 2010. Menunggu hampir 2 jam untuk ucapan (ehsan ) RTM di TV3. Apa yang pelajar dapat tidak dapat dipastikan. Yang jelas ialah mereka dapat kesabaran.
Dari media juga, telah saya tuliskan di blog ini tentang keperluan mempunyai pembantu guru. Kesibukan guru hari ini menyebabkan terabainya core business mereka iaitu mengajar di dalam kelas. Teruskan usaha NUTP untuk kebaikan pendidikan di negara ini
Thursday, January 7, 2010
96-82 tahniah untuk Waris_Iskandar
Ajehe.blogspot.com ingin merakamkan ucapan tahniah kepada waris-iskandar di atas kejayaan menurunkan berat badan. Tabik springggggg dengan kejayaan tersebut.
then
but not
Good luck Mr Waris-Iskandar
Wednesday, January 6, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Maafkanlah
Mengimbau kenangan yang bukan sedikit melalui peristiwa sehari di sekolah. Hari ini, ratusan pelajar yang datang bersama ibu atau bapa untuk pendaftaran bersyarat. Ada yang bermasalah kehadiran dan tak kurang juga dengan masalah disiplin. Di depan ibu bapa mereka, ikrar dilafazkan untuk menjadi pelajar yang baik. Sudah pasti kerisauan orang tua melihat anak-anak mereka ini namun mereka percaya semuanya akan menjadi lebih baik pada tahun ini.
Bercakap tentang kasih sayang, makhluk tuhan telah disuntik perasaan ini tidak kira samada manusia mahupun binatang.
Tanpa dipinta, anak kambing pertama ini lahirnya hitam tidak seperti ibunya namun nilai kasih sayang tidak terbatas. Beberapa jam selepas dilahirkan, tanpa kasih sayang maka sukarlah kehidupan untuk bermula. Didikan di sekolah akan membantu mereka mengenal diri mereka sendiri.
Jangan biarkan anak-anak terlalu bebas namun ruang perlu diberikan untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan inovatif. Pengalaman lampau menjadikan aku terasa sangat hiba, maafkanlah.
Monday, January 4, 2010
Khasiat Daging Kambing
Kesahnya.... ..lepas ni kena beli daging kambing....
|
Sunday, January 3, 2010
Majlis Perhimpunan
Hari pertama sesi persekolahan dimulakan dengan bacaan Yaasin memohon keberkatan dan dipermudahkan segala aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2010. Menjadi pengacara majlis perhimpuna kali pertama digunakan sebaik mungkin melalui selingan untuk menerangkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan visi sekolah. Dewan yang baru disiapkan menyempurnakan lagi program walaupun hujan turun sepanjang hari.
Saturday, January 2, 2010
Forum Perdana - Hijrah
Forum perdana malam tadi telah dianjurkan oleh JK Masjid Ibrahimi di mana ahli panel terdiri daripada
1. Dr Johari Mat - KIAS
2. Dr Shukri - Timbalan Pengarah Akademi Islam, UM Nilam Puri
3. Dr Norzaihan- Doktor daripada Pusat Kesihatan Selising yang bertemakan Hijratulrasul.
Pengertian hijrah dan peristiwa penting untuk iktibar seperti berikut:-
Hijrah tubuh badan dan spiritual. Kalimah khusus utk org islam yg meninggalkan tempat kerana iman dan islam. Hijrah yg lebih dlm ialah meninggalkan apa yg Allah larang. Org islam ialah kata2 da tangan mereka tidak menyakiti org islam yg lain. Hijrah meninggalkan kesalahan dan dosa. Hijrah maksud tinggal benda keji zahir dan batin kemudian mengerjakan solat dan tunaikan zakat walaupun duduk di tempat sendiri. Hijrah nabi pada bulan rabiulawal, tetapi tahun dikira drp muharram kerana niat ut k hijrah pd masa itu. Hijrah dibuat kerana tiada ruang lagi utk mengajak kepada islam. Tujuan hijrah adalah utk mencapai keredhaan Allah.
Dr Shukri ditanya ttg peranan masjid dan kaitan dgn masa kini. Hasil hijrah adalah hingga islam mempunyai kuasa untuk memerintah. Masjid dibina di madinah adalah asas utk wujudkan kekuatan dan bersatu dlm perjuangan. Islam perlu digerakkan dalam jemaah. Apabila terbentuk manusia bertakwa melalui aktiviti masjid. Takwa melalui pembersihan diri melalui masjid. Hari ini, masyarakat tidak merasakan ia sbg ibadah yg sangat mulia. Nabi bentuk satu kelompok yg menjaga kebajikan di masjid dan menjadi contoh dan tarikan kpd orang lain.
Dr Norzaihan, ditanya ttg remaja utk memainkan peranan penting tapi berlaku sebaliknya. Masalah remaja mengandung adalah perkara biasa. Masalah akhlak remaja begitu menakutkan. Statistik , 3000 remaja ditangkap atas pelbagai kesalahan. Akhlak yg rosak menimbulkan gejala sosial.
Punca 1. Ingin mencuba suatu y.g baru 2. Pengaruh rakan sebaya
.3. Pengaruh media massa. 4. Sikap keluarga. 5. Perceraian ibu bapa. 6. Asuhan keluarga.
Nabi menyatukan aus dan khazraj menjadi ansar. Bagaimana penyatuan ini boleh di buat di tempat kita. Panel menjawab bhw kita kena ikut contoh yg ada di depan kita. Rasulullah adalah contoh terbaik. Menjadikan adik beradik antara muhajirin dgn ansar. Perpaduan dibina atas islam dan iman. Contoh terbaik drp nabi ini perlu digunakan dan ikutlah quran dan hadis.
Kita mesti bijak dlm memilih kaedah menghadapi atau menyampai. 2 perkara melalui hijrah, syarat menjadi mukmin sebenar. Hijrah kena ada pengorbanan dan jihad.
Peranan ibu bapa adalah memahami islam dan ikut apa yg disuruh.
Foto-foto yang telah dirakam lensa Sony P1i
Friday, January 1, 2010
1/1/10
Sesuai dengan hari pertama di tahun 2010, marilah kita sama-sama mendoakan agar kita tidak ditimpa kecelekaan. Itulah senjata mukmin yang mesti digunakan oleh setiap hambaNya. Allah memberikan kepada kita semua walaupun kita tidak memohon untuk mendapatkannya. Bayangkan jika Allah menghentikan segala nikmat kerana kita lupa untuk memintanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)