Thursday, December 31, 2009

2009-Selamat Tinggal;buang yang panas ambil yang sejuk



Teruskan ketenangan dan rileks kerana kehangatan tahun 2009 akan kembali sejuk bermula besok.


Bertahan untuk kecemerlangan walaupun arus yang deras sedang menolak kita untuk terus hanyut.



Cabaran 2010 tetap akan tiba namun yang penting adalah persediaan kita untuk menghadapinya.



Akhirnya, semua akan kembali tenang dengan masing-masing menjalankan tugas yang sesuai dengan keupayaan dan kekuatan diri.

Wednesday, December 30, 2009

Soalan Ringkas

Seorang Ustaz bertanya, adakah kita memikirkan tentang jatuhnya 1 Muharram dan Hari Krismas pada hari Jumaat. Patut tak difikirkan? 

Seorang guru bertanya, patutkah pengetua hanya membaca buku pengurusan dalam mesyuarat guru kali pertama ?

Tuesday, December 29, 2009

Terkini di simpang jalan


Banner ini terpampang dikebanyakan tempat terutamanya di kawasan strategik mungkin di seluruh negeri. Mimpi tentang royalti di mana pada masa yang sama ada orang yang mimpikan ehsan. Foto Tuan Guru Menteri Besar dan meminjam kata-kata YM Tengku Razaleigh menghiasi banner ini. 

Monday, December 28, 2009

Adakah kita ego?


Lokasi: Sebuah Masjid di Daerah Besut
Rakam: 27 Disember 2009
Masa: 10.30 pagi

15 tanda bahawa seseorang itu ego dan sangat berkait dengan kehidupan terutama di tempat kerja. Yang pertama, rasa terhibur diberi jawatan. Jawatan adalah merupakan satu amanah yang dipikul oleh empunya diri. Adalah malang jika seorang yang diberi jawatan akan merasakan terhibur dengan kedudukan itu. Khalifah Umar Abdul Aziz dikatakan adalah seorang yang gemuk tetapi menjadi kurus kering setelah memegang jawatan khalifah. Imam Ghazali juga mengingatkan bahawa benda yang paling berat di dunia adalah amanah.
Seorang lulusan M.Princ adalah dikaitan dengan ego jika hati tidak tenang apabila tidak dilantik memegang jawatan kanan di sekolah. Prinsip yang baik ialah jawatan jangan dipinta tetapi tidak sekali-kali menolak apabila diminta memikul amanah. (pandangan semata-mata)


Sunday, December 27, 2009

Biarlah rahsia


Dengan nama Allah, bermulanya hajat untuk turut sama menyertai mereka yang mengembangkan syiar Islam. Hasil daripada niat dan perbincangan yang dilakukan, seolah-oleh direstui apabila tawaran diterima daripada seseorang yang berkebetulan selari dengan apa yang telah dirancangkan. Tanpa membuang masa, solat hajat dilakukan memohon keberkatan dan kemudahan dalam setiap kerja yang dilakukan. Projek apa ni? Biarlah rahsia terlebih dahulu.

Saturday, December 26, 2009

Pengajaran Maal Hijrah

Saya ingin menarik perhatian kita semua tentang perlunya 3 golongan ini iaitu kanak-kanak, wanita dan orang bukan islam semasa hijrahnya nabi SAW ke Madinah.

Yang pertama, kanak-kanak berusia 12 tahun iaitu Ali bin Abu Talib yang disuruh untuk tidur dan menggantikan tempat nabi semasa baginda meninggalkan rumah.

Kedua, Asmat Abu Bakar yang sepanjang tiga hari menghantar makanan kepada ayahnda dan rasul

Ketiga, Abdullah Uraiqit, non-muslim yang menjadi penunjuk jalan dari Mekah ke Madinah.

Perjuangan memerlukan mereka seperti yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad SAW.

Blog kedua pakwar

Jika anda berminat dengan sukan berbasikal, sila ke blog pakwar khas untuk kehidupan berbasikalhttp://rodahitam.blogspot.com

Friday, December 25, 2009

inikah puncanya?

Apabila memikirkan keputusan PMR untuk subjek BI, terasa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang diamalkan di sekolah.

1. Sistem yang meletakkan dua kelas terbaik di sesi pagi untuk tingkatan 1 dan 2 menjadikan semangat guru sesi petang kurang bermaya. Mereka tidak ada pelajar yang baik untuk dibanggakan dan setiap hari kebanyakan masa adalah menjaga pelajar yang rata-rata kurang berminat untuk belajar

2. Guru yang mengajar BI akan mengajar tingkatan 4 dan 5 juga menyebabkan mereka tidak berfokus dalam persiapan. Cara yang baik mungkin mengecilkan bilangan tingkatan untuk mereka ajar.

3. Fokus keterlaluan untuk program cemerlang akan mengabaikan pelajar lemah yang memberi kesan kepada peratus am

Thursday, December 24, 2009

PMR2009


Sejak pukul 10 pagi, calon PMR sudah memenuhi ruang menunggu di kawasan persekitaran untuk mendapatkan keputusan peperiksaan mereka. Guru yang mengambil keputusan pulang ke sekolah sekitar pukul 11 pagi dengan membawa keputusan peperiksaan PMR. Apa dia kata pertama beliau? 'Malunya aku, sekolah kita paling corot dalam PPD', ini semua pasal Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab'. Itulah kata keramat penyelaras PMR tentang kemerosotan yang dikatakan oleh beliau.

Ping! Terasa macam satu penampar singgah di pipi guru yang mengajar BI untuk 4 kelas yang paling akhir. Teringat mereka, membaca masih belum dikuasai, bagaimana mereka akan menulis dalam dewan peperiksaan. Guru-guru yang bukan mengajar BI juga seakan tidak pernah belajar BI sblm ini jika dilihat kepada cara mereka memberikan respon tentang pembelajaran BI. Bahasa bukan pelajaran sehari dua, bukan sebulan dua dan kekadang bukannya sejam dua di dalam kelas begitu sahaja. Kita hidup bersama orang cina dan india namun, berapa patah yang kita tahu pasal bahasa mereka ? Itulah bahasa. Sepatutnya menjadi subjek wajib belajar tetapi cara pentaksiran dan penilaian seharusnya berbeza. Mereka bukan belajar BI sebagai bahasa kedua, tetapi bahasa ketiga atau keempat.

1/9 calon mendapat A subjek BM. Jika mendengar mereka berbahasa, kita tahu mereka fasih dengan bahasa mereka tetapi mereka gagal mendapat kecemerlangan dalam bahasa ibunda mereka. So what?

Analisa percubaan menunjukkan peningkatan sekitar 4% kelulusan BI sudah menukupi untuk menunjukkan kemampuan mereka hanya setakat itu untuk tahun 2009.

Buat yang berjaya, tahniah. Yang masih belum menunjukkan kesungguhan , ingatlah masa 2 tahun perlu digunakan sebaik mungkin supaya kehadiran ke sekolah semasa mengambil slip menjadi lebih ceria. Bagi aku, sorakan mereka kerana mendapat C dalam beberapa subjek adalah sama nilainya dengan cgpa 2.0 di Universiti.

Wednesday, December 23, 2009

Minggu sibuk

Sejak hari Ahad sehingga ke malam ini, aku begitu sibuk dan langsung tidak berkesempatan untuk menjengok blog sendiri. Mesyuarat Perancang pada hari Ahad dan terus bergegas ke Alor Setar menyebabkan blog tidak dapat dikemaskini seperti biasa. Apa yang menariknya, kami diberi rezeki untuk bertemu dengan sepasang gajah semasa berada di Lebuh Raya Timur-Barat yang berada di tepi jalan.

Hari Isnin pula disibukkan dengan kunjungan ke butik adik ipar di kawasan Bertam dan semalam pula adalah perjalanan pulang. Hari ini, seharian di sekolah untuk mencetak buku pengurusan sehinggalah saat ini barulah ada kelapangan seperti sedia kala.

Saturday, December 19, 2009

Ustaz Budak Besar


AL FADHIL USTAZ KHAIRUL IKHWAN AL YAMANI
 
Peluang bersua dengan seseorang yang alim tidak boleh dipersia-siakan. Inilah Ustaz yang lebih terkenal dengan gelaran ustaz budak besar dari Besut. Beliau sentiasa dijemput berceramah di merata tempat samada di kuliah maghrib ataupun di pentas ceramah. Sekarang ini beliau amat sibuk dengan jemputan berceramah terutama di sekitar KL/Selangor. 

Friday, December 18, 2009

Pagi 1 Muharram 1431


Jika ada orang Kelantan yang tidak pernah menjejak kaki ke sini maka mereka belum mengenali Menteri Besar mereka sendiri. 1 Muharram 1431 bersamaan dengan hari Jumaat 18 Disember 2009 mencatat sejarah tersendiri buat kami sekeluarga kerana pertama kalinya kami ke sini untuk mencukur rambut bayi dari salsilah Haji Muda. Terselit rasa bangga melihat masjid ini dipenuhi jemaah pada waktu subuh yang menjelaskan betapa terserlah kehebatan islam apabila masjid dipenuhi pada waktu subuh. Bertolak seawal jam 5 pagi dan ketika sampai menjelang subuh, perkarangan masjid telahpun dipenuhi oleh kenderaan.



Muhammad Aqeef Irfan sedang dipotong jambulnya oleh Tuan Guru Menteri Besar setelah menunggu beberapa ketika kerana terdapat lebih kurang 50 bayi yang dibawa oleh keluarga masing-masing. Semoga Tuan Guru akan sentiasa sihat untuk membimbing kami semua sebagai persiapan untuk hidup beragama di dunia dan kebahgiaan sejati di akhirat.



Wajah Tuan Guru pada pagi ini setelah menangis di kala berdoa untuk kemenangan islam di Palestin, Gaza, Iraq dan di mana-mana bumi umat islam yang tertindas.

Selamat menyambut Maal Hijrah.

Thursday, December 17, 2009

Menjelang sesi persekolahan 2010

 Some words from Tan Sri Ainuddin Wahid, Naib Canselor UTM

1. Jika kita semua menjalankan tugas kita dengan sempurna, tidak akan ada orang lain yang tidak menjalankan tugas. Sebaliknya jika kita menanti-nanti orang lain, maka tiada sesiapapun yang mengorak langkah memulakanya.

2. Tugas seorang guru / pendidik adalah pekerjaan mental yang tidak dimulai waktu ia tiba di sekolah dan berhenti waktu ia pulang.

3. Setiap orang mungkin melakukan kesalahan, tetapi hanya orang yang bodoh sahaja akan mengulanginya.

4. Membiarkan diri dengan kesilapan-kesilapan kecil akan menjerumuskan kepada kesilapan yang lebih besar lagi

5.Kejayaan yang sebenar bukan terletak pada tidak pernah jatuh, tetapi teletak pada kesanggupan tegak kembali setiap kali jatuh.

6. Kita tidak dapat mengambil hati orang kecuali kita sanggup memberi hati kita.

7. Guru / pendidik yang lemah dan cuai dalam menjalankan tugas ialah mereka yang lewat datang dan balik cepat..


10 Word from Eimiza Qamal..

1. Guru yang hebat ialah guru yang ilmu dan kata-katanya menjadi pedoman dan panduan hidup anak muridnya

2. Guru yang berjaya ialah guru menjadikan anak muridnya seorang insan yang seimbang dan menjadi insan yang berguna pada diri sendiri dan orang lain

3. Guru yang biasa ialah guru yang hadir tepat pada waktunya dan balik tepat pada waktunya

4. Guru yang baik ialah guru yang mengajar tetapi tidak menambah ilmu pengetahuannya

5. Guru yang tidak baik hanya bekerja bukan berkhidmat

6. Guru yang lemah ialah guru yang tidak sanggup berkhidmat lebih masa untuk anak muridnya

7. Guru yang tidak berguna ialah guru yang tidak mencurahkan ilmu pengetahuan dan tidak menegur anak muridnya melakukan kesalahan

8. Guru yang kolot ialah guru yang hanya mengajar anak muridnya untuk mendapat banyak 'A" semata mata

9. Guru yang tidak memberi makna adalah guru yang mengejar prestasi diri sendiri tanpa memikirkan perkembangan anak muridnya

10. Guru yang langsung tidak berguna ialah guru yang berkhidmat hanya kerana wang....
  dipetik daripada

http://eimizaqamal.blogspot.com/2009_01_01_archive.html

Memahat batu, melukis di air

Semasa menghadiri kuliah Al Quran di Masjid Desa Darul Naim, Pasir Tumbuh, saya telah mendapat satu perkara yang berharga melalui syair arab yang berbunyi " kanak-kanak yang belajar umpama memahat batu, arca akan terbentuk dan kekal untuk tempoh yang lama, apabila orang dewasa belajar, ia umpama melukis di air, hilang sebaik sahaja terbentuk'. Itulah kekuatan belajar di usia muda/kecil. Jika kita melihat masyarakat hari ini, kebanyakannya akan mula belajar apabila pencen sedangkan pada masa itu ingatan dan tenaga sudah berkurangan. Apabila bertongkat baru bersusah-payah ke masjid untuk mengikuti kuliah.
Hari ini juga, kanak-kanak meluangkan masa cuti sekolah di depan komputer, televisyen dsb yang akan kekal lama dalam ingatan mereka. Sangat sedikit ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke pondok-pondok untuk belajar agama. Bagi kita yang telah dewasa, kita mungkin tidak mampu lagi untuk memahat batu tetapi, biarlah lukisan itu dilukis di gigi air, biarpun tiada arcanya namun kita tahu apa yang telah kita lukis, insyallah.

Wednesday, December 16, 2009

Operasi Kelawar 2


Nasib baik jadi cikgu, tidak perlulah berada gayat di atas sana. Namun, kepakaran mereka amat diperlukan dalam kehidupan. Tidak ada pekerjaan yang lebih hebat atau lebih hina kecuali yang tidak diredhai oleh Allah Maha Pencipta. Operasi kelawar 2 dilakukan untuk menutup kawasan perabung rumah. Rupanya tanpa disedari kami berkongsi tinggal juga dengan seekor ular yang menjalar di bahagian atap rumah.


Inilah sebahagian daripada tahi kelawar (guano) yang disimpan untuk kegunaan tanaman. Cara ini amat sesuai untuk menjadi hasil sampingan tanpa perlu bersusah payah.


Kerja-kerja sedang dijalankan walaupun cuaca yang sangat panas. Risau melihat mereka bermain di atap rumah tanpa sebarang tali keselamatan. 

Monday, December 14, 2009

Kecil kecil tapi bukan cili api



Petang tadi aku melihat pokok bendi masih kecil dan kontot walaupun sudah 2 bulan ditanam. Lagi menyedihkan lagi, ada pokok yang daunnya dimakan ulat. Selepas meninjau seketika, aku mendapati rupanya bendi telah berbuah. Pokok setinggi betis tetapi dah berbuah. Apapun, semoga berhasil usaha pertama ini.

Sunday, December 13, 2009

Tapioca Tropika Bersalut Kelapa


Pertandingan memasak kuih tradisional ini diadakan sebagai salah satu program di bawah rukun tetangga. Penyertaan lebih daripada 15 pasukan memeriahkan suasana pertandingan. Persiapan awal dilakukan oleh para peserta termasuk mencuba pelbagai resepi ubi kayu sebelum tiba hari pertandingan.

Syarat yang perlu diikuti oleh para peserta ialah 80% kuih yang disediakan hendaklah menggunakan ubi kayu sahaja. Begitu juga dengan hiasan meja perlu dibuat dan kuih hendaklah disediakan untuk hidangan 5 orang. Masa yang diberikan adalah selama 2 jam. Salah seorang peserta bergambar sebelum memulakan acara.


Dua kanak-kanak yang turut serta menjadi sebahagian daripada penonton acara masakan ini walaupun cuaca panas terik. 
 
 
Bro ni tah apa-apa. Belum cuba dah angkat tangan 'best'. Boleh menang tak kuih yang disediakan. Pastikan juri suka dengan ciptaan tuan.
 


Tapioca Tropicana begitulah lebih kurang namanya. Bahan-bahannya ialah ubi kayu, kurma dan kismis yang disediakan begitu enak sekali.


Apa-apa pun tahniah untuk anda berdua yang mendapat tempat ke4 walaupun pertama kali mencuba. Pulang dengan sebotol minyak masak cap buruh dan rm50 dikira berbalui berbanding pengalaman yang diperolehi.

Wacana Islam; Nakhaie tuntut Asri minta maaf

Ribuan rakyat Kelantan memenuhi dewan dan kawasan luar bangunan Kelantan Trade Centre untuk satu sesi wacana islam. realiti dan harapan yang dihadiri oleh Dato Nik Amar, Dr Asri, Nakhaie(Yadim) dan 'Ustaz' Afandi pemuda umno. Moderator wacana ialah Prof Agus.

Antara yg menariknya adalah permintaan nakhaie supaya dr asri meminta maaf drp beliau atas tuduhan penyelahgunaan wang yadim dsb. Namun, dr asri menyatakan bahawa kes itu akan dibawa ke mahkamah.

Selain drp itu, saya melihat wacana ini perlu diteruskan dengan tujuan mencari kebenaran dan bukannya menegakkan benang masing-masing. Buat kerja kerana Allah akan mendapat keberkatan.

Friday, December 11, 2009

Mi No Spik Inglis


Kenal tak siapa wanita ini ? Kali terakhir dilihat bersama Dr Asri di Pejabat Agama Gombak Timur semasa kecoh Mufti mengajar agama tanpa tauliah. Beliau menjadi kolumnis dalam sebuah akhbar Malaysia. Aku jarang membeli akhbar ini maka tidak pernah aku baca tentang penulisan beliau. Malam tadi aku ke kedai roti tempayan dengan isteri. Setelah makan, aku ternampak akhbar ini dan terus dibaca sambil minum air. Sambil membelek-belek, tertarik dengan tajuk yang terpampang. Apa tulisannya?




'Oh, the shame of it all'. Mi No Spik Inglis. Aku tak berapa tahu apa yang ditulis dengan tepat. Ia cuma berkisar rakyat Malaysia yang berkahwin di England. Apa hal nak bising ni? OO rupanya lelaki Malaysia kahwin lelaki Mat Salleh. Beliau marah kita bising-bising dan berpendapat ia memalukan negara kerana banyak perkara lain yang dilakukan dengan banyak oleh rakyat negara tidak dihebuhkan demikian rupa. Beliau memberikan contoh, rakyat kita tinggal melebihi masa di sana tidak menjadi kecoh. Banyak lagi yang dibincangkan termasuk cerita di bawah. Ada sesiapa boleh terjemahkan. Mi No Spik Inglis



Thursday, December 10, 2009

Siapa Juara UPSR 2009?

JIka anda ke Besut Terengganu, berdekatan dengan Masjid Seberang Jerteh terpampang satu banner " Besut Juara UPSR Malaysia. 19.5 % mendapat 5A. Bangganya PPD dengan keputusan ini. Namun, tersebar seluruh negara bahawa sekolah-sekolah di Besut berpakat beberapa pihak untuk memastikan kejayaan ini. Albab lah kanak-kanak di Besut. Tahniah !

Terbanglah wahai kelawar

Sudah 3 hari kami meminta bantuan untuk membuang syiling di keliling rumah untuk menghalang kelawar daripada berumah tangga. Sudah tidak tahan lagi menghidu bau busuk walaupun ia boleh dibuat baja. Kos melepas perlu diambil kira demi untuk kesihatan diri dan keluarga. Bertahun kelawar bertapak ibarat Belanda meminta tanah daripada kami. Hari ini semuanya telah tiada di bahagian tepi. Yang masih tinggal adalah di kawasan perabung rumah yang akan disambung kerjanya lusa. Bajet Najib habis sebelum waktunya.

Wednesday, December 9, 2009

Melentur buluh



Jika kita melihat perlakuan dua kanak-kanak yang berusia 3-4 tahun ini semasa melakukan sujud maka kita akan merasakan bahawa peniruan ini kelihatan betul mengikut ilmu fekah. Mengapa mereka mampu melakukannya? Adakah fitrahnya begitu ataupun mereka sentiasa melihat orang dewasa melakukannya.


 
 
Setelah selesai, tangan ditadah memohon doa supaya mereka akan membesar menjadi anak bertuah yang mengenal kehidupan beragama. Tidak perlu semua orang menjadi orang agama tetapi semua mukmin patut menjadi orang beragama untuk tuah di dunia hingga ke akhirat.



Inilah puncanya manusia menjadi orang beragama apabila memulakan setiap hari dengan kebaikan. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Monday, December 7, 2009

Jawapan bocor UPSR

Pagi tadi saya kembali mengayuh setelah berehat selama 5 hari. Suasana menyegarkan dengan cuaca mendung menjadikan kayuhan menyeronokkan. Sambil mendengar Kelantan FM saya menjejak jalan raya menghala ke Kg Sungai Petai dan membelok ke kanan menuju jalan kampung dan keluar ke Gaal. Cerita pagi ini adalah tentang pengakuan seorang guru sekolah rendah yang mahu kita semua berfikir tentang masyarakat hari ini yang sedang  membina  generasi akan datang. Pengakuan berani beliau di dalam siaran aduan pengguna adalah tentang jawapan bocor UPSR 2009. Beliau bimbang dengan kaedah jawapan bocor yang mengajar anak-anak menipu untuk berjaya dan hancurnya kurikulum pendidikan negara kerana guru dan murid hanya perlu mengenal ABC dan menghafal jawapan untuk menghadapi peperiksaan. Jelas beliau, sms jawapan yang diterima oleh beliau adalah jelas jawapan kepada soalan UPSR 2009. Jika inilah keputusan yang diperolehi oleh pelajar iaitu deretan A , maka bagi kita ianya sudah lari dari tujuan penilaian sebenar  bagi sebuah kurikulum.

Sunday, December 6, 2009

2 korban, 1 parah dlm kejadian di KB MALL

Berita lambat;
Lebih kurang pukul 6.30 petang tadi masuk 1 sms drp kawan bertanyakan kebenaran bahawa KB Mall runtuh disusuli sms daripada bro mengenai hal yang sama. Terdetik terus di minda ttg kenyataan TGNA mengenai banyak kejadian runtuh di Terengganu walaupun diperintah oleh kerajaan yang mengaku jauh lebih bijak daripada kerajaan kelantan. Cuba memikirkan siapa empunya bangunan dan ada tak kaitannya dengan kerajaan negeri menjadikan diri rasa tidak tenteram. Sekarang ni suasana politik turut mendung maka jika peristiwa ini berlaku mungkin akan menghangatkan suasana.
Menunggu berita di Awani 7.45 mlm, namun yang muncul hanyalah kapsul masa 2034 DS Najib dan Bik Mama yang akan dibuka nanti. Masih tertanya, mana berita ni?

Cuba dapat kepastian dengan sms kepada rakan wartawan BH.. jelas sekali dan melegakan namun takziah kepada mangsa.

Saturday, December 5, 2009

Hari Sukarelawan Se dunia



Sempena hari sukarelawan sedunia, pihak Briged Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama NGOs, Bomba,JPA, Kelab Radio Amatur dll telah mengunjungi rumah Encik Yusof dan isteri yang buta bersama 5 anak mereka. Rumah yang terlalu daif telah dipilih untuk program gotong royong. Bantuan diberikan dalam pelbagai bentuk tanpa mendapat sumbangan drp pihak kerajaan.

 

Selepas 5 jam bergotong royong, rumah telah siap termasuk tandas dan dicat dengan warna kuning yang akan disiapkan oleh pemimpin kampung dlm masa bbrp hari. Jika ada sesiapa yang ingin membantu keluarga ini adalah amat dialu-alukan.

Friday, December 4, 2009

lautan manusia di dataran ilmu.

himpunan pencinta kebenaran berkumpul di dataran ilmu untuk menyokong pemberian royalti spt perjanjian petronas dulu.

Thursday, December 3, 2009

Anak Sedara Baru



Sebaik bangun pagi semalam, kami mendapat sms bahawa adik bongsu sedang mengalam sindrom PNB, bukan Permodalan Nasional Berhad tetapi sindrom Perempuan Nak Bersalin. Kami membuat keputusan untuk terus ke HUSM Kubang Kerian kerana berlaku sedikit masalah kpd ibu di mana darahnya naik lebih sedikit. Kami sampai setelah selamat melahirkan anak seberat 3 kg. Maka, bermulalah tanggung jawab sebagai ibu bapa kepada pasangan.



Kedua-dua keluarga turut sama menunggu kelahiran dan sehingga blog ini ditulis, bayi masih di wad rawatan rapi untuk kanak-kanak kerana dikatakan lemas semasa proses kelahiran. Berdoalah agar semuanya selamat dan sihat. Semalam juga kami mendapat tahu bahawa di katil berdkatan terdapat seorang perempuan yg keguguran kandungan 6 bulan kali ke sembilan. Semua ini ujian untuk setiap hambanya daripada yang Maha Kuasa.

 
 
Ketika keluar dari wad, terpandang pula papan nasihat ttg kebaikan menggunakan tangga berbanding lif. Marilah kita sama-sama mengamalkannya. 'Better late than never'. 

Tuesday, December 1, 2009

Bye-bye Alor Setar

Alor  Setar ditinggalkan tengahari tadi. Sempat juga 3 jam berbasikal ke Jitra-sungai korok-kg naga dan pulang melalui kolej TUDM. Cuti menjadi begitu bermakna apabila banyak tempat yang lebih ku kenali dlm masa seminggu berbanding 9 tahun berulang-alik ke sini. Di mana Tanjung Inggeris, Tanjung Musang dll sudah jelas lokasinya. Pepatah cina memang boleh dipakai ' berjalan 1000 km lebih baik daripada membaca 1000 buku' dalam bab ni.
Sekarang aku berada di Kepala Batas yang begitu maju sejak 2004-2008, maklumlah PM nya wakil rakyat sini. Cuma harap maklumlah bahawa duit kerajaan tu maksudnya duit rakyat semua. Takkan lah politeknik, sek sains, ilp dsb nak disumbat kan satu kws parlimen jer. Buat lah perancangan yg menyeluruh supaya harta setiap orang dlm negara ini sama dikecapi.
Malam ni hajatnya nak makan malam di lahar kepar yang begitu special. Jom ke sana.