Selamat datang ke Alor Setar dan menikmati keindahan jelapang padi yang permai di pagi hari. Bermula hari ini, Alor Setar akan ditakluki satu persatu. Hari pertama, aku menggunakan laluan Langgar - Sungai Mati dan keluar di Kem Askar di Kepala Batas. Selepas simpang ke kiri, aku melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Jalan yang luas memudahkan kayuhan sehinggalah aku berhenti sejenak untuk merakamkan Istana Anak Bukit. Indahnya istana memberikan semangat kepada kita semua untuk memohon mahligai di Syurga yang kekal abadi. Aminnnn. Perjalanan diteruskan melalui Jalan Day (Sultanah) , SMK Dato' Syed Omar, rumah MB Kedah, UStaz Azizan dan alhamdulillah selesai dalam masa 1 jam 45 minit. Roti canai yang dimakan adalah hadiah kayuhan pagi ini.
3 comments:
Roti telur satu dan roti kosong dua beserta teh tarik dan air suam amat menyelerakan di kedai kopi ladang selepas menamatkan larian 10km setiap pagi Jumaat atau Sabtu.Nikmat dunia..,
its good to xplore our own legacy...
unfortunately..our kids hates history....
don't know why..cos envy my history's teacher and love to learn history ....
maybe this day learn history is a boring subject..
Berhati-hati di jalan raya... kat sana kereta, motor laju-laju... tak kenal besar kecil.
Post a Comment