Monday, November 16, 2009

Minda Petang

Waktu telah tamat, anak-anak telah pulang ke rumah namun belum tentu masa tibanya. Deruman enjin saling bersahutan tanda seronoknya mereka untuk keluar daripada taman larangan. Baju sudah dilabuhkan sambil bermain dengan rambut yang merah. Jalur dibuat dibahagian tepi ala-ala Punk menandakan cuti akan bermula. Tiada siapa lagi boleh menyekat mereka. Guru disiplin, guru tingkatan atau sebutlah apa nama sekalipun, tiada siapa yang peduli. Mulut mengunyah getah basikal yang dijual dalam potongan kecil. Tangan menciut si gadis tanpa rasa malu. Sudah tidak ada lagi anak gadis menangis dek gurauan teman lelaki kerana mereka sudah sama. Perigi dan timba sudah tidak ada bezanya lagi. Peperiksaan? Tidak ada apa yang perlu dirisaukan mereka. Duit harian sentiasa masuk asalkan keluar ke sekolah. Itulah senarionya sekarang.

2 comments:

Jubah hitam said...

Begitulah pelajar akhir zaman. Tapi amber setakat ni alhamdulillah kerana pelajar di sini(SMKADG) masih ada batas nilai moral dan kesusilaan.

Maswafi Abd Samat said...

Bro, aku pun pening kepala mengajar sekolah sini. Mulai semalam semua murid tahun 1-3 dah x datang sekolah!