Saturday, November 14, 2009

Hari minggu yang sibuk


Pada pagi hari Jumaat, Asrama Puteri telah mengadakan jamuan akhir tahun. Oleh kerana bilik saya adalah sebaris dengan bilik PK dan Ketua Bidang maka saya juga turut sama mendapat jemputan, Oleh kerana hotel yang digunakan adalah berdekatan dengan tempat MB memberi kuliah maka kesempatan diambil untuk menyelam sambil minum air.

 
Pada waktu petang pula, kayuhan Raleigh Diablo adalah menuju pekan Jerteh. Apabila sampai di simpang seberang Jerteh, saya membeluk ke kiri di 20 km yang pertama. Perjalanan diteruskan dan sempat berhenti mengintai Sukhoi namun tidak kelihatan. Tiba di rumah menjelang maghrib dan kayuhan sejauh 52 km adalah suatu yang patut dibanggakan

 
 Pagi tadi, saya telah mengikuti kursus jurulatih muda di sekolah di bawah kelolaan jurulatih berpengalaman. 3 acara yang dipelajari adalah lontar peluru, lempar cakera dan rejam lembing.
 
Ketika melalui sebuah kampung, ternampak sekumpulan manusia yang sedang bermain bola jaring. Peliknya, lelaki bercampur perempuan.

2 comments:

Jubah hitam said...

Percampuran lelaki dan perempuan serta pelbagai bangsa melambangkan semangat "one malaysia"

Yati Wahab said...

Kayuhan tu ada kesannya..Pakwar nampak lebih slim...

tiada yang pelik lagi hari ini...semua orang nak merubah sesuatu yang rutin...

so wait untill ada yang claim nak tengok netball dimainkan oleh lelaki...