Friday, November 20, 2009

Ceramah Penghayatan Korban



dMasjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan.

Imam ghazali berasa amat  pelik  apabila seorang budak mengatakan dibaju seorang lelaki terdapat jengking maka terus baju tersebut dibuang.  Sebaliknya, apabila ulama berkata tentang sesuatu perkara , tidak dihiraukan seolah neraka tidak ada.
Kita hendaklah memprakui apa yg d bawa oleh ulama utk memperbetulkan diri supaya akhirnya kita dlm keadaan husnulkhatimah.
Korban utk dekatkan diri kpd allah pd hari raya.
Bermula 2 hijrah lagi ibadat ini telah dilaksanakan. Org luar rasa seronok dgn ramainya org yg brkorban. Allah berfirman : sembahyanglah kamu dan berkorbanlah. Nabi saw bsabda Allah suka apabila darah mengalir pd hari raya aidil adha.
Ada yg anggap kecil kerana saudara mara sudah melakukan ibadah, sebenarnya itu tidak menjadi masalah kerana hanya 1/3 shj utk kita, 1/3 sedekah utk fakir miskin dan 1/3 hadiah kpd org kaya.
Dr Ali mufti mesir menyarankan diambil sedikit utk sedekah jika kita ingin membuat kenduri/jamuan.
Ada org rasa sayang duit utk korban, cuba renung hadis: abu hurairah , 2 malaikat turun stiap pagi, dan berdoa. Berilah ganti org belanja kepada jln allah dan binasakan harta org yg menyimpan harta yg tidak diberikan d jln allah.
Penjelasan hadis ini begitu luas dan bukan dlm btk material semata-mata. Cthnya, keluarga aman damai, anak-anak cerdik, tubuh badan sihat, berkati harta sedikit.
Kebinasaan pula spt kesusahan pada hati, anak bermasalah, material yg tidak dpt dnikmati.
Amalan yg paling disukai slps amalan fardu ialah memberi kegembiraan kpd org islam.
Org yg tidak mampu, berdoalah sehingga diberi peluang utk beribadat korban. Pengajaran adalah umat islam hendaklah berkorban dalam mentaati suruhan allah.
Apa yg perlu dikorban dlm tuntutan agama?
Apa shaja termasuk harta,nyawa,usaha demi memertabatkan agama islam.
Cth: untuk memakmurkan masjid, masih tidak terurus, jemaah kurang, maka ahli jemaah kena berkorban utk hidupkan masjid.
Jika memikirkan kesibukan, kita tidak akan mampu berkorban.
Mendidik anak perlu pengorbanan ibu bapa. Ramai yg sanggup hantar tusyen ttp tak sanggup bw anak ke masjid.
Jgn sangka apabila anak sudah ke universiti, kita terlepas drp tuntutan agama dlm memberi pendidikan agama.
Kita perlu tahu mana lebih utama , kejutkan anak solat subuh berbanding berwirid sehingga terbit matahari.
Dlm kajian, kurang drp 5 remaja drp 200 yg cukup solat 5 waktu di pasir mas.
Ada masjid, tabung kew yg kukuh akibat pengorbanan ahli jemaah.
Dlm usaha melaksanakan korban, marilah kita taat akan perintah Allah. Lukman Hakim, apabila anak tanya sifat manusia terbaik, maka dia menjawab agama/addin.
Anak dia kata , jika ada 2 sifat? Jwbnya, agama dan harta. Jika 3? Agama. Harta dan sifat malu. Tanpa sifat malu, manusia umpama binatang.
Jika4? Jwbnya agama,harta,malu dan berakhlak yg baik. Jika 5? Agama,harta,malu,akhlak baik dan sifat pemurah. Jika 6? Jwbnya, 5 sifat td menunjukkan org itu telah bertakwa.
Dlm mghayati korban hari raya, lihatlah kehidupan skeliling kita dan usahalah utk penghayatan agama kita. Mohonlah drp Allah.

catatan via Sony Ericsson P1i

3 comments:

Jubah hitam said...

Penduduk disekitar masjid Ibrahimi perlu berkorban memenuhkan masjid terlebih dahulu untuk menuntut ilmu sebelum melakukan ibadat korban yang ada kalanya sudah menjadi budaya orang melayu.

Yati Wahab said...

penghayatan bagi yang hadir ke masjid sahaja...macam anak2 kita di sekolah...yang hadir dan dengar yang dapat manfaat...

Alhamdulillah kita di pilih Allah untuk mendengar dan membaca...

Korban makin mahal la...tapi nak wat camna...

norhayatirahman said...

pinar mata la nak baca bila pakwar tukar tulisan hijau ni