Friday, October 16, 2009

Sri Aman-Bukit Jawa-Tasek Pauh-Jelor-Merkang

Bermula pukul 8.05 pagi tadi, aku telah keluar dengan Raleigh Diablo untuk senaman pagi. Jangkaan hari ini adalah melengkapkan perjalanan sejauh 20 km ke sekolah dan balik semula. Ini adalah untuk memudahkan perancangan untuk ke sekolah dengan basikal jika ada latihan sukan di waktu petang. Cuaca yang baik dan bertemankan radio IKIM, kayuhan demi kayuhan dilakukan sambil menghirup udara segar di pagi jumaat. Terfikir juga, alangkah ruginya aku kerana beberapa kereta yang memotong pada masa itu adalah sedang menuju ke Kuliah bersama TGNA di Kota Bharu. Insyallah di minggu depan, aku juga akan berada di sana.
Selepas 40 minit, aku sudah menghampiri simpang Selising yang bermakna aku sudah sampai tujuan yang sebenar. Semangat masih ada dan keinginan untuk mengayuh ke tempat kuliah juga semakin kuat. KB adalah lebih kurang 25-30 km lagi. Tak sanggup rasanya untuk kali ini. Lalu kuteruskan juga kayuhan sehingga ke JPJ timbang sebelum berehat sebentar di sebuah kedai makan. Nasi ayam ada dijual untuk tengahari dan 1 sen bagi setiap pinggan akan disedekahkan kepada pembinaan masjed. Itulah kerisauan orang islam bila ingin memohon derma untuk kebaikan. Nak dipohon lebih nanti tiada siapa yang menempahnya.
Aku berpatah balik dan membelok ke kiri di kampung banir belikong untuk mengelakkan kesibukan laluan PP-KB. Berehat seketika di sebuah jambatan yang mengalir dibawahnya air yang jernih begitu mendamaikan.
Dari Tasek Pauh, perjalanan diteruskan ke kg Jelor sebelum membelok melalui Baloh Negara di Kampung Merkang. Baloh ini dirasmikan oleh Paklah Badawi. Pemandangan yang menarik menjadikan perjalanan tidak membosankan. Sebaik tiba di rumah, terasa lenguh kaki dan yang pastinya perjalanan sejauh 28 km ini adalah rekod baru yang akan dipecahkan saban minggu dan bulan dengan izinNya.

4 comments:

Jubah hitam said...

Ambe nak beli juga basikal sebutir, nak kayuh dari KT hingga Dungun. Tapi tak taulah sebab tak da geng ngayuh di sini.

Jubah hitam said...

Ambe tengok kedai basikal petang tadi, harga Diablo rm750 sebelum ditawar.

Anonymous said...

rm630 adalah harga di KB, lepas tu tukar tauar kecik, bleh la g dungun

Nana Tanjung said...

kawe cadang demo susun jadual satu kali ke Kg. Raja, sampai sini kita pekena ikan bakaq pula. Lepas tu kalau penat suruh adik demo hatar balik.