Ini foto semasa di tingkatan lima semasa peperiksaan SPM sedang berlangsung. Hari ini, apabila melihat pelajar tingkatan lima dengan rambut ala ultraman maka inilah jawapannya; putaran dunia. Kalau dulu, rambut yang diputar-putar ala-afro dan ditarik ke dahi menjadi trend. Aduh! Sukarnya di kala itu, guru mencari, kita bersembunyi.
Apabila melihat pelajar tidak memasukkan baju ke dalam, teringat baju bundle warna putih yang senteng ketika di tingkatan lima dulu. Kini, giliran kita pula menjaga tingkah laku mereka. Itulah putaran dunia.
4 comments:
Dulu rambut subur maka bolehlah berfesyen rambut mengikut kehendak hati, adakah sekarang Pakwar boleh lagi berfesyen rambut?
bleh, fesyen yang sesuai ialah fesyen anti abu bakar elah. buang tengah simpan tepi
kurusnya pakwar....tak cukup make ko dok asrama....
ikut kitaran dunia...sekarang ni kita ada di bahagian atas roda..tak mau turun ke bahagian bawah..dulu zaman remaja kita duduk di bahagaian bawah, meronta2 nak naik bahagian atas roda...situasi sama dulu dan sekarang....soalnya siapa kena control dan siap cuba control siapa..
Post a Comment