Pihak Kaunselor dan PK1 telah menerima cadangan saya untuk mengadakan motivasi keibubapaan murid tingkatan 2 dan 4 sejurus selesainya peperiksaan PMR. Lebih kurang 700 ibu/bapa yang merupakan penjaga kepada murid SMKBJ. Jangkaan kedatangan adalah 400 tetapi yang hadir adalah sekitar 250 orang. Itulah hakikat yang terpaksa diterima. Sesuatu perlu difikirkan untuk mencari punca kepada masalah ketidakhadiran. Kalau kena gaya berpolitik, program begini boleh di buat pada waktu malam dimesjid tetapi melalui surat jemputan kepada ibu bapa mereka.
SMKBJ tidak kekurangan bakat qari. Ahmad Firdaus telah mengalunkan bacaan ayat suci Alquran dengan begitu baik dan berbanggalah ibu bapa yang mempunyai zuriat yang sentiasa menyejukkan hati orang tua.
Barisan pentadbir yang sentiasa peka dengan keperluan guru, staf dan pelajar. Pengalaman berbeza berkhidmat di bawah boss berlainan jantina memberikan input yang baik untuk menghadapi cabaran mendatang.
Ucapan pengetua yang menekankan kehadiran pelajar dan ibu bapa ke majlis sekolah. Semua pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk kemajuan pendidikan anak-anak.
Ramai tetapi belum cukup ! Itulah gambaran jumlah hadirin ke Majlis yang penuh bermakna ini.
2 comments:
Mana golongan bapa2?. Demo kena buat kajian tindakan untuk mengatasi masalah ini.
kaum bapa pegi bedikir dalam ketapi nak masuk MBR sebab tu tok maghi. kah kah kah. woit mana buleh orang lain bagi motivasi. Motivasi ada dalam diri sendiri. Orang lain cuma mendorong untuk termotivasi.Jadi program motivasi kat ibu bapa tu buat abih boreh jo.kah kah kah
Post a Comment