Monday, October 5, 2009

Pakwar keluar 3 hari.....

Sejak Khamis yang lepas, Pakwar dan isteri telah keluar selama 3 hari. Alhamdulillah perjalanan pulang ke Kedah amat lancar dengan menunggang Kancil 660. Kelajuan 90km/j adalah selesa dan santai walaupun terpaksa melalui Bukit Pukat di Lebuh raya Timur-Barat. Disinilah banyak lori yang tersangkur sehingga pecah 'gearbox' dsb kerana ketinggiannya.

Kali pertama juga rasanya pakwar bergerak jauh tanpa membawa laptop kerana memikirkan kesukaran penjagaannya selama 3 hari ini. Kenduri kahwin sepupu belah isteri juga telah selesai dengan jayanya walaupun lebih kurang 4000 jemputan yang hadir.

Dari Kedah, kami terus ke Shah Alam untuk menghantar sang kancil dan terus balik dari Shah Alam dengan bas. Rupanya Seksyen 17 telah banyak benar berubah sejak ditinggalkan 20 tahun yang lalu. Cuma yang masih setia ialah BSN yang saban bulan menjanjikan elaun makan dan belajar pada ketika itu. Kedai gambar Foto zzoo0m juga tidak kelihatan lagi. Insyallah pakwar akan mencari ruang untuk melihat seksyen 17 lagi terutama di waktu siang. Dalam masa 3 hari ini, banyak peristiwa yang berlaku yang akan diceritakan nanti, Insyallah.

Mari kita Puasa Enam !

4 comments:

Jubah hitam said...

Banyak godaan puasa enam sekarang ini. Ada apa2 formula ke selain dari bertekad utk puasa sepenuh hati?

Yati Wahab said...

wow besaqnye kendughi...tamu 4000..mesti meghiah sakan

posa 6 sayo baghu 2 hari...takleh nak sambung lagi...

betul la JH banyak dugaannya..

norhayatirahman said...

rayo 6 ari ahad lepas. wat nasi krabu 5 kg, laksa johor 3kg. habis licin.. ada sanggup tunggu masak nasi lg tu la sapa suruh mai kul 10 mlm..lotih den

norhayatirahman said...

baru nok try ni pokwar...budok baru belajar