Monday, August 31, 2009

Blog Rasul Melayu

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/

Marilah kita mendalami ajaran agama Islam supaya kita akan sentiasa berada di jalan yang benar. Jangan kita lupa berdoa agar kita sentiasa dilindungi daripada syirik kepada ALLAH. Amiiin.

Sunday, August 30, 2009

Bila kita akan merdeka......

Sudah beberapa tahun, sejak timbul semangat patritosme tinggi dalam kalangan beberapa orang yang penting di jabatan maka sekolah seakan dipaksa untuk menyambut ambang merdeka dengan mengumpulkan murid-murid beserta guru di sekolah sambil menjalankan program sehingga detik 12 malam. Sudah beberapa tahun keluarga guru-guru terlibat tidak berkesempatan untuk menyambut kemerdekaan di lokasi pilihan mereka. Mereka akur dan turut sama memeriahkan ambang merdeka. Amalan akan menjadi budaya setelah beberapa ketika.. itulah resamnya. Tahun ini tidak pula kedengaran program ambang merdeka ini diadakan. Apakah sebabnya ? H1N1 yang menjadi penghalang ataupun ramadhan ? Semangat cintakan negara sebenarnya masih boleh disambut pada malam ini dengan cara yang lebih baik. Kumpulkan pelajar asrama seperti biasa dan mulakan dengan majlis berbuka puasa di mana tahlil boleh di adakan untuk para pejuang yang telah pergi meninggalkan kita. Solat terawih diteruskan dan dijemput seorang penceramah yang akan bercakap tentang pentingnya kemerdekaan dalam konteks islam. Kemudian, para pelajar akan tidur sekejap di antara pukul 10-11.30 malam. Selepas itu, detik 12 malam akan disambut diiringi oleh qiamullail sehingga pukul 2.00 pagi. Pukul 4.30 mereka akan bangun bersahur dan besoknya mereka akan tidur nyenyak kerana sekolah cuti dan pastinya pelajar islam akan berbangga kerana cakna kemerdekaan tetap diteruskan tanpa arahan atau surat jabatan. Apa kata deme ? Kita masih belum merdeka dari segi pemikiran untuk merancang sesuatu yang baik sehingga semuanya perlu datang daripada atas ( up-bottom ). Kalaulah dilihat bengisnya arahan untuk bersama menyambut ambang merdeka di tahun-tahun yang lalu... tidak patut rasanya ia tiada pada tahun ini seperti tiadanta Ustaz Asri Rabbani pada tahun ini namun kita masih bersyukur kerana Ustaz Ismail Kamus masih ada untuk dilantik sebagai Pengerusi IKIM suatu masa nanti Insyaallah sesuai dengan bekas pengarah pusat islam yang disandangnya sebelum ini.

Saturday, August 29, 2009

Senaman dan Puasa

PUASA memberi kesan yang baik terhadap keseluruhan sistem badan manusia terutama sistem penghadaman. Secara amnya, berpuasa dapat memberi kesan terhadap sistem tubuh badan, minda serta psikologi dan rohani.

Tubuh badan kita sentiasa terdedah kepada bahaya toksin atau radikal bebas yang menjadi faktor kepada jangkitan penyakit atau kecederaan.

Tabiat pemakanan yang tidak berkhasiat, pencemaran alam sekitar dan tekanan dalam menjalani kehidupan seharian menyebabkan banyak toksin berkumpul di dalam badan. Justeru itu, dengan berpuasa dapat merehatkan sistem organ dalaman, mengekalkan serta menyeimbangkan sistem hormon, metabolisma dan sistem saraf.

Menurut kajian, dengan berpuasa otak akan mengeluarkan bahan yang berbentuk opioids yang terdiri daripada enkephalins dan endorfin. Bahan kimia ini akan menghasilkan ketenangan sepanjang menjalani ibadah berpuasa. Secara tidak langsung psikologi kita akan lebih tenang dan lebih rasional untuk bertindakbalas terhadap rangsangan yang tidak diingini seperti tidak cepat marah dan lebih bersabar apabila ditimpa musibah.

Senaman dan berpuasa

Adakah senaman selamat untuk diamalkan semasa berpuasa? Persoalan ini selalu bermain di minda kita terutama jika kita seorang yang aktif bersenam atau beriadah. Pengkaji-pengkaji Barat telah membuktikan bahawa aktiviti bersukan, bersenam dan beriadah adalah selamat semasa berpuasa.

Secara asasnya, sistem badan yang terlibat semasa bersenam meliputi sistem jantung, paru-paru dan peredaran darah, sistem otot dan tulang, sistem limfa serta sistem badan yang lain. Bersenam semasa berpuasa boleh meningkatkan fungsi sistem-sistem ini menyingkirkan hasil perkumuhan badan dan toksin yang menjadi faktor berlakunya penyakit keluar daripada badan.

Kajian di dalam Jurnal Aplikasi Fisiologi membuktikan bahawa bersenam sebelum, semasa dan selepas berbuka puasa boleh mengurangkan kehilangan glikogen di dalam sistem otot dan meningkatkan penggunaan sumber tenaga daripada lemak untuk bersenam. Ini sekali gus dapat mengurangkan kandungan lemak di dalam badan kita dan dapat mengurangkan masalah berat badan.

Kajian di dalam Jurnal Nutrisi juga membuktikan bahawa orang yang bersenam semasa berpuasa akan mengurangkan berat badan dengan cepat daripada orang yang bersenam tetapi tidak berpuasa.

Manakala Dohm dan rakan-rakan (2008), dalam kajiannya membuktikan bahawa kandungan glukos dalam darah dapat dikekalkan walaupun kita bersenam sambil berpuasa. Jadi puasa bukanlah menjadi alasan kita untuk tidak bersenam.

Malah kita juga digalakkan untuk bersenam selepas berbuka puasa seperti melakukan sembahyang Terawih dimana sembahyang juga adalah salah satu bentuk senaman yang baik untuk diamalkan. Jadi janganlah risau anda akan kehilangan tenaga apabila melakukan bersenam kerana sumber tenaga untuk bersenam bukan hanya diperoleh daripada sumber makanan yang kita makan tetapi tenaga juga diperoleh daripada simpanan lemak yang dihasilkan daripada aktiviti penghadaman selama sebelas bulan kita tidak berpuasa.

Kajian juga mengatakan bahawa aktiviti pencernaan makanan memerlukan 14 jam untuk disempurnakan sehingga ke usus besar selepas pengambilan makanan bagi menghasilkan tenaga dan zat-zat yang diperlukan badan untuk berfungsi normal.

Biasanya puasa mengambil masa kurang daripada 14 jam dimana tempoh ini dipanggil tempoh normal badan bagi mengekalkan aktiviti fisiologinya. Ini membuktikan ibadah puasa tidak akan memudaratkan sistem-sistem sedia ada pada badan walaupun semasa berpuasa kecuali jika kita mengalami masalah penyakit-penyakit kronik.

Kajian Karli dan rakan-rakan (2007) di dalam Jurnal Sains Sukan dan Perubatan juga menyatakan bahawa puasa tidak akan memberi kesan negatif terhadap jumlah cecair badan, komposisi badan, kapasiti dan kuasa otot serta metabolisme asid laktik iaitu hasil perkumuhan otot dan penggunaan tenaga selepas senaman di kalangan atlet-atlet yang melakukan senaman rintangan tinggi.

Langkah-langkah berikut perlu diambil jika sekiranya anda ingin bersenam pada bulan puasa:

lKenali keupayaan diri anda sebelum melakukan senaman melalui sejarah perubatan atau penyakit terdahulu.

lDapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi tentang jenis senaman yang sesuai.

lMemikirkan faktor-faktor dalaman atau luaran yang boleh menyebabkan kecederaan seperti kandungan air badan, cuaca atau peralatan sukan yang digunakan.

lMulakan senaman dengan aktiviti memanaskan badan dan melenturkan tisu badan dan otot dan mengakhiri senaman dengan aktiviti menyejukkan badan dalam jangka masa sekurang-kurangnya 5 - 10 minit untuk keseluruhan senaman ini.

lLakukan senaman pilihan anda sama ada senaman untuk menguatkan otot, meningkatkan ketahanan jantung atau paru-paru dengan aerobik atau sukan lain seperti badminton dan sebagainya. Jangkamasa, bebanan atau kekerapan ulangan memainkan peranan penting bagi menentukan intensiti senaman. Mulakan dengan intensiti yang rendah di awal Ramadan dan boleh ditingkatkan 10 -15 peratus senaman setiap minggu mengikut keupayaan dan tujuan anda bersenam.

Anda tahu keupayaan diri anda, elakkan bersenam jika sekiranya badan anda tidak berupaya melakukan senaman seperti demam, kekurangan cecair badan atau mengalami komplikasi penyakit terdahulu seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

Persediaan secara psikologi juga memain kejayaan aktiviti senaman pada bulan puasa ini seperti mengetahui fisiologi badan semasa berpuasa, tenang, minat dan mengetahui tujuan serta aktiviti senaman yang akan dilakukan.

Walaubagaimanapun, anda perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi jika sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung. Dengan bersenam juga dapat meningkatkan fizikal dan rohani anda bagi menghadapi cabaran-cabaran pada bulan Ramadan seperti bertarawih sepanjang malam yang memerlukan ketahanan minda dan kekuatan otot terutama pada bahagian kaki.

Oleh Hamid Ahmad


Friday, August 28, 2009

Hukum Sebat : Antara dua wajah

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

Thursday, August 27, 2009

Tazkirah Ramadhan di Pekan Langgar

Satu keistimewaan bulan ramadhan di Langgar ialah kehebatan tazkirahnya. Setiap malam akan diadakan tazkirah di Mesjid Nurul Ehsan yang mana para penceramah adalah terdiri daripada alim ulama dari seluruh pelusuk negeri hingga kepada pemimpin perjuangan islam. Sebagai memudahkan umat islam di kawasan sekitar, jadual giliran di bawah senarai nama penceramah yang akan hadir pada setiap malam. Malam tadi sepatutnya menjadi giliran Ustaz Yusni namun telah digantikan dengan ustas Shukri. Harapnya malam ini, ustaz Abd Halim Nasir akan dapat memenuhi undangan.



Malam tadi, tazkirah yang diberikan adalah perihal beberapa amalan yang sepatutnya dilakukan oleh umat islam di bulan ramadhan.

Wednesday, August 26, 2009

Jangan tak peduli...

Ramai pengguna mutakhir ini tidak lagi mengendahkan larangan yang perlu dipatuhi ketika mengisi minyak. Ramai pengguna yang tidak mematikan enjin kenderaan aaupun merokok semasa mengisi minyak kerana mereka tidak pernah menghadapi apa-apa masalah semasa melakukannya. Apabila singgah di sebuah stesen minyak semalam, perasaan terkejut melihat beberapa kes yang sebenarnya telah berlaku di stesen minyak di negara kita sendiri. Marilah kita bermuhasabah diri dan membuat perubahan supaya nanti kita tidak ditakdirkan untuk menerima nasib yang sama terutama apabila bersama keluarga yang dalam perjalanan balik kampung ataupun ke mesjid untuk berjemaah.



Tuesday, August 25, 2009

Sepanjang jalan ke utara

Bermula pukul 4 petang dari KB, kami menggunakan laluan jambatan Salor-Lemal dek kerana kesesakan jambatan Sultan Yahya Petra lama manakala jambatan baru belum tentu masa siapnya. Harapan kami adalah kesempatan untuk ke Permatang Pasir bagi melihat sendiri proses demokrasi berjalan terutama di pusat penjumlahan. Hujan di sana sini merencatkan sedikit perjalanan sehingga ke Jeli. Terlihat banner majlis tadarus dan berbuka puasa di Parlimen Jeli bersama TGNA pada 4 Ramadhan, kekok rupanya bila tarikh masihi tidak digunakan. Sekurang-kurangnya bila Ramadhan tiba, umat islam pasti menggunakan kalendar islam. Singgah solat asar di Batu Melintang sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke utara. Ketika berada di simpang Gerik, SMS diterima daripada rakan yang menyatakan bahawa calon PAS telah menang. Kereta dipecut kerana biasanya pengumuman akan dibuat menjelang 9-9.30 mlm. MAsih sempat untuk tiba di destinasi. Apabila hampir waktu maghrib, kami sudah berada di sebuah kedai di simpang ke Baling. Pada masa yang sama , sekumpulan anak muda masuk ke kedai makan dengan memakai baju 2 tok guru dan mansuhkan ISA. Mereka dalam perjalanan pulang dari permatang pasir. "Menang ?" Majoriti 4000 lebih, "kata salah seorang pemuda.
Teringat kisah sepasang India di Kuala Ketil yang mengambil air di kolah masjid ketika PRU12 kerana kemenangan PR di Kedah. Itulah hebatnya politik di Malaysia.
Berita di TV telah menayangkan pengumuman kemenangan ustaz Salleh Man maka perjalanan terpaksa diubah. Tidak berpeluang ke Permatang Pauh maka perancangan seterusnya adalah untuk berterawih. Apabila azan isyak berkumandang, kami sudah di perkarangan masjid taman ria, sungai petani. Aircond la mesjid zaman sekarang.
Sekitar pukul 10 tadi, kami singgah pekena air kickapoo di RnR Gurun sebelum tiba di Langgar kira-kira pukul 11. Alhamdulillan perjalanan selamat ke utara dan buat Ustaz Salleh Man, tahniah kerana terpilih menjadi YB setelah 6 kali mencuba sebelum ini. Teruskan khidmat kepada rakyat dan insyallah, kemenangan ini menjadi titik tolak kepada gerakan dakwah di muka bumi Malaysia.

Hari peperiksaan

Seronoknya calon-calon PTK, sambil keluar masih sempat lagi membantu rakan-rakan menjawab soalan.
Meja dan kerusi sahaja, mana calonnya ni? Inilah sebahagian daripada kita yang main-main dengan peperiksaan PTK. Suka datang tak suka tak datang.
Lebih baik calon sekolah, kalau ngantuk boleh terus tidur.

PRK Permatang Pasir

Pada akir tahun 80-an, Permatang Pasir adalah tidak asing bagi sekumpulan anak muda dari Kelantan yang menetap di rumah sewa di Desa Murni , Sungai Dua. Setiap malam mereka akan menaiki motorsikal ke satu simpang yang dipamggil Kedai Olan dek kerana di situ adanya kotak lagu dan lagu Olan, Cinta Bandar Tasik Selatan akan selalu dimainkan sambil menjamah teh tarik. Itulah kawasan Permatang Pasir yang menjadi satu lagi sejarah PRK paling banyak sejak PRU1 sehingga kini.

Hari ini, rakyat Permatang Pasir akan keluar mengundi untuk memilih calon yang terbaik untuk menjadi wakil rakyat mereka setelah pemergian YB Datuk Hamdan ke rahmatullah. Beliau menjadi ADUN Permatang Pasir sejak 1999.

Sebagai pemerhati, saya mendapati bahawa kempen kali ini banyak berkisar kepada wibawa calon untuk menjadi wakil kepada rakyat kawasan tersebut dan jelas sekali, 80 % daripada masa kempen BN adalah untuk menjawab dan menjelaskan kenyataan dari pihak PAS tentang kredibilti calon mereka.

Memilih pemimpin adalah penting kerana pemimpin yang adil akan mendapat naungan Allah di hari kiamat nanti. Tersilap memilih bermakna kita akan menurut jejak mereka ke dalam siksaan Allah kerana kita membiarkan pemimpin kita yang dipilih oleh kita melakukan amal munkar dan maksiat kepada Allah.

Bagi pengundi PRK Permatang Pauh, Selamat mengundi dan pilihlah pemimpin yang mampu membawa kita ke arah keberkatan dan keamanan untuk kehidupan yang baik di dunia sehingga ke alam akhirat. Wallahua'lam.

Monday, August 24, 2009

Rezeki masing-masing

Bulan Ramadhan sering menjadi bulan untung para peniaga terutama yang melakukan secara tahunan di mana setiap kali ramadhan menjelma , merekalah yang paling sibuk berbisnes samada menjual air tebu dan sebagainya, Setelah masuk hari ketiga, rupamnya hujan sering turun dengan lebatnya dan dikatakan menganggu bisnes para peniaga di bazaar ramadhan. Apo nak dikato, bak kata seorang cina di pekan, tak soh bazir la membeli banyak-banyak, bukan makan pun, nafsu lapar semua benda nak dibeli, lebih baik masak sendiri. Fuh! pemikiran baru dalam suasa anjakan paradigma ini agak berlainan sungguh. Itulah hebatnya bila minda masyarakat lebih terbuka. Bazaar ramadhan bukan lagi pilihan utama tetapi perbelanjaan berhemah menjadikan masyarakat kurang membazir.

Besok juga menentukan rezeki masing-masing apabila kebanyakan pemegang DG akan menghadapi peperiksaan PTK dan jelas sekali, keputusan yang baik akan melonjakkan lagi pendapatan bulanan dan ia tidak mengira siapa anda semasa bekerja, walaupun anda besok demam dan pening kepala. Jika baik anda menjawab anda akan dikira hebat dan layak untuk mendapat kenaikan. Bak kata; rezeki masing-masing.

Malam ini juga menjadi rezeki masing-masing sejak azan maghrib sehingga solat terawih. Ada yang mendapat laba besar dengan memberi makan orang berpuasa, solat maghrib berjemaah, solat isyak berjemaah, solat terawih 2o rakaat, witir 3 rakaat dan bertadarus. Hebat rezeki mereka. Ada yang kecil sahaja rezeki, berbuka puasa, solat seorang diri maghrib dan isyak, tidak berterawih dan witir dan bersenbang kosong di kedai kopi. Itulah rezeki masing-masing.

Sunday, August 23, 2009

Bicara Ramadhan 1

Sambil memandu ke pejabat pos selepas solat zohor , Kelantan FM telah menampilkan seorang ustaz untuk membicarakan tentang ramadhan.
Beliau mengkhabarkan tentang persiapan orang beriman dalam bulan ramadhan supaya jika bulan ramadhan ini sebagai yang terakhir, ia merupakan ramadhan yang terbaik. Jika kita menghitung perbelanjaan untuk anak-anak sebelum sekolah dibuka untuk persiapan mereka, mengapa kita tidak menghitung perbelanjaan yang akan kita gunakan untuk mendapat keberkatan ramadhan. Berapa rm yang akan kita keluarkan setiap hari di dalam bulan ramadhan untuk memberi makan orang yang berpuasa. Adakah kita sudah berkira-kira bagaimana akan kita gunakan sepuluh hari terakhir ramadhan yang mana kita akan dianugerahkan dengan lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan
.

Terpaku mendengar syarahan ustaz tersebut.

Saturday, August 22, 2009

Kewajipan berpuasa vs kewajipan qisas

Selamat menyambut 1 Ramadhan kepada semua orang-orang yang beriman.Ibadat ini dilakukan kerana kita percaya bahawa setiap suruhan Allah yang diwajibkan kepada kita mesti dilakukan kerana itulah kehendak Maha Pencipta.Sesungguhnya bulan ini merupakan pertandingan satu-lawan-satu iaitu di antara iman dengan nafsu yang tidak mendapat bantuan syaitan yang sedang dibelenggu. Oleh itu amat wajar bagi setiap orang yang mengaku beriman untuk melihat kembali perlembagaan yang maha tinggi iaitu Al Quran supaya setiap yang dibacakan di dalam 30 juz adalah untuk diamalkan, untuk dijauhi dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama mencari jawapan kepada ayat mewajibkan puasa dan ayat mewajibkan hukuman qisas kerana arahan Allah itu adalah sama iaitu; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kepadakamu untuk berpuasa manakala dalam ayat lain pula ialah; Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan kamu untuk menjalankan hukum Qisas. Dengan tidak adanya bantuan Syaitan di bulan ini akan memberikan ruang untuk kita mengubah diri melalui anjakan paradigma dengan melihat kehidupan orang yang beriman akan tentunya berbeza dengan cara hidup rekaan manusia sesat daripada barat. Tepuk dada tanyalah iman.

Thursday, August 20, 2009

Luahan Akhir Syaaban

Ahlan Wasallam! Hari ini merupakan hari terakhir sesi persekolahan bagi separuh semester kedua selama seminggu. Nampak ada perbezaan menjelang hari terakhir pesekolahan ini.Yang pertamanya, pelajar tingkatan 3 masih sibuk menjawab soalan peperiksaan percubaan maka tidak nampak semangat untuk bercuti bagi mereka. Kedua, oleh kerana cuti bermakna puasa ramadhan akan bermula, keseronokan cuti kurang dirasai kerana kebanyakan manusia hari ini melihat puasa ramadhan sebagai kewajipan yang wajib dilakukan bukannya ibadat yang ditunggu-tunggu, maklumlah berlapar dan dahaga. Umat Islam akhir zaman memang ketara cara sambutan kehadiran bulan ramadhan. Hanya doa yang mampu dipanjatkan kepada Ilahi supaya kita diberikan gandaan atas amalan kita kerana terlalu banyak fitnah dan godaan dunia. Jika kita ingin menjalankan sesuatu amanah maka kita sering diuji dengan pandangan mata yang melihat manusia lain yang bertindak secara biasa. Aduh ! memang getir cabaran untuk berjaya sebagaimana sukarnya untuk mendapat puasa terbaik. Jika tiada bantuan dari Maha Pencipta, kita hanya layak untuk menjadi orang yang biasa. Buat semua guru dan pelajar sekolah;selamat bercuti dan selepas seminggu, kita akan menjadi manusia yang lebih baik dan lebih beriman. Bila ingin bercakap,tarik nafas sekejap menandakan kita tidak bercakapmelainkan diturunkan pahala dek beranfaatnya percakapan kita. Wassalam

Wednesday, August 19, 2009

Aktiviti hari ini...

Seawal pukul 5 ptg, pemain bola sepak SMKBJ telah bersedia untuk bermain di peringkat separuh akhir Piala Pengetua menentang pilihan Alor Hijau. Perlawanan berlangsung dengan sengit dan berakhir dengan kekalahan 0-2. Tahniah kepada pasukan lawan yang mara ke pertandingan akhir besok menentang pilihan Tok Ngulu yang turut membariskan bekas pemain negeri.
Malamnya pula, acara bakar ayam serta karaoke turut diadakan sempena perlantikan PK1 dan PKHem. Beginilah caranya kami di SMKBJ meraikannya. Kelihatan Bos No 1 sedang menyanyikan lagu P Ramlee. Ada yang meminta saya menyanyi, saya tolak dengan lemah lembut kerana tidak ada lagu yang sesuai.
Di antara para pembesar yang hadir termasuk pengetua, PK 1, PK Hem , GK dan beberapa rakan sejawat.
Kerja dapur jer malam ni. Seronok membantu para pekerja sekolah menyiapkan hidangan ayam bakar untuk tetamu. Hubungan sekolah -masyarakat agak baik. Lebih kurang 30 tetamu adalah penduduk kampung yang turut meyumbangkan lagu.

Tuesday, August 18, 2009

Berita malam ini...

Teringin menonton berita untuk mengetahui hal mutakhir ... H1N1 meragut 3 lagi nyawa. Semacam berita biasa didengar tetapi kematian itu akan berakhir samada ke syurga atau neraka. Tiada siapa yang boleh menafikan kesahihan itu selagi kita mengaku beriman dan percaya kepada rukun iman. Pandemik ini dijangka akan menjadi lebih besar pada pusingan kedua nanti yang mungkin berlaku ketika musim hujan melanda. Kita hanya mampu berdoa agar ia tidak merebak dengan cepat.

Berita juga dibacakan tentang kenyataan TG Nik Aziz tentang UMNO dan islam. Pendapat peribadi saya yang juga diambil daripada tok -tok guru adalah bahawa apabila kita berada di padang mahsyar, perlembagaan yang digunakan adalah perlembagaan quran dan hadis. Jika kita melakukan amalan yang sama dengan suruhan Allah melalui RasulNya maka kita akan selamat ke syurga.

Berita juga memuatkan tentang inkues Teoh dan juga kes Gobala (MP Padang Serai). Perkara berlaku akan sukar apabila ada pihak ingin menyukarkannya tetapi jalan penyelesaian akan diperolehi dengan lebih mudah apabila tidak melibatkan orang politik.

Sunday, August 16, 2009

Peperiksaan Percubaan PMR 2009

Hari pertama peperiksaan percubaan PMR bermula untuk tempoh lima hari dengan bermulanya subjek Bahasa Melayu 1 selama 1 jam. Pelajar samada telah bersedia ataupun tidak terpaksa menduduki peperiksaan.

Mereka semua begitu tekun menjawab dengan susunan mengikut tahap berdasarkan pencapaian peperiksaan yang lalu. Ada yang hadir pada hari ini walaupun kerap ponteng pada masa persekolahan. Apakah hebatnya peperiksaan sehingga mereka datang. Namun ada juga yang hadir tetapi menghilang sebaik peperiksaan akan bermula. Itulah manusia.
Ramai juga yang tidak membawa kad pengenalan dan mereka tidak dibenarkan masuk sehingga mereka mendapatkan surat pengesahan daripada pejabat sekolah. Itulah situasi di dewan peperiksaan SMKBJ.

Saturday, August 15, 2009

My first night class

Replacing form five teacher for the night class tonight at first looked awkward. I didn't know the students and according to the schedule, they were the elitis of the SPM candidates for the school. This evening, I webt to the book store and got sample questions for 1119. I hope it would help me because it would be a-two-hour class.

I stepped into the class and saw the pupils who were sitting in a proper manner waiting for the teacher. They were quite surprised to see another person to come into the class. Most of them were girls and only 6 boys sitting in a row at the back of the class. Pity them and at least they were the chosen one.

I was sitting in front of the class on the teacher's chair when I started the conversation. I asked them a few questions about the weekend and then the idea came. I asked them to write a paragraph starting with .. I was alone at home. I asked them to continue writing in a piece of paper. By then, I would know the level of the students. After 20 minutes, they stopped writing and while marking, I asked them to do exercises on MCQs'. One by one, slowly and carefully I read their piece of writing. I started to feel confident to be with them by the way they presented their parapraph. Most of them were making major mistakes such as tenses and spelling. I underlined the mistakes and trying to help by rewriting the correct sentences.

The best student were given marks under U1 - 15 because of the major mistakes and quite a few students were below 7, meaning that they were in Uiii level. They were satisfied to see the teacher discussed with them and improving their writing.

I hope that they got something for their command of english and it was a good start for me after two years.

Friday, August 14, 2009

Konvokesyen Universiti Malaya 2009

Tanggal 11 Ogos 2009, graduan sarjana dari Institut Pengajian Kepengetuaan telah bersedia untuk tampil ke dalam masyarakat pendidikan untuk meneraju perubahan untuk memartabatkan pendidikan melalui tindakan luar biasa oleh seorang insan biasa. Kami tidak mempunyai apa-apa kelebihan tetapi komitmen dan semangat kami akan menjunjung tindakan kami. Berilah peluang dan berkat ilmu di dada, insyallah bahtera yang dilayar akan menempuh setiap badai. Tahniah buat rakan-rakan. Jangan alpa dan mudah berpuas hati. Kita masih di awal waktu.

Segak bergaya para graduan Sarjana Kepengetuaan IPK Universiti Malaya Kohort 9 seramai 26 orang
Isteri tercinta yang tidak habis-habis memberikan perangsang untuk sebuah kejayaan. Hari ini sejarah terlakar dan tiada perkataan yang lebih sesuai selayaknya diucapkan di atas kesabaran dan ketabahanmu. I love you so much.
Bonda tercinta yang sentiasa mempunyai keyakinan terhadap anaknda untuk terus maju. Doakan kelapangan dan kemudahan kepada anakmu ini untuk memegang setiap amanah pada hari mendatang.

Thank you bro! You're such a great brother. May God bless you and keep going.
Tiada ternilai kasih sayang seorang bapa yang jauh lebih muda dari usia dalam melayani kerenah anak-anak sehingga terasa begitu malu pada diri sendiri di atas setiap cakna.


Kami bersedia ! Putramas Jalan Kuching akan sunyi tanpa kami yang saban hari keluar masuk untuk mencapai kejayaan ini. Sahabat, jika ingin bermimpi yang indah, kenangkan saat kita bersama selama setahun dengan pelbagai ragam yang mendewasakan kita semua. Halalkan segala tindakan yang dilakukan semoga kita tidak berhutang sesama kita nanti. See you at the top.

Sunday, August 9, 2009

Usaha,, doa , tawakkal

Terkejut juga apabila sampai di sekolah pada pagi ahad kerana sebagai guru kelas, saya terpaksa menyediakan beberapa perkara yang penting kerana pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan majlis perjumpaan guru dengan ibu bapa pelajar tingkatan tiga. slip keputusan peperiksaan belum dicetak daripada bilik su peperiksaan. Macammana dengan pendaftaran ibubapa yang hadir dan sebagainya. Rupanya, taklimat telah diberikan pada hari khamis dan kebetulan saya tidak ke sekolah. 3 Setia adalah kelas di bawah jagaan saya dan pasti seronok untuk berjumpa dengan ibubapa pelajar buat kali pertama.
Agak ramainya juga penjaga yang datang terutama kelas yang mempunyai ibubapa yang perihatin dengan pelajaran anak ,ereka. Bagaimana dengan 3 S ? 8 orang ibu yang sudi berjumpa dengan guru tingkatan anak mereka dan yang jelas, semua anak mereka dianggap pemalas oleh ibu mereka sendiri.

Saturday, August 8, 2009

Lumba Kuda tanpa judi


Jika kita mendengar perkataan Turf Club maka kita akan merasa resah dek ramainya penjudi-penjudi kuda termasuk mesin lumba kuda yang telah menghabiskan banyak duit-duit peminat. Jangan kita keliru dengan pihak munafik yang suka memberikan alasan yang sama untuk menghalalkan tindakan mereka. Jika anda minat dengan kuda, anda dijemput ke Pasir Puteh dan mari kita mulakan dengan kuda padi sebelum kita mendapatkan belima. Ayuh!

Friday, August 7, 2009

aku demam...

tekak sudah terasa kelainan semasa perjalanan ke kl untuk menguruskan jubah konvokesyen. perut diisi dengan duku air dan dokong dari mengkebang. hampir 1 kg rasanya buah-buahan ditelan. malam tadi ketika sampai di rumah, badan rasa sakit-sakit. pagi tadi sempat juga bermain bola tampar 2 match sebelum menjadi tidak bermaya. panadol 2 biji hanya bersifat sementara dan kini, selimut membungkus kesejukan...

Tuesday, August 4, 2009

The first speech

During the assembly on Sunday, I was invited by Ustazah to give a speech after listening to my 5-minute-speech to form 3 students a few weeks ago. I gave a speech entitled 'being a good muslim children'. It took about 15 minutes and I would say that it was a good start and hope that I can contribute more. ....

Saturday, August 1, 2009

Demonstrasi anti ISA

Mendapat panggilan telefon daripada seorang kawan yang dalam perjalanan pulang setelah pertama kali menyertai puluhan ribu rakyat yang membantah akta ISA yang dianggap tidak mengikut mana-mana lunas samada demokrasi mahupun Islam. Demonstrasi kali ini adalah dikira agak besar selepas PPSMI. Jangan kita cepat menuding kepada mana-mana pihak sebaliknya marilah kita sama-sama berfikir tentang keperluan ISA di negara ini pada masa kini. Jika dirasakan perlu tetapi bersalahan dengan kehendak agama maka wajib kita menyokong tindakan mereka ini. Kita tunggu apa fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan....