When we decide to climb a mountain, make sure we have a mountain bike because we don't have much time to depend on our feet. Your time duration will be shorter and you will reach the top not just on time but it can be in time.
Friday, July 31, 2009
Memecah hening pagi jumaat
Tiada siapa yang menduga termasuk tuan punya kereta untuk ditakdirkan berlakunya kebakaran di waktu pagi tanpa percikan api yang mampu membakar.
Berapa lama masanya yang diperlukan untuk mengalihkan kenderaan ini daripada menjadi tugu peringatan yang akan diletakkan kalungan bunga... harap-harap semua pihak yang sepatutnya akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Thursday, July 30, 2009
Majlis Sambutan Isra' Mikraj
Berikut adalah antara kandungan ceramah yang dipetik melalui Sony Erricson PI semasa ceramah dijalankan :
Aku jadikan manusia dgn sebaik kejadian. Di kurniakan dgn akal fikiran. Utk bina akal perlu belajar. Israk- perjalanan dibumi dr mekah ke baitulmaldis di palestin. Mikraj adlah perjlanan nabi ke langit. Cerita 6 org gila d hospital. Dr jaga dan bw ke kolam renang yg kering. Suruh trjun dan 3 terjun. Yg ke 4 - 6 tak terjun. Bila ditanya, jwb mereka, kalau terjun tentu lemas.
Peristiwa israk mikraj mengajar kita bhw kesedihan dlm perjuangan akan membawa kpd kejayaan.
Nabi sblm d israk telah ddtgi oleh 2 malaikat yg membelah dada nabi. Keluarkan hati dan dbersihkan. Kata malaikat, inilah sebhgian drp syaitan. Hati manusia yg busuk merosakkan tindakan. Banyakkan zikir dan taubat utk bersih hati.
2. Kawan nabi malaikat, nabi pesan- seorang manusia akan ikut agama kawan mereka.
3. Nabi melihat iblis ifrit yg bw obor, sdg mengekori nabi. Dia ajar doa kpd nabi utk hapuskan iblis. Kemana dan dimana kita, iblis akan kejar sehingga kita bersama mereka di neraka.
4.cara iblis goda- hiburan, seks - 200000 anak luar nikah., skrin dan monitor komputer, sukan haram, rokok- 90 peratus melayu muslim, stail / gaya hidup.
Pesan nabi ttg pakaian-
1. 2 kumpulan yg aku tak sanggup tgk d neraka- pemimpin yg zalim dan perempuan yg berpakaian ttp telanjang. Pakaian nipis menampakkan kulit badan. Perempuan yg berjalan sengaja melenggang punggung. Perempuan yg guna suara utk tarik perhatian lelaki. Perempuan yg buka rambut seperti blkg unta.
Apakah pengalaman pertama di alam kubur? Tiada siapa yg pernah berkongsi pengalaman itu. Ada ruh yg dilantun balik kerana byk dosa. Org kafir akan diseret ke neraka secara berpuak-puak.
Langit ke7 , nabi bertemu nabi ibrahim, menyuruh umat nabi memperbanyakkan tanaman syurga dan perintah solat.
Kata imam syafei, selama lama ilmu tidak diperolehi kecuali akal cerdik, tamak, rajin, duit, berkawan dgn guru dan belajar biar lama.
Semakin byk ilmu, dekatilah tuhanmu dgn membanyakkan bersyukur.
Wednesday, July 29, 2009
H1N1 semakin marak
Begitulah cepatnya ia merebak dan setiap daripada kita tidak terkecuali mempunyai kebarangkalian untuk terkena wabak H1N1 ini.
Pihak sekolah terutama guru yang berada di dalam kelas sepatutnya sentiasa mengingatkan murid-murid tentang penularan wabak ini yang jelas semakin membimbangkan. Gunakanlah 3 minit sehari untuk memaklumkan perkembangan terbaru dan jika ada yang diserang selsema, mintalah mereka terus ke klinik berdekatan supaya kita turut memainkan peranan dalam menjaga warga sekolah.
Semoga kita semua dilindungi selalu, Amin.
Tuesday, July 28, 2009
Saya setuju...
p.s. Teringat kata-kata TGNA, kalau tidak dapat kemukakan sesuatu yang sesuai mengikut pandangan masing-,asing, terimalah hukum islam dulu kerana dia dibawa sejak 1400 tahun yang lalu yang dijamin sesuai sepanjang zaman. Apabila dibicarakan di Mahsyar, hukuman dijatuhkan mengikut perlembagaan ALQuran, Jika betul perbuatan dan tindakan dengan Quran maka selamatlah meniti titian siratolmustaqim.
Marilah kita berkempen : BACK TO QURAN, the only solution.
Sunday, July 26, 2009
Kursus Perkembangan Staf kali ketiga
Tuan Pengetua, Encik Harun Shafei membentangkan tentang profesionalisme guru yang perlu diperkukuhkan. Tugas beliau amat berat dengan kapasiti guru seramai 141 orang.
Thursday, July 23, 2009
SBOA
Maka, hari ini terpaksa bekerja keras untuk memastikan semua borang diisi dan akan diserahkan sebelum pukul 10 hari ahad nanti. Hari sabtu ini pula akan diadakan kursus perkembangan staf kali ketiga. Tentunya hujung minggu ini menjadi hari yang agak sibuk dengan SBOA dan Kursus Perkembangan Staf.
Tuesday, July 21, 2009
Solat Gerhana Matahari
Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.
Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”
Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian
i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Kaifiatnya adalah seperti berikut:
Berdasarkan hadis :
عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.
Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)
maka bersyukurlah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.
Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)
Secara ringkasnya seperti berikut :
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Khutbah Solat Gerhana :
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)
i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.Monday, July 20, 2009
Form 4 G
Minggu lepas, aku ajak mereka untuk berbincang tentang sukan dan mereka kelihatan teruja dan seronok sehingga ada yang berkata... 'sedap kalu ngaji gini'. Itu memang betul tetapi tiada jaminan mereka mendapatkan 'nya'. Baik aku mencuba...
Hari ini, aku ingin dapatkan gambaran kemahiran menulis mereka. Dengan membincangkan 10 isi, aku cuba mengajak mereka untuk menulis beberapa perenggan. Masyallah! Apa nak di kato. Keputusan / markah directed writing ini akan menjadi TOV untuk aku ubah mereka sebelum menjelang cuti akhir tahun nanti.
Ini KAKA ( nama baru) dan rakannya yang mampu untuk menulis lebih kurang 6 baris. Itupun, hangit dah perbincangan dengan mereka.
Kalau dah disemak nanti, berapalah agaknya 'contents' yang dapat ditulis oleh mereka semua?
Jangan tertipu dengan ketekunan mereka jika tidak ada maklumat dikutip untuk menjadi data bagi penambahbaikan. Ada 2/3 orang sahaja yang dijangka telah menguasainya. Selepas ini, maklumat akan diperolehi dan tindakan akan lebih relevan.
'Stamp up'... hampir semua class monitor ucapkan begitu. Alahai ! Nasib la badan. Jangan putus asa. Ajar dari hati akan sampai ke hati.
Sunday, July 19, 2009
I miss it
How I miss it. If I were in KL and I will also be there to support for a clean Malaysia. We want to live in a peaceful life and we need the PDRM and MACC to be with us , the people.
Saturday, July 18, 2009
Impian 1Malaysia
SELEPAS kekalahan pada Kejohanan Piala Raja Thai, dua minggu lalu, sukan sepak takraw menjadi tumpuan menerusi reaksi balas pelbagai pihak ekoran kegagalan membawa pulang pingat emas daripada Bangkok.
Penulis memuji keberanian Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Ahmad Ismail, yang tidak mahu berundur kerana mahu terus melaksanakan perancangannya yang dikatakan akan hanya sampai ke matlamat dalam tempoh satu setengah tahun lagi.
Perancangan itu ialah memastikan pingat emas Sukan Asia yang sudah lama tidak dimenangi pemain negara, mampu dibawa pulang. Bagi Ahmad Ismail, perkiraannya mudah. Gagal memang emas, dia akan meletak jawatan.
Cuma, kata orang, jangan kita merancang membuta tuli. Jangan hanya bercakap mengenai perancangan, tetapi perincian dalam melaksanakan perancangan itu, sampai sekarang belum pun disiapkan.
Penulis berkata demikian kerana, seperti diakui sendiri oleh Ahmad Ismail, kelompok pemain yang ada dalam skuad kebangsaan ketika ini bukan yang terbaik. PSM lebih utamakan pemain berdisiplin, bukan yang tidak tahu menurut perintah.
dipetik daripada Berita Harian
Inilah gaya seorang 'killer' yang sepatutnya bakatnya diketengahkan oleh para guru di sekolah. Tugas sekolah adalah mencari bakat-bakat yang ada kerana potensi seseorang tidak diketahui selagi ruyung tidak dipecahkan. Kebanyakan pemain takraw dibentuk melalui gelanggang kampung di mana sambil bermain ada yang menghisap rokok di atas gelanggang dan sebagainya. Jika sekolah tidak memainkan peranan maka sukar disiplin dibentuk dalam kalangan pemain. (ketika menyertai kejohanan PSKPP 1998)
Pari pun boleh, gulung pun boleh. Di mana belajar? Bukan daripada guru di sekolah tetapi cuba jaya bersama rakan sehingga terpaksa ditampar oleh guru kerana berlatih di dalam dorm untuk mendapatkan kemahiran 'menggatih' semasa tingkatan lima dulu. Inilah masalah sukan sepak takraw. Program takraw seharusnya dinegarakan kerana ini permainan kita dan sangat murah. Sebiji bola rm 23 dan dimainkan oleh 6 orang lebih murah daripada badminton. ( ketika berlatih untuk MAKSAK 2000)
Program ini akan menjadi hangat-hangat taik ayam jika tidak ada sambutan daripada PSM sendiri. Apabila ada guru yang berminat maka mereka harus dipegang supaya pembangunan akan berterusan. Kita memerlukan sekolah untuk menjadi kilang pemain takraw negara. Biar lahir seorang pemain daripada setiap PPD supaya kita boleh keluarkan ratusan pemain untuk negara. Mereka berumur 13 dan 14 tahun. Berlatih 2 jam sehari tidak menjadikan mereka bodoh dan mungkin mereka bersyukur bahawa ada sekolah yang tahu nilai seorang insan.
Friday, July 17, 2009
Berita Antarabangsa
Thursday, July 16, 2009
Ustaz ; terima kasih
Memilih untuk menyertai solat hajat bersama murid-murid rupanya ada hikmah yang tersembunyi. Tiada guru-guru lelaki di surau dan terdapat 3 guru perempuan yang sedang memerhatikan murid-murid bergerak masuk ke surau. Riuh-rendah keadaan di dalam surau. Bagaimana seorang M Princ harus bertindak ? Aku memilih untuk mendapatkan microfon di dalam almari (dengan bantuan murid-murid). Terfikir tentang usaha, doa dan tawakal. Itulah tajuk tazkirah selama 10 minit. Suasana menjadi tenang. Aku mengajak mereka sama-sama memohon keampunan dengan beristighfar. Suasana semakin tenang dan suara mereka seoalah-olah sedang di bawa naik ke langit. Solat hajat 2 rakaat dilakukan dan harapan kami semua agar dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
Beberapa orang murid datang dan berkata " Terima kasih, Ustaz".
Wednesday, July 15, 2009
Liga Piala PPD 2009
Piala PPD akan bermula minggu depan secara 9-sepasukan. Harapnya mereka tidak memilih pemain baru ini ke dalam skuad. Aku hadir untuk berkawan dan perlawanan persahabatan sudah mencukupi untuk masa ini.
MU 65
Satu peringatan kepada semua. Teruskan kerja bakti kepada rakyat jika anda ingin selamat menjadi Yang Berkhidmat. Tahniah Abe Uji
Tuesday, July 14, 2009
Pusat mengundi ditutup
99% penyokong yang ada di jalan raya membawa bendera PAS dan hanya ada 2 kereta dan 1 motorsikal yang membawa lambang dacing
Jalan utama KK-GM sesak sepanjang beberapa kilometer
Perayu BN kecil bilangan berbanding PAS
Mesjid dikuasai penyokong PAS
Lebih banyak penyokong PAS berkereta besar
Terkini; PAS jangka menang dengan majoriti sekitar 2000 undi
Hari mengundi sudah tiba
jayakan demokrasi
pilihan di tangan anda
pemimpin yang hadir akan pergi
Membawa bersama kantung janji
apa yang tinggal hanya diri
kais pagi makan pagi.....
Tarikh 14 Julai 2009 sekali lagi akan menjadi medan pertempuran untuk meraih tangan yang memangkah. Sudah seminggu rakyat diberi masa untuk menimbang-nimbang kebaikan dan kelemahan parti-parti yang bertanding. Sekarang masanya untuk memikirkan dengan bulat kerana setiap undi adalah penting untuk menentukan masa depan negara. Pemimpin datang dengan seribu janji untuk membawa perubahan. Itu adat orang berkempen yang tidak selalunya dipenuhi kesemuanya. Bijak membezakan fatamorgana dan kebenaran menandakan kebijaksanaan. Oleh itu, untuk semua pengundi N41 Manek Urai mesti menggunakan peluang ini untuk menyatakan prinsip dan pegangan secara jelas.
Selamat mengundi.....
Monday, July 13, 2009
Act appropriately
Sorotan seminggu menjelaskan kepada M Princ bahawa layanan sekolah terhadap murid adalah berbeza mengikut tahap akademik. M Princ perlu menjadi contoh kepada rakan-rakan dengan mengimbangkan perhatian itu.
Besok Cuti Peristiwa. Jom ke Manek Urai.
Sunday, July 12, 2009
Semalam di Malaysia
Othman Hamzah yang menyanyikan dua buah lagu iaitu ; gadis melayu dan tanjung puteri. Begitu juga gelekan berbisa daripada Zaleha Hamid.
Jangan biarkan aku menangis.. masih ingat Tommy J. Pisa. Inilah orangnya yang sudah mencapai separuh abad. Di sebelahnya, siapa pernah dengar lagu .. sepatu dari kulit rusa dan cintaku sampai ke Ethiopia. Ria Resti Fawzi
My favourite artist, Endang S. Taurina yang hebat pada malam tersebut bersama Erni Johan.
Halil Chik , jejaka dari Gunung Semanggul tetap menghiburkan penonton pada majlis Semalam Di Malaysia.
Sibuknya di hujung minggu
Siapa lagi kalau bukan Abby Fana yang sentiasa menghiburkan pendengar sejak THR sehinggala ke Sinar FM.
Wednesday, July 8, 2009
Taktik blogger di hari pertama
Blogger menggunakan idea mengambil foto untuk membuktikan siapa yang ada di dalam kelas. 30 % ponteng pada hari ini. Di suruh menulis, setakat 2 patah perkataan. Kelas pertama , 90 % belum dapat membaca. Hebat cabaran.
Kebetulan jadual yang diterima merupakan guru yang memegang kelas jadi inilah kelas saya. Papan kenyataan kosong dan terkoyak di sana sini. Kata mereka, murid sesi petang yang koyak.
Tuesday, July 7, 2009
Hari pertama di sekolah
Bagaimana rasanya menjejal kaki ke sebuah sekolah baru ? Pengalaman hari ini sebagai satu catatan. Berdebar pun ada, gembira pun juga. Sampai di sekolah tepat jam 7.15 pagi. Rupanya perjalanan 80km/j hanya memakan masa 15 minit untuk tiba ke sekolah. Malam tadi surat penempatan diterima daripada pegawai di JPN yang sanggup untuk membawa pulang ke rumah dan melalui satu janji temu, kami bertukar buah tangan. Saya mendapat surat dan beliau menerima ucapan terima kasih. SMK Bukit Jawa telah menjadi Pusat Tanggung Jawab dan Amanah( PTjA) yang baru.
Sebaik masuk ke perkarangan sekolah, saya terpaksa menanyakan tempat meletak kereta supaya tidak berlaku kesilapan di awal pagi yang akan merosakkan semangat. Pengetua belum tiba dan saya diketemukan dengan PK 1. Mengajar di kampung sendiri ada kebaikannya. Beliau adalah merupakan saudara yang masih dekat. Lebih kurang dua pupu gitulah. Saya memperkenalkan diri sebagai saudara dengan menyatakan hubungan kami.
Lebih kurang pukul 8.30 , pengetua masuk ke pejabat dan setelah berbincang selama 5 minit, saya diminta mengambil alih jadual GSTT yang akan berpindah mulai esok. Alamak! Bahasa Inggeris tingkatan 3 dan 4. Setakat ni, pengalaman mengajar tingkatan 3 masih belum ada. Kebingungan sebentar mendengar penerangan daripada guru GSTT. Wow! Patutnya KPM datang menilai budak ni supaya dapat diserapkan sebagai guru BI. Ada potensi yang besar.
Bagaimana keadaan sekolah melalui environmental scanning haro pertama ?
Kantin - Makanan banyak dan guru sentiasa ada di situ.
Bilik guru - Dibahagi 2 antara lelaki dan perempuan dalam kawasan yang sama. Perlu pemerhatian lagi tentang hubungan antara jantina di situ.
Bilik Sukan- Ada 5 orang guru pagi dan 2 guru petang. Saya dijemput untuk bersama mereka
Pejabat- Kelihatan kurang guru-friendly , bukan tempat lepak guru sambil membaca akhbar.
Pelajar- masih belum pasti, tunggu masuk ke kelas dulu.
PK KO- orang kuat tenis
PK 1- sedang mengikuti ijazah lanjutan
Monday, July 6, 2009
Jom Solat Dhuha
Sunday, July 5, 2009
Satu Penantian
Merindu tanpa kata
Semakin hari semakin ramai orang yang membanjiri kuliah pagi jumaat samada sebagai pendengar ataupun penjual. Mereka semua bagaikan terkena tarikan magnet untuk terus berkunjung saban minggu. Itulah barakah dan hikmah berada di bawah kepimpinan Islam.
Doa yang diaminkan oleh ribuan orang mungkin akan diterima oleh Allah kerana di situ adanya golongan marhain, orang-orang tua, kanak-kanak dan mungkin wali yang sedang menadah tangan memohon dari Yang Esa.
Jika kesihatan baik dan tidak kemana-mana, MB Kelantan akan tetap tiba pada jam 9.15 pagi untuk menyampaikan kuliah menjadikan keunikan Kelantan terserlah. Jika siapa yang tidak yakin dengan kata-kata dan tindakannya , sila kemukakan hujah dan dalil supaya beliau boleh mengubahnya. Jika tidak, terimalah dulu. Kata-kata yang selalu keluar daripada mulutnya tentang politik islam.
TGNA yang dikagumi kawan dan lawan menjadi ikon rakyat Kelantan secara majoriti walaupun ada sebahagian yang menganggap siapa yang mendengar kuliah ini sebagai pengotor kerana sanggup duduk di atas jalan dan di tepi longkang.
Apa yang dirindu kini ialah nasi ayam goreng di Bustanul Ulum berdekatan JKR yang menjadi sajian setiap Jumaat dan di waktu yang sama juga, Dr Chua sedang bergelak ketawa di dalam kelas 6108 dan 6113. Terima kasih Dr Chua yang hebat. Hidup sentiasa merindu dan kembali. Bak kata Kapilla " Kembali Merindu" oppss " Merindu tanpa kata"
Saturday, July 4, 2009
Berita Hairan Hari Ini
Tajuk Berita: Pelajar adu pengetua miang diusir asrama. Satu tajuk yang baik untuk dibincangkan oleh MPrinc. Menurut pelajar, yang juga menjadi ketua asrama puteri, pengetua telah mengusir beliau daripada asrama kerana mengadu kepada PK HEM bahawa pengetua telah datang bersama lelaki luar dan berkaraoke dengan pelajar perempuan.
Masalah lain ialah, tiada warden asrama dalam kalangan guru wanita sedangkan asrama tersebut adalah asrama puteri. Hal ini amat serius kerana melibatkan tuduhan daripada seorang pelajar kepada pengetua sendiri.
Apa kata anda ?
Friday, July 3, 2009
Fuhh! Lega
Thursday, July 2, 2009
Kisah Posting..
Hari ini . sekali lagi saya menunggu surat posting. Bezanya, saya pergi ke JPN dengan membawa surat tawaran penempatan ke Kelantan. Pengalaman sebagai Timbalan Pengarah Seminar Kebangsaan digunakan sebaik mungkin.Bermula dengan bilik Pengarah, Timbalan, Ketua Sektor semuanya di jejaki untuk mendapatkan sekolah yang sesuai. Sayang, mereka semua tidak ada di pejabat masing-masing. Maka, terpaksalah menunggu sehingga hari Ahad nanti.
Untuk kawan-kawan yang telah mendapat tempat, selamat bertugas.
Minggu Haluan Siswa Kohort 10 (part 1)
"To be a good leader, we must be a good follower" adalah di antara ungkapan Presiden Kohort 9 semasa memberikan ucapan alu-aluan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang begitu banyak membantu sehingga setiap aktiviti yang dijalankan sentiasa 'menjadi' dan kejelekitan yang jelas ditonjolkan sesama.